Menjadi guru memberikan saya banyak pengalaman hidup. Salah satunya tentang ragam pelajar saya yang sibuk bercinta semasa belajar.
Saya sebenarnya tak kisah kalau ia tak menganggu. Tetapi realitinya tidak begitu. Pelajar demikian akan kelihatan tidak bermaya di dalam pelajaran.
Secara jelasnya, ada 3 tanda bagi pelajar perempuan bila dia bercinta.
[1] Dia gemar memakai cincin di jari manisnya. Kadang-kadang cincin itu mempunyai gambar love atau nama lelaki pujaannya. Kalau nama kekasihnya Shamsudin, maka akan terukir nama "S" pada cincinnya. Kalau nama kekasihnya Zainal, maka huruf Z pula akan terukir di situ. Huh. Konon-kononnya nama kekasihnya itu pembakar semangat untuknya.
Ada juga yang memakai cincin second hand. Maksud saya, memakai cincin yang entah apa-apa. Pernah juga saya terlihat pelajar yang memakai cincin plastik. Bangga benar nampaknya dia menyulam perasaan cintanya melalui cincinnya. Saya ketawa berdekah-dekah di dalam hati. Apa nak jadi budak ni???
Semasa di dalam kelas, pelajar yang "mabuk bercincin" ini jarang menajamkan matanya ke papan hitam. Dia kurang memberi fokus kepada pelajaran, sebaliknya hanya tersenggih-senggih sahaja.

Saya pun rimas juga melihat pelajar yang tidak fokus seperti ini. Addmath memerlukan fokus 100% untuk menjatuhkan kefahaman yang benar-benar jitu dan bulat. Mereka tak boleh belajar sambil lewa.
Sebagai guru disiplin, saya segera menasihati mereka. Tetapi kalau degil, saya akan merampas semuanya tanpa basa-basi. Saya mahu membetulkan kesilapan mereka. Jangan bercinta sewaktu belajar.
Bercinta semasa belajar seumpama membalas sms semasa sedang memandu kenderaan. Kata seorang pakar, membalas sms sewaktu memandu kenderaan 11X lebih bahaya daripada mabuk.

[2] Dia gemar berselindung di sebalik buku teks atau buku nota. Di depannya ada cermin kecil yang barangkali digunakan untuk melihat wajahnya. Keadaan ini sangat bahaya kepada pelajar-pelajar yang ambil Addmath. Sekali mereka hilang tumpuan, maka mereka tidak faham. Sekali mereka tidak faham, maka bertimbun-timbunlah ketidakfahaman mereka.
Saya selalu menyindir mereka. Tersengih-sengihlah setengah daripada mereka seperti kambing yang terjumpa kulit pisang. Bila saya memanggil mereka keluar untuk membuat latihan di papan hitam, haru biru jawapan mereka. Saya benar-benar tidak suka pelajar seperti itu. Mereka hanya membazir masa saya dan masa mereka sendiri.
cermin untuk menilik wajah |
Entah apa yang dilihatnya dari cermin itu, tidak pula saya ketahui. Barangkali dia perasan bahawa dia sangat cantik dan mesti terus kekal cantik.
Sebab itu, barangkali dia terpaksa menilik mukanya, matanya, hidungnya, pipinya, bibirnya atau giginya. Barangkali juga dia memeriksa tahi giginya sebab pagi tadi, dia terlupa memberus giginya.
[3] Akan timbul jerawat pada wajah mereka. Jerawat ini pun ada 3 jenis.
[a] jerawat nasi yang halus dan kecil saiznya. Ini jerawat biasa & tiada kaitan dengan cinta.
[b] jerawat besi yang agak merah-kemerahan. Ini jerawat genetik dan juga tiada kaitan dengan cinta.
[c] jerawat batu yang agak besar dan hanya tumbuh bila perasaan cinta meluap-luap di dalam dada.
Kemunculan jerawat batu ini adalah satu tanda yang menunjukkan bahawa mereka sedang mabuk kepayang di alam cinta. Tetapi ini barangkali kes cinta yang berat sebelah.
Boleh jadi pelajar perempuan tersebut memendam rasa kepada seorang pelajar lelaki tetapi tidak mendapat sambutan. Boleh jadi juga berlaku cinta 3 segi. A mencintai B tetapi B mencintai C.
Dari pengalaman saya, saya selalu mendapati pelajar perempuan yang skor Addmath terdiri daripada mereka yang ulat buku. Mereka tidak geledik, geletik, geleyai, gatal atau yang seumpama dengannya. Mereka mengosongkan seluruh kepala mereka dari memikirkan masalah cinta & couple.
Akan tetapi, mereka yang "jiwang-jiwang" mempunyai potensi yang rendah sejak awal tahun lagi. Mereka sibok bermain sms atau fb untuk melayan kelangsungan cinta. Hasilnya, result ujian atau peperiksaan mereka rendah sahaja. Mereka gagal membuat lompatan saujana di dalam Addmath mereka sehinggalah SPM menjelma..
Walau bagaimanapun, tidak juga yang rendah itu kerana sibok bermain cinta. Ada juga kerana mereka gagal memahami konsep asas Addmath walaupun berkali-kali saya menerangkan. Saya menerima keuzuran mereka. Dan saya selalu mendoakan kejayaan mereka. Asalkan mereka berusaha, berusaha dan terus berusaha.
Disiapkan pada 13.1.2012 5.14 pm
SESIAPA YANG INGIN MEMBERI KOMEN / RESPONS, SILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIP NAMA & ABAIKAN URL. TQ
No comments:
Post a Comment