Ada satu sisipan dari ceramahnya yang baru semalam terbongkar rahsianya.
Sudah banyak kali saya mendengar kisah Maulidur Rasul. Barangkali hampir 30 kali kot. Tiap-tiap kali saya dengar, kisahnya hampir sama. Something like the same story. Semalam pun saya dengar. Tetapi ceramah semalam agak berbeza. Ada sisipan yang agak luar biasa.
Sisipan itu berbunyi : KENAPA RASULULLAH DITAKDIRKAN TUHAN SEBAGAI PENGEMBALA KAMBING SEBELUM DIANGKAT MENJADI RASUL???
KENAPA KAMBING, BUKAN LEMBU ATAU UNTA??? WHY GOD CHOOSE GOAT???
Jawapan biasa yang selalu saya dengar ialah untuk melatih kesabaran pada diri Rasulullah. Tuhan hendak mendidik baginda dengan cara begitu sebelum berhadapan dengan kaumnya bagi menyampaikan dakwah.
Akan tetapi, jawapan Ustaz Wan Zulkifli semalam agak berbeza sikit.
Jawapan beliau semalam sangat mengesankan saya. Benar-benar mengejutkan saya. Sebuah jawapan yang hebat. Sebuah jawapan yang menenggelamkan seluruh ketidakfahaman saya sebelum ini.
KAMBING??? Semua orang kenal kambing. Saya pun kenal. Bahkan semasa saya kecil dahulu, saya pun pernah pelihara kambing. Tahi dia pun saya kenal. Berbutir halus & hitam pekat. Bau hamis dia pun saya boleh cam. Daging dia pun saya selalu makan. Kalau gulai lemak campur buah ara, best giler. Huh.
APA UNIKNYA KAMBING??? Kata Ustaz Wan Zulkifli, kambing ini sejenis binatang yang sangat degil. Lebih degil dari lembu dan unta. Dia juga lebih degil dari harimau dan singa. Dia juga lebih degil dari gajah yang besar itu. Dia juga lebih degil dari berok, monyet dan kera. Mana buktinya???
Lembu & unta boleh dilatih untuk mengenal kawasan ragutnya. Kalau tak bertali pun, depa tak akan pergi jauh. Depa dok melilau kawasan tu jew. Tetapi kambing ini culas sikit. Pantang tuan dia lalai sikit atau jauh sikit daripada dia, mulailah dia buat perangai. Depa akan keluar barisan dan pergi merata-rata.
Sebab itulah, kita patut faham, walaupun ada lembu dan unta, mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?
[1]. Kambing ni suka keluar jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing, mesti ada seekor yang lari dan buat perangai. Jadi, kesabaran pengembala teruji. Kambing itu satu bahan experiment yang sesuai untuk menguji kesabaran.
[2]. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan rumput secara bebas, termasuklah kadang-kadang makan tanaman jiran dan sebagainya. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya. Kena buat pemantauan 24 jam.
3. ”Saya pergi Mekah, saya tengok kambing-kambing ni jilat lumut kat atas batu,” Kata Dr. Jamnul Azhar. Kambing ni jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab tu kita cuma minum susu kambing. Nabi SAW meminum segelas susu panas sebelum tidur.
[4] Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing. Maksudnya, nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad adalah penggembala kambing..
[5] Membela kambing mengajar rasa tawaduk. Kenapa
tidak unta? Unta adalah relatif besar kalau nak dibandingkan dengan kambing. Unta
dan kambing diibaratkan sebagai kereta Ferrari dan kereta Proton . Ditakuti jika
memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan
bangga diri. Bersabda Nabi Muhammad SAW: ”Peliharalah kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan”.
Saya teringat cerita Nabi Musa a.s pasal kambing ini. Suatu masa selepas baginda diangkat menjadi Rasul, baginda pernah ditanya oleh tuhan.
WAHAI MUSA, TAHUKAH ENGKAU MENGAPA AKU MELANTIK ENGKAU MENJADI RASUL??? Secara berterus-terang, Nabi Musa mengaku tidak tahu. Kemudian baginda meminta penjelasan dari tuhan di atas persoalan tadi.
ALLAH MEMBERITAHU : Semasa engkau mengembala kambing dahulu (mengembala kambing Nabi Syuaib di Madyan), tiba-tiba seekor kambing terlepas dari kawanan. Engkau mengejarnya dengan sabar. Kejar dan kejar. Apabila engkau berjaya menangkapnya, maka engkau mengusapnya dengan baik.
Begitu juga Nabi Kita, Muhammad S.A.W. Baginda ditakdirkan menjadi pengembala kambing adalah untuk melatih jiwanya agar sentiasa sabar dan tahan uji. Demikianlah tarbiah tuhan kepada rasul-rasul pilihanNya.
Ada satu himpunan kata-kata hikmah yang saya petik dari catatan bekas pelajar saya, Qushwatul Hasanah (nama sebenarnya, Siti Mariam Ismail, SMK Paloh, SPM 2006) yang sekarang sedang belajar di UTM, Skudai, Johor. Bagus sekali kalau anda semua dapat mengambil manfaat dari kata-kata itu.
[1] Jika anda ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah.
[2] Jika anda ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya.
[3] Jika anda ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan orang yang berbeza pandangan dengannya.
Demikianlah beberapa kata-kata yang jelas menunjukkan betapa pentarbiahan tuhan kepada Rasul-rasul pilihanNya adalah untuk menghasilkan jiwa yang sabar, tenang, kuat, cekal dan sebagainya. Tuhan memilih kambing untuk dijadikan bahan uji (apparatus of physcology experiment) bagi melahirkan insan yang berkualiti tinggi dan berwibawa.
Benarkah kambing itu lebih degil dari harimau dan singa???. Benarkah dia juga lebih degil dari gajah???. Benarkah dia juga lebih degil dari berok, monyet dan kera??? Kata Ustaz Wan Zulkifli, memang benar, kambing itu lebih degil.
Buktinya, tidak ada seorang pun jurulatih binatang yang sanggup melatih kambing untuk sesuatu pertunjukkan atau acara. Kalau diperhatikan persembahan sarkas, kambing tak pernah dilibatkan, sama ada secara formal atau pun informal.
Sebengkeng-bengkeng harimau atau singa, depa boleh dijinakkan untuk pertunjukkan sarkas. Begitu juga dengan gajah. Begitu juga dengan puak-puak berok, monyet & kera. Tetapi kambing, sorry...depa sukar diajar. Payah makan nasihat.
Sebab itulah, sesiapa yang boleh mengawal kambing, cekal berurusan dengannya, bersabar dengan karenahnya, maka dia mempunyai jiwa yang sangat kuat, sangat besar & sangat sabar. Itulah rahsianya kenapa baginda ditakdirkan menjadi pengembala kambing sebelum diangkat menjadi rasul..
Disiapkan pada 10.2.12. 6.50 pm
No comments:
Post a Comment