BUNGA NAN INDAH

Monday, 30 January 2012

13 ALASAN WANITA TOLEHAH

Seorang hamba Allah pernah bertanya kepada saya satu soalan yang menarik. Adakah anda mengkagumi kecantikan seorang wanita??? Saya terdiam sebentar. Tetapi dengan ikhlas saya menjawab, ya.

Selanjutnya dia bertanya lagi. Pada waktu mana, ketika mana, saat mana, anda merasakan dia sangat cantik??? Saya terdiam agak lama. Dia memberikan saya beberapa clue supaya saya terjumpa jawapan saya di dalamnya.

Pada ketika dia sedang bersarapan pagi ke? Atau pada ketika dia sedang meneguk air? Atau pada ketika dia sedang bercakap? Atau pada ketika dia sedang ketawa menampakkan barisan giginya yang cantik? 

Atau pada ketika dia sedang tersenyum manis pada awak ke? Atau ketika dia sedang berjalan? Atau ketika dia sedang berada di tepi pantai sambil rambutnya melambai-lambai dielus sang bayu? Atau bagaimana?

Saya mengeleng-geleng kepala. Saya menidakkan semuanya. Semuanya salah pada saya. Bagi saya, wanita akan kelihatan amat cantik, lawa, indah, menawan & jelita  pada saat dia......

Saya tak sanggup untuk meneruskan kata-kata saya. Seakan-akan terkatup mulut saya. Takut anda mengata saya yang bukan-bukan. Tetapi saya tidak mahu hipokrit. Saya hanya mengatakan yang benar menurut pandangan & citarasa saya.

Saya pernah menanyakan soalan yang sama kepada pelajar-pelajar T5 saya. Pelbagai jawapan mereka berikan. Kemudian mereka meminta jawapan saya. Bila saya menyatakan jawapan saya, mereka terpinga-pingga. Setengahnya mengaru-garu kepala. Setengahnya pula menepuk-nepuk dahi. Setengahnya pula terdiam macam kena karan elektrik.  

He2. Saya tahu mereka memang terkejut mendengar jawapan saya. Takkanlah seorang guru, seorang pro, seorang kakitangan kerajaan boleh memberi jawapan seganjil & sepelik ini. Bagi saya, ia tidak ganjil & pelik. Ia sebuah jawapan yang indah. Ia juga sebuah jawapan yang konstruktif. Saya rasa, semua orang islam akan menyukainya, lebih-lebih lagi yang beriman..

Terus-terang cakap, saya benar-benar merasakan wanita itu cantik, lawa, indah, menawan & jelita pada saat dia berpakaian putih untuk SOLAT. Ada beberapa sebab. Anda tentu nak tahu. Dan sayapun rasa, memang anda patut tahu.

[1] Wajahnya bersih &  berseri dek wuduk yang diambilnya. Wuduk telah mengugurkan dosa-dosa kecilnya. Kalau dia bukan seorang pendosa, maka bertambah-tambah bersih & berserilah wajahnya. Sejuk mata memandang. Di wajahnya penuh cahaya keimanan yang memukau pandangan sesiapa sahaja. Lebih cantik lagi kalau dia selalu bangun bertahajjud di waktu malam. Wajahnya akan dipenuhi nur (cahaya) yang melimpah-ruah. Dia bagaikan bidadari shurgaloka. 

[2] Dia pula berpakaian labuh menutupi seluruh tubuhnya. Satu konsep pemakaian yang bersih, suci & terpelihara. Dengan kata lain, pakaian menutupi aurat seperti itu akan menyebabkan terpelihara maruahnya. Tidak ada umpat keji manusia untuknya. Manusia-manusia yang berniat jahat juga akan malu untuk melakukan kerosakan ke atasnya.  Mereka malu kepada kehormatan dirinya yang suci, bersih & terpelihara. Kalau ada juga yang mahu menganggu, sah dia itu binatang atau sekutu dajjal atau pelesit atau mengkuk hayun.
.
[3] Tutur-katanya lembut & sopan pada ketika itu. Dia mempunyai percakapan  yang sesuai dengan wajahnya yang berseri dan pakaiannya yang terhormat. Dia tidak bekelakuan kotor dan membuat bising seperti himar. Dia tidak menjerit-jerit seperti rabah. Dia juga tidak ketawa mengekek seperti kuda betina. Dia berperwatakan lembut, baik & sopan. 

[4] Dia berada di dalam medium untuk menjadi manusia suci. Dia menyerahkan dirinya  untuk bersujud kepada Ilahi, Pencipta Alam.. Dalam masa wanita-wanita lain bergeladangan ke sana ke mari, dia pula mengambil masa untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Tuhan yang dicintainya. Wanita seperti inilah yang sesuai dijadikan isteri.

WANITA SEPERTI ITULAH SEBENARNYA YANG MENJADI KEKAGUMAN SAYA.

Ada yang bergurau menampakkan kebodohan mereka kepada saya. Itu gaya hantu kum-kum cikgu, hantu bungkus cikgu dan sebagainya. Saya diam sahaja. Malas nak melayan kebodohan mereka.

Saya tetap berpegang kepada satu hadis Nabi S.A.W yang bermaksud (mafhumnya) : "Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah". Dan saya sangat bersyukur kepada tuhan kerana menganugerahi naluri kecintaan itu kepada saya semenjak saya kecil lagi. Saya sangat suka kepada wanita solehah, iaitu yang sentiasa berwuduk, sentiasa mengekali solat 5 waktu, sentiasa berpakaian menutup aurat (kalau boleh bertelekung labuh), sentiasa bangun malam mengerjakan tahajjud, banyak membaca Al-Quran, berzikir & berselawat kepada Nabi S.A.W.

Alangkah mulianya wanita solehah seperti itu. Mereka bertelekung labuh menutupi aurat mereka. Sejuk mata takkala memandang kesopanan mereka. Sejuk pula hati takkala berpapasan dengan mereka. Merekalah sebaik-baik perhiasan dunia.

Akan tetapi adakah anda tahu bahawa nun di luar sana, masih ada yang bebal tidak mahu menutup aurat. Mereka memberikan 13 alasan (sebab itu saya namakan entry ini sebagai 13 ALASAN) untuk menyatakan sebab-sebab kenapa mereka tidak menutup aurat. Mari kita ikuti post berkenaan yang saya share dari blog Dr Rozmey Herba Prima

[ALASAN 1] : Semua yang tertutup, confirm masuk shurga ke???

** Yang pasti, tak tutup aurat, confirm masuk neraka.

[ALASAN 2] : Tudung labuh pun bukan baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

** Bila Iblis tidak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Nabi Adam, dia menyalahkan perintah Allah, "apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik & mulia. Samalah dengan tudung, tudung pulak yang disalahkan. "Pakai tudung, tak semestinya baik, bla, bla,....."

[ALASAN 3]  Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.

** Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seorang yang baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau islam, dakwah itu wajib waau pun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurangnya dia dah insaf & bertaubat.

.
[ALASAN 4]  : Walau pun kami pakai seksi, tetapi hati kami baik

** Adakah kamu mendakwa diri kamu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan benarkah ia sudah mencukupi untuk menjamin maruah diri kamu tanpa perlu menutup aurat???

[ALASAN 5] : Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.

** Adakah kau berani beri jaminan bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang mebuak-buak???

[ALASAN 6] : Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulanglah kepada individu yang memandang kami.

** Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
 
[ALASAN 7] : Walaupun kami tak bertudung, kami tetap bersembahyang & puasa...

** Apakah ibadat kau diterima?.. Adakah kau yakin cuma dengan solat dan puasa sahaja, itu sudah menjamin kau dapat masuk shurga?

[ALASAN 8] : Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

** Kau sebenarnya dah susahkan ayah, abang, adik, suami & orang lain dengan menarik mereka ke dalam neraka bersama-sama disebabkan mereka tidak mampu & gagal mendidik kau.

[ALASAN 9] : Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan tuhan.

** Kau berani cakap kat atas dunia jew. Berani ke kau cakap macam itu depan Allah. Ingat, lawan perintah Allah, neraka tempatnya.
.
[ALASAN 10] :Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer / pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene (ayat artis).

** Sanggup patuh arahan manusia daripada patuh arahan Allah?

[ALASAN 11] : Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru???

**  Mati tak kenal usia. Taktakut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

[ALASAN 12] : Takkan nak buat perubahan secara drastik, slow-slow la.

** Boleh ke cakap macam tu kat Malaikat Izrail nanti???  tunggu kejap, lepak la dulu, jangan ambil lagi ambilku.

[ALASAN 13] : Tutup aurat itu bagus tetapi kami tak mahu hipokrit kerana tak ikhlas melakukannya.

** Kalau begitu, kau sebenarnya memang hipokrit kerana tak ikhlas beragama Islam.

Demikianlah 13 ALASAN yang dikemukakan oleh para wanita tolehah untuk tidak mentaati perintah Allah. Saya juga sudah menyertakan penolakan alasan mereka. Sebaik-baik hamba Allah ialah yang menghantarkan dirinya kepada kehendak Allah Rabbul Jalil.  Janganlah suka memberi alasan.

Terima kasih kerana sudi membaca post ini. Sebarkanlah post ini kepada rakan-rakan anda sebagai satu usaha dakwah. Terima kasih.

     

No comments:

Post a Comment