BUNGA NAN INDAH

Wednesday, 25 January 2012

ENGEYUM EPPOTHUM

 
Saya sangat menyukai perwatakannnya yang tenang,  sabar, bersahaja & hebat. Umurnya sekitar 55 tahun, berbadan kurus tinggi dan mempunyai misai yang lebat. Dia mempunyai ciri-ciri maskulin yang menyebabkan saya merasa seronok & selamat bersamanya. Saat dia memandu bas, saya rasa saya selamat bersamanya. Pemanduannya sungguh berhemah. Dia sangat bertanggung-jawab, cermat & berhati-hati. Saya sangat mengkaguminya walaupun tidak mengenalinya.  Mari kita namakan dia Mr X.
.  

Tiba-tiba  sebuah lori yang membawa muatan sarat memotong bas yang dipandu oleh Mr X. Dia sabar sahaja dan langsung tidak marah. Biarlah dia memotong. Mungkin dia ingin cepat, getus hatinya. Tetapi saya tidak. Geram benar hati saya melihat perangai pemandu lori yang kurang ajar itu. Nak kena dia ni.  

Di pertengahan jalan, tiba-tiba kanvas berwarna kuning terlepas dari lori tadi. Kanvas itu mungkin kanvas simpanan. Ia kecil sahaja saiznya. Saat dia terlepas dari lori itu, kanvas itu melayang-layang ke sana ke mari sehingga akhirnya menimpa cermin pemanduan bas Mr X.

Akibatnya, Mr X gagal melihat bahagian hadapan basnya. Dia hilang kawalan. Di hadapannya, ada sebuah bas lain yang bergerak laju ke arahnya. Dumm, mereka berlanggar. Mr X mati. Pemandu yang satu lagi pun mati. Kedua-duanya mati akibat pelanggaran yang kuat.

Bukan setakat mereka berdua yang mati. Penumpang dari kedua-dua bas itu  ramai juga yang mati. Yang cedera parah usah dikira. Bertimbun-timbun. Keadaan mereka seperti ikan sardin di dalam bekas yang sengaja dikemekkan. .

Sebenarnya cerita di atas adalah salah satu adegan dari filem Tamil ENGEYUM EPPOTHUM.  Anda tahu maksudnya apa??? Kalau anda tak tahu, maka anda perlu belajar lagi. Jangan cukup dengan hanya tahu BM sahaja. Bahasa-bahasa lain pun, anda kena belajar juga. Jangan jadi macam  katak bawah tempurung.

Saya pun tak tahu juga. He2. Tetapi dulu saya pernah juga belajar bahasa Tamil, retilah sikit-sikit. Tetapi makna perkataan  di atas, memang saya tak tahu. Tak habis belajar kot. He2. Tetapi azam saya, memang saya nak belajar. Biar mahir dalam percakapan & penulisan sekali.

Jangan berasa hina belajar bahasa asing, walau pun bahasa Tamil. Sebab semua bahasa di atas muka bumi ini indah-indah belaka. Dalam satu hadis, kita diseru supaya belajar 7 bahasa. Nabi Besar Muhammad s.a.w mengalakkan kita meningkatkan keintelektualan berbahasa kita.  Semakin kita menguasai banyak bahasa, maka semakin cerdiklah kita. Tentunya Nabi sangat bangga kalau umatnya ramai. Dan baginda tentunya lebih bangga kalau umatnya cerdik-cerdik belaka.

ENGEYUM EPPOTHUM  adalah judul sebuah filem Tamil dalam pakej Thangathirai, Astro 951. Yang saya nak fokus kali ini ialah pelanggaran di antara 2 buah bas express dalam filem tersebut. Ditunjukkan babak-babak dramatik di mana ramai penumpang terpelanting, luka parah, terkoyak rabak, putus tangan, pecah kepala dan sebagainya. Hebat juga pengarah filem tersebut memaparkan adegan-adegan ngeri seperti itu.

Rupa-rupanya, bila 2 kenderaan bersaiz besar bertembung antara satu sama lain, maka momentumnya juga besar. Ramai yang mati, cedera & luka parah. Aduhai, seram sejuk sebenarnya menonton filem seperti itu. Tak tergamak rasanya  melihat mayat-mayat bergelimpangan. Sedih, pilu & hiba bercampur-baur. Dan minta selisih malaikat 44 (bkpo orang-orang tua selalu sebut ayat ini, ada sesiapa yang tahu?)  tak nak terlibat di dalam kemalangan seperti itu. Tak nak  sama sekali. Minta dijauhkan Allah Taala semua itu.

Sebenarnya saya cuba membayangkan kepada anda apa yang akan berlaku jika SESUATU berlaku di antara bumi kita dengan planet X / Nibiru. Di dalam post saya, SUARA DARI LANGIT DI KOTA SAMARAHAN? saya telah menyertakan satu hadis nabi tentang kemunculan suatu suara di bulan Ramadhan, Khamis malam Jumaat.

Dan saya telah menyatakan pendapat saya di situ. SUARA itu mungkin ritma siong planet X / Nibiru di saat ia sangat dekat dengan bumi. Saya tidak memaksa saudara / saudari mempercayainya. Terpulanglah. 

Ada seorang pengunjung blog bertanyakan saya tentang kesahihan hadis tersebut. Hadis itu sahih ke??? Maaf, saya bukan ulamak hadis. Saya tak tahu dengan tepat status hadis tersebut. Tetapi bukan saya sahaja yang mengambil berat tentang hadis tersebut. Orang-orang lain pun sama. Pendek kata, orang awam macam kita ini tidak tahu sangat pasal status hadis ni. Kalau ada sesiapa yang tahu, minta tolong beri pencerahan.


Walau bagaimana pun, berikut adalah jawapan dari JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) seputar hadis tersebut. Hadith tersebut mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah doif Jiddan (tak boleh dipercayai langsung) & tak boleh digunakan untuk berhujjah. Katanya, Nu'aim bin Hammad, pengarang kitab Mussonif itu  adalah seorang yang mungkar.          

Berkata pula Imam Az-Zahabi dalam kitabnya, Siar Ahlam Nabala, "tidak boleh seorang pun berhujjah dengan hadith Nu'aim bin Hammad kerana ia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah mungkar".

Walau bagaimana pun,  kita tidak boleh berat sebelah di dalam membuat & mendapat jawapan. Elok ditinjau pendapat ulamak-ulamak lain. Maksud saya, elok ambil pendapat yang saksama dari ulamak Ahli Sunnah Wal-jamaah, Wahabi & sebagainya. Perbahasan hadis tidak boleh dilihat dari satu kelompok yang menentang sahaja. Elok juga diambil  pendapat dari kelompok-kelompok lain. Wallahu ahlam bissawab.


Disiapkan pada 25.1.2012   9.58 pm

No comments:

Post a Comment