BUNGA NAN INDAH

Friday, 20 January 2012

ADAKAH ANDA SIHAT???(3)

sangat bahaya

Kelmarin, Khamis 19.1.2012, saya menerima mesej sms dari anak angkat saya, Ainul Farida (yang sedang bercuti semester dari UMS) di Kesedar RKT Paloh 1 tentang kematian Abang Nor.  Abang Nor itu adalah kenalan saya yang tinggal di hadapan SMK Paloh, tempat saya mengajar dulu. Beliau adalah ayah kepada Mohd Nazri, pelajar 5 Mutiara 2008. Abang Nor itu agak baik dengan saya. Dia pandai mengurut. Adalah beberapa kali saya berurut dengannya. Pernah juga saya membawa anak saya yang terseliuh kaki mendapatkan urutannya. Alhamdulillah.

Menurut Ainul Farida, pagi kelmarin Abang Nor dibawa ke Klinik Kesihatan Chiku 3 (KKC3) untuk mendapatkan rawatan  penyakit jantungnya. Tetapi apakan daya. Mungkin keadaannya sudah kritikal pada masa itu. Beliau.disahkan meninggal dunia  di KKC3.  Takziah & Al-Fatihah.  Pada saya, orang yang mengidap penyakit jantung mesti segera dikejarkan ke hospital, kerana hospital mempunyai Wad Kecemasan dan kelengkapan perubatan yang sesuai. Tetapi apakan daya. Apa nak dikata lagi. Sudah takdir bagi kematiannya..

Hospital Bandar Ciku?

Mengingatkan itu, saya segera membayangkan Bandar Chiku mestilah  mempuyai hospital yang lengkap dan moden untuk merawat penyakit-penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Sebabnya, jarak terdekat bagi pesakit-pesakit ini mendapat rawatan segera ialah 50 km (Hospital Gua Musang) atau 68 km (Hospital Kuala Krai). Jarak itu sangat jauh dan sangat tidak relatif untuk zaman moden ini.

Mengimbau tentang kematian rakan-rakan & kenalan saya yang sudah pergi seorang demi seorang, saya jadi sangat takut. Benar-benar takut. Anda barangkali kurang takut sebab masih muda atau belum terkena penyakit-penyakit berat seperti saya. Tetapi ADAKAH ANDA SIHAT???.

Elok anda baca info saya di bawah. Kemudian semaklah kesihatan anda. 

KEPALA (ada kaitan dengan sistem peredaran darah, jantung & saraf otak). [1] Kalau sakit /pening pada bahagian hadapan KEPALA - itu menunjukkan tekanan pada jiwa (neurosis) akibat bebanan mental atau banyak berfikir. Dalam menghadapi situasi demikian, beristiqamahlah (berkekalan) menjaga solat fardu 5 waktu di samping melazimkan diri anda mengerjakan solat hajat untuk bertaqqarub dan mendapatkan pertolongan dari tuhan. Ajari juga anak-anak anda demikian. Kerana dengan banyak solat, maka banyaklah sujud kita kepada tuhan.

Menurut satu kajian sains, semakin banyak kita bersujud kepada tuhan, maka semakin banyak kuantiti darah yang sampai kepada salur darah paling kecil di dalam kawasan pendalaman otak. Apakah fungsinya kawasan tersebut??? Ia merupakan satu tempat pertimbangan (timbang-tara) / penaakulan bagi sesuatu perkara yang terjadi di dalam hidup kita. Ibarat CPU sebuah komputer, ia merupakan sebuah get logik yang memproses sekumpulan arahan YES - NO yang kemudiannya menghasilkan output positif sebagaimana  dikehendaki. Dengan kata lain, otak orang yang bersembahyang mempunyai pertimbangan lebih waras, akal lebih sihat, kehidupan lebih tenang, keputusan lebih baik dan sebagainya.  
   
[2] Kalau sakit/pening pada bahagian belakang KEPALA, maka ada 2 bahagian yang perlu diteliti. [Atas] Kalau bahagian atas belakang kepala, itu tanda darah tinggi. [Bawah] Kalau bahagian bawah belakang kepala berhampiran tengkok, itu mungkin tekanan darah tinggi atau mungkin juga darah rendah.  ELOK BERHATI-HATI, TEKANAN DARAH RENDAH LEBIH MERBAHAYA DARI TEKANAN DARAH TINGGI.

berdenyut2 & mencengkam
[3] Kalau sakit kepala dan terasa seperti gas keluar dari telinga- itu tandanya migrain,. [4] Kalau terdapat bisul pada KEPALA - itu tandanya pembuangan toksin sedang berlaku di bahagian kepala. Mungkin juga ia tanda migrain. Saya suka memberi nasihat pada mereka yang terkena Migrain seperti berikut
.
[a] Adakan salur murni. Maksudnya jangan simpan masalah di dalam diri anda. Luahkan keluar melalui ibu, ayah, abang, kawan atau kenalan

[b] Banyakkan berdoa dan bermunajat kepada tuhan. Luahkan semua masalah anda kepadaNya. Pendekatan begini akan menjadikan anda tenang dan gembira. Masalah akan keluar dan tidak lagi terpendam di dalam hati anda..

[5] Kalau anda rasa pening memusing - itu tanda kurang darah atau pengaliran darah di dalam tubuh anda kurang lancar.

MULUT / KERONGKONG / LIDAH - [1] sekiranya anda loya / muntah, itu tandanya anda akan diserang penyakit lelah. Pembuangan toksin sedang berlaku di kawasan perut anda. [2] Kalau muntah darah, elok diperhatikan kepada jenis darah yang keluar. [a] kalau warnanya MERAH - itu menunjukkan pembuangan tisu yang sudah rosak pada bahagian kerongkong. [b] Kalau warnanya HITAM- pembuangan tisu yang sudah rosak pada bahagian perut anda, misalnya ulcer

[3] Kalau lidah terasa tegang & pendek - itu tandanya penyakit jantung sedang berlaku. Saya pernah mengalami ini semasa terkena penyakit jantung pada tahun 2009. Banyakkan membaca selawat dan berdoa untuk memohon kesembuhan kepada tuhan..

Hari ini juga, pukul 3.15 pm tadi, saya pergi melawat rakan sejawat saya, Cikgu Mustafa bin Yaakob yang baru keluar dari Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. . Beliau dimasukkan ke wad selama 13 hari akibat sakit jantung juga. Mendengar ceritanya, saya terperasan wujudnya beberapa persamaan antara kami.

[1] Kami tidak menghadapi masalah jantung tersumbat, tetapi masalah otot-otot jantung yang lemah. Bagi kes saya, otot-otot jantung pada bahagian bilik bawah sebelah kiri agak lemah dan perlu diawasi setiap masa. [2] Darah kami adalah jenis B yang diketahui pekat. Maka kami terpaksa menggunakan ubat pencair darah setiap hari untuk memudahkan pengalirannya. [3] Kami dilarang mengambil daging dan lemak secara berlebihan untuk mengelak timbunan kolestrol pada lapisan salur-darah. [4] Mesti banyakkan rehat dan mengelak stress sewaktu kerja. 


Aduhai. Semoga tuhan menganugerahkan saya & Cikgu Mustaffa umur yang masih panjang.  Takut rasanya menghadapi kematian.  Walau pun begitu, ingatlah, "tiap-tiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati". Saya mesti ingat, Cikgu Mustaffa pun mesti ingat. Anda pun mesti ingat. Jangan buat-buat lupa. Ia datang tak mengira masa.

Disiapkan pada20.1.2012 jam 10.22 am
SESIAPA YANG INGIN MEMBERI KOMEN / RESPONS, SILA PILIH ;COMMENT AS' DI BAWAH ANONYMOUS / NAME URL. TAIPKAN NAMA & ABAIKAN URL. TQ

No comments:

Post a Comment