Mereka turun dari bangunan KFC Machang dan landing di situ sehingga kedai tersebut dibuka semula oleh tuannya pada jam 3.30 pm. Saya kebetulan berada di dalam kereta kerana menunggu isteri dan anak saya dari shopping di ZON RIA.
Sang lelaki sekitar 15 tahun dan akan ambil PMR tahun ini. Sang gadis pula mungkin di Tingkatan 2. Bagi saya, budak lelaki itu agak samrt dan nampak ranggi di dalam baju dan seluar hitamnya. Yang perempuan pula agak kebudak-budakan dan asyik mengulum coklat polly-pop di mulutnya. Dia memakai seluar trek dan baju PJK berlengan panjang. Nasib baik dia bukan dari SMKH2. Kalau tidak, dah pasti saya ambil gambar pasangan terbabit dan bagi pelempang kedua-duanya.
Ada 3 tanda bila lelaki dilamun cinta.
[1] Dia sentiasa ingin di samping gadis pujaannya. Sebiji macam cerita kat atas. Kalau berjauhan sedepa atau lebih sedikit, mulalah ia gelisah seperti kerbau jantan yang sampai umur.
Kalau di dalam kelas di mana meja lelaki & perempuan diasingkan , dia kelihatan gelisah sahaja di mejanya. Betul2 macam kucing nak beranak.
Matanya kadang-kadang melihat ke papan hitam, kadang-kadang pulak memandang kepada gadis pujaannya. Selepas itu, tersenggih-senggih, tersipu-sipu, tersenyum-senyum. Betul2 macam cicak berak kapur. .
Kalau gadis itu sekelas dengannya, tidak ada sapa-sapapun yang boleh bercakap atau berbincang atau meminjam buku dari gadis tersebut. Sang lelaki akan menarik muka masam tanda cemburu.
Kalau gadis itu dari kelas lain pula, maka mata si pelajar lelaki ini akan melurut sehingga ke kelas di mana budak perempuan itu berada. Tumpuan kepada Addmath dah hilang entah ke mana. Dia sudah terperosok jauh ke dalam ke alam cinta yang kononnya penuh keindahan. Poorah..
Ia seolah-olah berada di dalam alam khayalan yang sangat menakjubkan, seolah-olah seperti berada di dalam satu istana yang tersergam indah diselaputi awan.
Dia tersenyum & tersengih seperti kerbau jantan yang gila mengawan. Bila saya menjerkah atau memanggil namanya dengan kuat, terkulat-kulat dia bangun macam orang pening lalat.
Bila disuruh membuat latihan di papan hitam, tersengih-sengih dia tak tahu apa-apa. Saya cukup meluat dengan pelajar dungu seperti ini. Pandai bercinta tetapi tak reti Addmath.
[3] Tanda ketiga, tanda yang paling ketara bagi lelaki ialah dia akan mula merapikan diri. He will begin to be a smart boy.
Rambutnya akan diminyaki. Berkilat rambutnya mengalahkan minyak silinder kotor yang baru keluar dari enjin kereta. Fesyen rambutnya pula seakan-akan fesyen rambut James Dean. Baju dan seluarnya pula berseterika rapi.
Dan paling mengejutkan, bajunya akan sentiasa dimasukkan ke dalam seluar. Dia betul-betul kelihatan segak, handsome dan macho.
Kalau dulu tak pernah berbedak, sekarang ini dah pandai berbedak. Kalau dulu berbau hapak & tengit sahaja ketiaknya, sekarang dah guna pewangi deodoran. Kalau dulu giginya berkulat, sekarang dah bersih, cantik dan tersusun rapi. Dia benar-benar telah berubah.
Tetapi masalah Addmathnya tetap tidak selesai. Ingatkan semakin smart, kemas ,rapi dan segak, dia semakin pandai Addmath. Tetapi rupa-rupanya tidak. Dia asyik tenggelam di dalam alam cintanya yang entah apa-apa. Addmath entah ke mana.
Kalau dahulu sang lelaki & perempuan masing-masing dapat 20%, sekarang semakin hancur. Yang lelaki dapat 3%. Yang perempuan pula dapat 4%. Sama-sama bodoh. Sama-sama dungu.
Kalau berkahwin, dapat anak, anak-anak merekapun teruk Addmath. Dapat cucu, lagi teruk Addmath. Pasal apa??? Sebab datuk & nenek mereka dahulu giler bercinta semasa belajar Addmath. Aduhai. Bagaimanakah dapat mengembangkan generasi Addmath yang hebat???
Disiapkan pada 19.1.2012 7.03 pm
JIKA ANDA INGIN MEMBERI KOMEN / RESPONS, SILA PILIH 'COMMENT AS' DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIPKAN NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ.
No comments:
Post a Comment