Saat saya sampai, dia sedang tidur. Saya biarkan sahaja dia lena tidor sementara saya & isteri berbual-bual dengan Hajjar & Zahir. Kedua-duanya adalah anak saudara saya. Ibu mereka tiada di rumah saat kami sampai.
20 minit kemudian, ibu saya terbangun. Kami segera menyambutnya. Saya segera membangunkan dia. Bila makanan sampai, kami makan bersama & bersembang sepuas-puasnya.
Saya kenal ibu saya. Seorang wanita yang banyak berjasa kepada saya. Waktu mudanya, dia berkerja sebagai penoreh getah di Estet Tebing Tinggi, Kusial Bharu. Kemudian saat kami berpindah ke Kok Lanas, ibu memplbagaikan kerjanya, sebagai penoreh, sebagai pesawah, sebagai petani. Pelbagai kerja dia lakukan.
Waktu pagi, sebelum saya & adek saya ke sekolah, ibu akan masakkan nasi goreng. Resipinya simple sahaja. Beberapa ulas bawang merah, sebiji telor & sedikit garam. Sedapnya, hanya Tuhan yang tahu. Sampai sekarang saya minat nasi goreng.
Anda tahu, kenapa ia sedap pada saya??? Kerana ibu saya menyediakannya penuh keikhlasan untuk saya.
PERHATIAN KEPADA SEMUA ANAK
Sesungguhnya semua anak sukakan masakan ibu mereka. Saya pun suka. Anda pun begitu. Kita akan teringat-ingat kepada "air-tangan" ibu kita sampai kita dewasa. Masakan atau bekas "air-tangan" ibu selalu membuka selera kita, mengatasi masakan yang dijual di hotel-hotel besar, restoren ternama, kopitiam tersohor dan sebagainya. Anda tahu kenapa??? Kerana sang ibu memasak dengan ikhlas untuk kita. Sedangkan tempat-tmpat lain memasak untuk mencari keuntungan dari pelanggan. Keikhlasan sang ibu menjadikannya sangat sedap & lazat. Maka kerana itu, sayangilah dia. Hargailah kasihsayangnya. Cintailah keikhlasan hatinya. Dia manusia suci untuk kita. Ratu hati kita.

Kemudian bila ibu saya membuat masakan gulai lemak daum kesum ikan darat, saya makan penuh berselera. Itulah makanan terlazat dan tersedap bagi saya. Saya pernah makan di beberapa buah hotel besar, tidak ada satu pun masakan yang boleh mengatasi masakan ibu saya.
Anda tahu, kenapa ia sedap pada saya??? Sebab ibu memasak dari lubuk hatinya untuk saya.
Ibu saya sekarang sudah tua, sudah 70 tahun. Percakapannya sekarang sudah nyanyuk.Tetapi saya tetap menyayanginya. Dialah mahkota hati saya. Insan yang paling saya sayangi.
Saat saya bersekolah dulu, ibu selalu menitipkan nasihat pada saya. Kata-katanya yang sampai sekarang masih segar pada telinga saya ialah "Anakku, belajarlah rajin-rajin. Ibu tidak ada harta untukmu. Hanya ilmu yang dapat membantumu".
Kerana itu saya belajar, belajar & belajar. Nasihat ibu yang ikhlas menguatkan semangat & jiwa saya. Akhirnya, dengan berkat doa ibu, saya berjaya masuk U dan menjadi seperti saya sekarang ini.
Pergerakan bas dari Serdang ke KL memakan masa berjam-jam. Untuk mencari bas balik ke Kelantan, mesti tempah tiket lebih awal. Semuanya memerlukan kesungguhan dan nasib yang baik Ibu kata tak payah baliklah. Keadaan tak mengizinkan.
Saat saya terima telegram, saya terasa langit bagaikan hitam kelam. Dunia gelap berpusing-pusing. Saya hanya menangis, menangis & menangis. 3 hari 3 malam saya tak makan nasi. Berat juga penderitaan bila kita kehilangan orang yang kita sayang.
Ke mana pun saya pergi, saya selalu ingat pesan ayah saya. Saat kami berbonceng di atas basikal, ayah selalu memberikan nasihat-nasihat bergunanya pada saya.
[1] Nasihat pertamanya, "bila besar nanti, jadilah orang yang berguna"
[2] Nasihat keduanya, "bila ayah sudah tiada, kamu tengok-tengokkanlah (bantulah) adek-adek kamu"
[3] Nasihat ketiganya, "ayah selalu sayang kamu"
Sampai sekarang, saya menyayangi ayah saya yang tercinta & ingat segala pesan-pesannya. Dia manusia hebat bagi saya. Walau pun ayah saya tidak bersekolah tinggi, tetapi dia boleh menulis dan membaca dengan baik. Saat dia melihat saya terkapai-kapai di dalam pelajaran, dia selalu membantu saya dengan kebolehan dan kepandaian yang dia ada. Dia selalu membangunkan perasaan saya & memberi keyakinan positif kepada saya.
Itulah ayah saya, insan yang sangat saya sayang.

NASIHAT UNTUK SEMUA ANAK
Bila kamu berkesempatan, tataplah wajah ayahmu sedalam-dalamnya. Perhatikanlah wajahnya yang terbakar. Perhatikanlah kedutnya yang sudah banyak. Perhatikanlah nafasnya yang sudah tidak lancar. Lihatlah matanya yang sudah tua. Lihatlah ombak dadanya yang sudah keletihan. Tak kasihankah kamu padanya???
Dialah yang telah bertungkus-lumus membela kamu semenjak kecil. Membeli nestum dan pampers untukmu. Membeli beras & pakaian untukmu. Menyediakan duit saku sekolah untukmu. Membeli motorsikal untukmu. Tetapi sedikitpun dia tidak merunggut di depanmu. Dia tabah. Dia cekal. Dia menutup segala kesusahan dirinya darimu. Tak kasihankah kamu padanya???
HAPPY MOTHER'S DAY, HAPPY FATHER'S DAY
Sedap bunyinya kedua-dua perkataan di atas. Tetapi adakah anda tahu dari mana ia datang??? Ini adalah slogan dari Barat yang konon-kononnya untuk merayakan kasih sayang kita kepada ibu dan bapa. Slogan itu bagus tetapi tidak mencukupi. Slogan itu indah tetapi tidak memadai. Menurut kajian yang boleh dipercayai, slogan itu buatan Yahudi. Ia bertujuan mengemokkan kasih sayang kita kepada ibu & ayah pada satu hari yang khusus & menguruskannya pada hari-hari yang lain.
BAGAIMANA SEBENARNYA???
Kita mesti kasih dan sayang kepada ibu dan ayah setiap hari. Bukan sekali setahun seperti yang dikehendaki oleh HAPPY MOTHER'S DAY & HAPPY FATHER'S DAY. Slogan-slogan tersebut sebenarnya mempunyai racun yang sangat bisa. Maksudnya supaya anak dapat melepaskan rasa bersalah mereka kepada ibu bapa mereka dengan cara meraikan mereka pada hari tersebut SAHAJA.
Hari-hari lain bagaimana??? Adakah mereka meraikan kedua-dua ibubapa mereka seperti pada hari-hari tersebut???
Islam menetapkan skop tanggungjawab yang khusus kepada anak untuk berbakti kepada kedua-dua ibubapa mereka. Di antara tugas anak yang paling utama ialah :
[1] Mendoakan keampunan untuk ibubapa mereka, seperti yang tersurat dalam Al-Quran. "Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku, sebagaimana mereka telah mendidik daku sewaktu daku masih kecil". Lakukanlah setiap selepas solat. Dalam sehari 5X. Dalam sebulan 150X. Dalam setahun 1800X. Kalau sepuluh tahun, dah 18,000X. Anak yang baik ialah anak yang selalu mendoakan ibubapa mereka.
[2] Menunaikan segala hasrat dan impian mereka. Kalau mereka mahu anda rajin belajar, belajarlah bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Kalau mereka mahu anda berakhlak mulia, tunjukkanlah akhlak yang mulia itu pada mereka. Tunaikanlah segala hajat mereka.
[3] Menziarahi mereka kalau tinggal berjauhan. Ciumilah tangan mereka & tataplah wajah mereka dengan gembira. Melihat mereka atau menatap wajah mereka sudah membolehkan kita mendapat pahala daripada tuhan.
[4] Kalau jaraknya terlampau jauh sangat, telefonlah bertanya khabar. Gembirakanlah hati mereka dengan suara anda. Mereka tidak mengharapkan duit anda, tetapi layanan mesra & ingatan anda padanya. Setiap kali anda bertanya khabar, mereka pasti menangis. Menangis kerana mempunyai seorang anak yang baik seperti anda.
[5] Kalau mereka sudah meninggal, ziarahilah kubur mereka. Paling tidak, seminggu sekali pada pagi Jumaat yang mulia. Sedekahkanlah bacaan Al-Quran untuknya. Mudah-mudahan anda menjadi anak yang penuh bakti kepada ibubapa.
[6]. Sambunglah silaturrahim dengan orang-orang yang mereka cintai.
[7] Bayarlah segala hutang mereka. Hutang yang masih ada atau tersisa akan menganggu kebebasan dan ketenangan rohnya di alam barzah.
NASIHAT UNTUK SEMUA ANAK
Kasihanilah ibu bapa kita. Apabila telah tua salah seorang daripada mereka atau kedua-dua mereka di sisi anda, maka janganlah berkata uff (atau apa-apa perkataan keji yang setara dengannya) dan janganlah membentak mereka. Tetapi katakanlah kepada mereka, perkataan yang mulia.
Sebagai tanda mencintai mereka, sila tulis "saya sayang ibu dan ayah" pada ruangan komentar di bawah. Pilih "comment as " sebagai anonymous. Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda. tq
Disiapkan pada 26.2.2012 3.36 pm

Saya sayang ibu dan ayah..
ReplyDelete~MFZ~