BUNGA NAN INDAH

Monday, 23 January 2012

SUARA DARI LANGIT DI KOTA SAMARAHAN?

Suara siapakah itu yang diheboh-hebohkan oleh media massa baru-baru ini??? Suara gergasi ke? Naga ke? Hantu ke? Atau suara jin? Atau suara malaikat? Ia sebenarnya bukan suara seperti percakapan manusia, tetapi seakan-akan seperti bunyi dengkuran orang yang sedang tidur. Ia berlaku di waktu malam. Munasabahlah kalau dikatakan suara itu suara orang berdengkur. Kemudian suara itu boleh didengar oleh ramai orang. Suara apakah itu??? Betulkah suara itu dari langit???

Menurut rekod yang dikesan, suara itu telah berlaku di Eropah sejak tahun lepas (2011). Ia dikatakan berlaku di Sweeden & Denmark. Kemudian diberitakan berlaku di Kota Samarahan, Sarawak pada 12 & 13.1.2012. Dan baru-baru ini, 18.1.2012, ia dikatakan berlaku di Kota London. Setakat ini sudah 4 kejadian seumpama itu berlaku di atas planet bumi kita ini.

Ia bukan suara gergasi. Bukan juga suara naga. Habis suara siapa??? Suara hantu ke??? Seronok juga kalau dapat dengar suara hantu sedang berdengkur sewaktu tidur. He2.  Boleh main cokek2. Boleh main tarik2 bulu betisnya. He2. Maaflah. saya hanya bergurau je. Mana ada hantu sebenarnya. Yang ada hanya syaitan, jin, iblis dan malaikat. Hantu itu hanya "mitos ciptaan orang-orang tua" yang peranannya banyak dilakukan oleh syaitan, jin & iblis sahaja. .   

Kalau anda kata itu suara syaitan atau jin atau iblis , mustahil ia bersuara seperti manusia kerana ciptaannya berbeza dari kita. Kecualilah ia mengubah dirinya (menyamar) sebagai manusia. Kalau begitu, di mana tuannya??? He2. Kalau ada suaranya, mesti ada tuannya. Di mana???

Kalau anda kata itu suara malaikat, lagi tak masuk akal kerana malaikat itu tak pernah tidor. Kalau anda kata itu suara tuhan, nampak sangat anda tak belajar sifat 20. Kalam (perkataan) Allah Taala tidak seperti makhlukNya. Mustahil suaraNya seperti manusia.

Habis suara siapa??? .

Maaflah. Saya pun tak tahu.

Akan tetapi menurut hemat saya sebagai bekas guru fizik, itu mungkin suara siong dari planet X atau Nibiru (sejenis meteor di luar angkasa kita) yang SANGAT DEKAT JARAKNYA DENGAN TITIK TERTENTU DI ATAS BUMI KITA pada waktu ia berlaku.  Ia seumpama sebiji bola yang dipusing secara membulat . Dalam Addmath, kita panggil pergerakan seumpama itu sebagai sukatan membulat (circular motion). Pada saat ia jauh dari kita, siong itu tidak berbunyi. akan tetapi bila ia sangat dekat, maka siong itu akan berbunyi.pada telinga pendengar.


Baru-baru ini Sinar Harian melaporkan ada suara dari langit yang berlaku di Kota samarahan, Sarawak pada 11 & 12.1.2012. Mari kita ikuti pengakuan saksi (Mohd Firdaus Jumain, 28 tahun, seorang guru) yang telah saya ringkaskan.


MALAM PERTAMA (11.1.2012). "Saya terjaga pada jam 3.00 pagi. kerana gangguan bunyi yang terlalu kuat. Bunyi itu macam bunyi dengkuran. Pada  mulanya saya tak mengesyaki apa-apa tetapi semakin lama bunyi itu semakin kuat....Saya dan ayah mengambil keputusan memeriksa di luar di rumah tetapi kami terkejut bunyi itu datang dari tempat yang jauh. Jiran-jiran saya yang lain pun terjaga".

MALAM KEDUA (12.1.2012). "Saya dan penduduk sekitar Samarahan sudah bersedia untuk merakamkan kejadian tersebut. Dan Alhamdulillah kami berjaya merakamnya"

Ada 3 perkara yang perlu anda fikirkan. Saya mahu mengupasnya dari sudut sains supaya anda dapat melihat kerasionalan sesuatu peristiwa. Jangan percaya yang karut-marut. Kerana kepercayaan yang karut-marut bisa menghambat kebijakan anda berfikir. Mari ikuti satu persatu.penerangan sains saya.

[1] BUNYI ITU DATANG DARI TEMPAT YANG JAUH. Maksudnya ia datang sebagai gelombang menggunakan medium udara. Kalau sumber bunyi itu dari satu titik A di atas muka bumi, sumber itu mestilah dekat dengan kota Samarahan. Kalau jauh, tidak mungkin ia bergerak sejauh itu, kecuali ia datang dari atas. Maksud atas ialah sesuatu yang berada di atas kepala kita. Dan kerana itu, saya berpendapat ia mungkin bunyi siong takkala planet X / Nibiru mula berpapasan sangat dekat dengan bumi.

[2] IA BERLAKU PADA WAKTU MALAM. Kenapa ia hanya berlaku pada waktu malam???. Kenapa bunyi dengkuran itu tidak berlaku pada waktu siang??? Mari kita kupas fenomena ini dari sudut sains. Bumi adalah daratan yang mempunyai muatan haba tentu (MHT) yang lebih tinggi dari udara. Pada waktu siang, daratan lambat panas dan lambat sejuk manakala udara pula cepat panas dan cepat sejuk. Makanya, bunyi tak dapat bergerak dengan baik pada waktu siang di bahagian atas atmosfera bumi disebabkan sifatnya yang  cepat sejuk.

Pada waktu malam pulak, lapisan udara di bahagian atas atmosfera bumi bersifat lambat panas dan lambat sejuk, manakala bumi sebaliknya. Dengan ini pengaliran bunyi melalui medium udara pada waktu malam akan lebih berkesan. MHT yang rendah pada udara akan membolehkan gelombang elektromagnet pada mana-mana sumber bunyi yang berada di kawasan atas atmosfera bergerak lancar dan sempurna. Sebab itulah, bunyi akan ketara pada waktu hening pagi di mana udara masih panas dan berupaya mengalirkan bunyi.

[3] KAMI BERJAYA MERAKAMNYA. Bermakna bunyi itu termasuk di dalam julat yang dapat didengar oleh telinga manusia. Ia bukan suara yang asing bagi manusia. Dengkuran itu adalah ritma siong yang dicetuskan oleh kedekatan  planet X / Nibiru dengan bumi sahaja. Seolah-olah seperti motorsikal yang laju mendekati kita yang sedang berdiri di tepi jalan. Berjaya merakamnya bererti sebuah bunyi biasa yang dapat dicapai oleh telinga sesiapa sahaja.

Kisah di atas mungkin sebuah permulaan kepada kisah yang akan terjadi pada pertengahan Ramadhan sebagaimana yang disebut di dalam sebuah hadis. Kami namakan peristiwa yang bakal berlaku itu sebagai Teriakan Keras 15 Ramadhan.


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan , maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal. Kami bertanya, suara apakah , Ya Rasulullah?. Baginda menjawab, suara keras di pertengahan Ramadhan, .pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidor, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pinggitannya, pada malam jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat subuh pada hari jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya dan selimutilah diri kalian. Sumbatlah teinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara mengelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah Subhanal Quddus, Rabbunal Quddus.. Kerana barangsiapa yang melakukan hal itu, dia akan selamat. Sesiapa yang tak melakukannya, ia akan binasa".

Hadis Nabi di atas meletakkan kita pada satu keadaan di mana kita akan terdengar SUARA. Suara apakah itu??? Menurut pendapat saya, suara itu adalah lanjutan dari suara yang diheboh-hebohkan kini. Cuma bezanya ialah suara masakini adalah suara yang terdengar pada titik-titik tertentu di atas permukaan bumi, sedangkan suara pada 15 Ramadhan adalah suara yang akan didengar oleh seluruh penduduk bumi.

Anda tahu maksudnya???
Maksudnya, planet X / Nibiru akan berada sangat, sangat & tersangat dekat dengan bumi dalam pergerakan menurut orbitnya. Itu sebab seluruh penduduk bumi dapat mendengar ritma siongnya yang keras.(Teriakan Keras 15 Ramadhan).

Kemudian seperti yang anda fahami dari hadis di atas, kita disuruh melakukan pelbagai perkara oleh Rasulullah. Anda tahu kenapa???


Kerana selepas itu, akan terjadi sesuatu antara bumi kita dengan planet X / Nibiru. Biasanya kita gembira pada hari raya Aidil Fitri, tetapi untuk kali ini, Aidil Fitri  akan penoh kesedihan & huru-hara. Semua umat islam akan merasai kepahitan itu.  Kepada Allah,  kita serahkan nasib kita. Kepada Allah jua, kita bertawakkal seluruhnya. Wallahu ahlam bissawab. 

Saya mohon maaf di atas coretan ini. Segala yang baik dan benar itu adalah dari Allah. Segala yang lemah dan kurang itu pulak adalah milik saya. Semoga Tuhan membantu saya menjadikan post ini bermanfaat untuk kita semua.


DISIAPKAN PADA 23.1.2012  6.03 AM
UNTUK MEMBERI KOMEN / RESPONS, PILIH 'COMMENT AS ' DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL TAIP NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ  

No comments:

Post a Comment