Terima kasih juga kepada semua warga SMKH2 kerana memberi sambutan positif terhadap kisah persaraan Puan Hajjah Hamidah bt Yaacob sehingga melonjakkannya ke kedudukan no 2 dalam senarai 10 post popular blog ini.
Terima kasih juga kerana terus-menerus memberi sambutan positif terhadap kisah persaraan beliau, di dalam entry terbaru saya, PUAN HAJJAH HAMIDAH [DALAM KENANGAN]
Sekarang saya tampil dengan entry paling terbaru, TRADISI HEBAT SMKH2 : KEM KEPIMPINAN PELAJAR & MINGGU DISIPLIN. Semoga anda mendapat manfaatnya.
Saya sengaja memaparkan kisah ini supaya anda mendapat gambaran tentang hebatnya insan yang begelar Hajjah Hamidah ini. Walau pun beliau sudah tiada, tetapi kesannya masih positif dan tebal di dalam diri warga pendidik & pelajar SMKH2.
Buktinya, walaupun Puan Hajjah Hamidah sudah bersara sebagai pengetua SMKH2, namun program-program yang diatur tetap berjalan seperti dirancang. Tradisi hebat SMKH2 tetap berjalan menurut jadual. Kerjasama antara guru terus gemilang dengan konsep bahu membahu & lengkap melengkapi. Kesemua penolong kanan turun padang meninjau perjalanan program yang dijalankan. Para pelajarnya tetap menunjukkan kualiti disiplin yang membanggakan. Inilah kesan didikan beliau terhadap kami.
Pada hari Tuan Pengetua bersara, 16.2.2012, Kem Kepimpinan Pelajar yang dirancang tetap berjalan menurut jadual. Seramai 151 perserta berkampung di Peladang Inn, Machang selama 3 hari, bermula 16-18.2.2012. Mereka merupakan barisan pengawas sekolah, berserta pasangan Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas masing-masing. Diselitkan juga beberapa orang pemimpin pengawas dari PSS, Koperasi, SPBT & Badar untuk tujuani memantapkan lagi program tersebut..
Giliran saya bertugas jatuh pada hari Jumaat, 17.2.2012. Saya diamanahkan sebagai imam untuk sembahyang Maghrib & Isyak, di samping memberi Kuliah Maghrib pada hari tersebut. Kemudian saya menyambung tugas saya sebagai urusetia sehingga ke pukul 8.00 pagi esok.
Selepas Solat Isyak, ada ceramah motivasi oleh penceramah jemputan. Saya bangga meihat tahap disiplin para peserta. Mereka tekun & sabar dengan aturcara program serta sabar mengikuti segala peraturan yang ditetapkan.
Malam itu, saya tidak keseorangan. Teman-teman datang memberi bantuan & sokongan moral. Kami bersembang & berborak di ruang legar Peladang Inn. Ada Cikgu Jasri, Tuan Haji Zulkifli, Cikgu Tuan Kamaruddin, Cikgu Zul Awang, Cikgu Radzuan, Cikgu Mohd Nor Haizom dan sebagainya. Kesemua Penolong Kanan juga hadir memberi sokongan moral malam ini. Yang pertama datang, PK HEM, Cikgu Shamsudin bin Hassan. Kemudian PK Pentadbiran, Tuan Haji Haris bin Mohammad..Dan kemudiannya PK KO, En Nik Ahmad Ramzan bin Othman.
Inilah hebatnya tradisi SMKH2. Barisan pentadbir dan guru-guru bersatu tenaga untuk melastarikan , mana-mana program yang dijalankan. Terasa rindu juga dengan kehadiran Tuan Pengetua. Kalau beliau masih bersama kami, pasti beliau datang & tidor bersama perserta.
Kalau program itu 3 hari 3 malam, maka 3 hari 3 malamlah beliau berada bersama kami. Makan bersama, berbual bersama, bahkan tidor pun bersama para peserta.
Walau beliau telah tiada, tetapi tradisi hebat SMKH2 yang diwariskannya tetap kami teruskan. Malam ini urusetia dianggotai oleh lima orang. Saya, Cikgu Mohd Nor Haizom, Cikgu Amalina, Cikgu Wan Noraini & Cikgu Rakiah.
Kami berkampung bersama peserta. Guru-guru lain ada yang sukarela tidor bersama kami. Alhamdulillah. Saya tersedar pukul 4.30 pagi & segera mengerjakan tahajjud di bilik. Pelajar-pelajar mula bangun & segera berkumpul di surau. Kami kemudian mengerjakan solat taubat & tahajjud bersama. Selepas solat Subuh, saya memberikan kuliah subuh. Terima kasih kepada Cikgu Radzuan, Cikgu Mohd Nor Haizom & Tuan Haji Zulkifli yang hadir bersama pagi itu.
Pukul 8.00 pagi, Sabtu 18.2.2012, saya & rakan-rakan urusetia mengundur. Pasukan urusetia yang baru sudah mengambil tempat mengantikan kami. Demikianlah cara kami berkerja. Kami mengekalkan tradisi hebat SMKH2 yang dicetuskan oleh Puan Hajjah Hamidah bt Yaacob. .
Bila sahaja sekolah dibuka pada Ahad, 19.2.2012, program kedua pun berlangsung. Kami teruskan dengan Minggu Disiplin yang telah kami rancangkan. Semuanya berjalan menurut jadual. Kombinasi kerja & semangat antara kami memudahkan segala urusan. Perasmian Minggu Disiplin tahun ini dilakukan oleh Yang Berusaha, Tuan Pegawai Agama Jajahan Machang. Pukul 11.00 pagi kemudiannya, ada ceramah disiplin oleh pegawai Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) yang biasa kami jemput hampir setiap tahun.
Saya teringat kepada kata-kata Tuan Pengetua sepanjang berkerja dengannya.
[1] Kalau hendak buat sesuatu perkara, buatlah dengan sempurna. Beliau menekankan konsep kualiti. Buat dengan sempurna, dengan sebaik mungkin, dengan bersungguh-sungguh. Jangan main-main. Jangan kerja secara cincai.
[2] Sesuatu program atau majlis mesti bermula tepat pada masanya. You must be puntucual on time. Jangan bazirkan masa dengan kerja yang tak sempurna, terbengkalai & tidak berkualiti.
Alhamdulillah. Nasihat & tegurannya menjadikan kami sangat peka dengan tugas kami. Minggu disiplin berjalan dengan baik. Saya sebenarnya bangga berada di SMKH2. Sebuah sekolah yang hebat dengan tradisi kerjanya yang hebat. Semuanya hasil didikan Puan Hajjah Hamidah bt Yaacob.
Kelmarin, Minggu Disiplin diteruskan lagi dengan ceramah oleh pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Machang. Selepas rehat, kami teruskan dengan pertandingan kelas ceria (semua kelas), Buku Skrap (Tingkatan 1, 2 & 3), Lukisan (Tingkatan 4 & 5, Aliran Kemanusiaan) & Penulisan Esei (Tingkatan 4 & 5, Aliran Sains).
Hari ini, Selasa, 21.2.2012, Latihan Kawad Kebakaran (Fire Drill) diadakan pagi tadi sebagai kesinambungan tradisi sebelum ini. Masa diambil untuk semua pelajar berkumpul di dataran sekolah ialah 4.06 minit. Sebuah catatan masa yang relatif lambat. Apa nak jadi dengan sikap seperti ini???
Sepatutnya, masa untuk bergerak turun untuk menyelamatkan diri mesti bertambah baik. Tahun lepas 3.37 minit. Tahun ini lebih lambat. Saya cukup tak gembira mendengarnya. Kalau Puan Hajjah Hamidah ada tadi, sudah tentu dia akan meleteri sikap pelajar seperti itu. JANGAN UNDUR KE BELAKANG.
Beliau sangat anti dengan sikap UNDUR KE BELAKANG. Masa untuk pelajar turun sepatutnya lebih baik. Kalau boleh, kurang dari 3 minit. Semakin cepat masa diambil, maka semakin baik tahap bertindak untuk menghadapi kes-kes kecemasan seperti itu.
Pada pukul 9.00 pagi, ada ceramah agama oleh Ustaz Bahrin bin Yussof, Imam Tua Masjid Bandar Bachok. Penyampaiannya sangat menghiburkan. Saya pernah menjemputnya ke SMKH2 atas tiket Minggu Disiplin juga pada tahun 2010. Masa itu, saya guru disiplin SMKH2. Memang penyampaiannya sangat jelas, terang, nyata, mengesankan & berkualiti. Warga SMKH2 secara keseluruhannya sangat berpuashati.
Slot terakhir untuk hari ini ialah persembahan pelajar. Perbahasan Parlimen berkenaan Hukuman Disiplin Ke atas Pelajar merupakan satu pembaharuan yang sangat baik untuk tahun ini. Saya sendiri pun bersetuju dengan perbahasan parlimen sperti ini. Ia melatih jiwa pelajar supaya berani bercakap & memberi hujjah. Ada banyak lagi persembahan-persembahan lain, yang fokusnya bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin para-pelajar. Terima kasih di atas segala usaha anda yang bersungguh-sungguh.
Sepanjang Minggu Disiplin ini, banyak program yang siap diatur untuk pelajar. Semoga semuanya berjalan lancar & sempurna. Kekalkanlah tradisi hebat Puan Hajjah Hamidah selaku Pengetua Cemerlang.
Semarakkanlah kerjasama antara guru. Berkerjalah sebagai satu pasukan. Inilah sekolah hebat kita. Terima kasih kepada semua pelajar SMKH2. Anda telah menunjukkan tahap disiplin yang membanggakan. Walau pun Tuan Pengetua, Puan Hajjah Hamidah bt Yaacob sudah tidak bersama kita, tetapi cara beliau berkerja telah berjaya menyatukan kita. Terima kasih diucapkan.
Ingatlah, SMKH2 No 3 dalam PPD Machang.
Tetapi sentiasa No 1 dalam ranking sekolah harian biasa. Kita di belakang SM Sains Machang & SMK (A) Wataniah (sekolah kluster).
Teruskan kegemilangan itu.
DISIAPKAN PADA 21.2.2012 6.16 PM
Untuk memberi komentar, sila pilih 'comment as' di bawah sebagai anonymous atau name / url. Taip nama anda & abaikan url. Tq

No comments:
Post a Comment