Mendengar ucapannya sangat menghiba perasaan. Kalbu menjadi luluh oleh kata-katanya yang penuh kesedihan Di sana sini, orang menangis. Warna Dewan Gemilang tidak lagi ceria, sebaliknya penuh keharuan & tangisan.
"Saya minta maaf di atas segala salah silap saya. Ampunkanlah segala dosa-dosa saya. Maafkanlah segala salah silap saya", permintaannya itu menyebabkan air mata saya terberai. Saya menangis. Cikgu Jamia di sebelah saya juga menangis. Ustaz Wan Zul di hadapan saya juga menangis. Kata-katanya itu telah menyebabkan Dewan Gemilang pecah oleh air mata. Semua orang menangis. Bunyi teresak-esak ada di setiap penjuru. Air mata kesedihan sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.
Bukan setakat pelajar yang menangis, guru pun menangis. Guru lelaki menangis. Guru perempuan pun menangis. Kami sudah tidak malu untuk menangis. Tidak ada segan silu lagi di antara kami untuk menangis. Mata masing-masing bengkak & berair. Saya sendiri pun menangis.
Ucapan terakhirnya penuh sentuhan. Dia melakar hari persaraannya dengan kata-kata penuh perasaan. Saya mengaku saya tersentuh hati. Dan kerana itu, tanpa segan-silu saya menangis tanpa henti .
Ayat berikutnya lebih mengharukan lagi. Lebih sensitif. Lebih emosional.
"Kalau saya mati nanti, bacalah Al-Fatihah untuk saya di alam barzah nanti", kata-kata inilah yang menyebabkan saya tak dapat menahan perasaan sedih saya. Air mata saya terus bercucuran lagi. Hiba sungguh kata-kata itu. Seolah-olah beliau tidak mahu bertemu dengan kami lagi. .
Semua orang perasan saya menangis. Di pipi saya penuh manik air-mata. Bukan saya seorang sahaja yang menangis. Cikgu Jamia, Ustaz Wan Zul, Tn Haji Zul, Cikgu Suhaimi, Cikgu Din, semuanya menangis. Cikgu Salina pun menangis. Ustazah Norsalida pun menangis. Ustazah Nadah pun sama. Ustazah Wan Awateef lagi kuat menangis. Tidak ada yang tidak menangis. Semuanya menangis.
Menangis adalah lambang kasih sayang. Saat kita bersama, kita akan berkerja bersama sebagai satu pasukan. Saat kita berpisah, maka perpisahan itu amat meruntun perasaan. Kita akan kehilangan orang yang kita sayang, yang sentiasa berada bersama kita selama ini.
Majlis kelmarin adalah majlis Jasamu Dikenang. Tertera gambar Tuan Pengetua, Puan Hajjah Hamidah bt Yaacob pada backdrop di atas pentas. Ada serangkap pantun yang menghiba perasaan. Saya tak sanggup membacanya. Sebab belum pun habis saya membaca, air mata akan segera mencurah-curah turun tanda kesedihan.
Pelajar-pelajar juga menangis kesedihan. Tidak ada yang tidak menangis. Kebiasaannya mereka gembira dan ceria di Dewan Gemilang, tetapi kelmarin mereka diam kaku tak berbisik apa-pun. Masing-masing tertunduk menahan kesedihan di dalam dada. Yang lelaki menangis, yang perempuan pun menangis. Mereka seolah-olah seperti anak ayam kehilangan ibu.
Masing-masing berjurai air-mata melepaskan kesedihan yang membengkak di dalam dada. Hari ini adalah hari yang penoh dengan air-mata. Menangis adalah lambang kasih-sayang. Menangis membuatkan kita tidak rela melepaskan orang yang kita sayang pergi begitu sahaja.
Bila saya posting entry terbaru saya semalam, MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJJAH HAMIDAH BT YAACOB, ramai yang memberitahu saya bahawa mereka pun menangis sama. Mereka sebak dan sedih membaca apa yang saya tulis. Saya menjawab, itu hanya sebuah gambaran perasaan. Kalau anda hadir bersama kami, anda pun tentu menangis.
Bila saya posting entry terbaru saya semalam, MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJJAH HAMIDAH BT YAACOB, ramai yang memberitahu saya bahawa mereka pun menangis sama. Mereka sebak dan sedih membaca apa yang saya tulis. Saya menjawab, itu hanya sebuah gambaran perasaan. Kalau anda hadir bersama kami, anda pun tentu menangis.
Menangis adalah naluri semulajadi setiap insan. Semua orang pernah menangis. Saya pun pernah menangis. Saat ayah saya meninggal dunia pada tahun 1982, saya menangis tak berhenti-henti. Masa itu, umur saya baru 21 tahun dan baru belajar di UPM. Menangis adalah lambang kasih sayang
Lynn atau nama sebenarnya Nor Azlin bt Azman, 5 Sains 2011 memberitahu saya dia sedih teramat sangat dengan kisah persaraan Puan Hajjah Hamidah sebagai pengetua. Dia pun menangis sama semasa membaca blog saya. Masih panas lagi, katanya, kemesraan Tuan Pengetua terhadapnya. Saya faham perasaannya, Dia menangis untuk orang yang dia sayang.
Nurul Zaini Haslinda bt Mohd Zaimi, 5 Sains 2011 juga mengaku bahawa beliau menangis teresak-esak di depan laptop takkala membaca blog saya. Katanya, dia cukup sedih & terharu. Saya jawab, terimalah kenyataan. Itulah hakikat sebuah kehidupan. Sampai masanya, kita mesti belajar menerima sebuah kehilangan.
Syahrizatul Azma, rakan sekelasnya juga menangis takkala membaca blog saya. Dia merintih kesedihan dengan kisah persaraan Tuan Pengetua.
Nasibah bt Abdul Ghani, 5A1 pada tahun 2010 juga menangis. Saya memujuknya supaya menerima kenyataan.. Tangisan adalah luahan jiwa yang sangat mulia. Menangis adalah sebuah pencernaan perasaan untuk orang yang disayang.. Dia telah melepaskan air matanya untuk orang yang berhak terhadapnya.
Semoga dia juga faham, setiap pertemuan ada titik perpisahannya.
Farah Najwa, anak angkat SPM saya pada tahun 2010 pun menangis juga bersama Amni Afiefah Ruzlan. Bermula dari saat mereka membaca blog saya sehinggalah terbawa-bawa ke dalam tidor mereka. Mereka menangis kerana hati mereka kesedihan. Mereka telah kehilangan orang yang mereka sayang..
Huzaimi, pelajar 5A1 pada tahun 2010 juga mengaku dia sebak membaca blog saya. Bagi saya, itu lumrah kasih sayang. Bila kita kehilangan seseorang yang kita sayang, maka hati kita akan menjerit-jerit kesedihan..
Ramai lagi yang memaparkan perasaan yang sama terhadap kisah persaraan Puan Hajjah Hamidah kelmarin. Beberapa orang bekas pelajar SMKH2 juga menukilkan perasaan sedih mereka di dalam ruangan komentar blog saya. Terima kasih kepada Aisyah, Zamri Zainuddin & Nick di atas catatan perasaan mereka..
Pn Rodziah, bekas kaunselor SMKH2 juga menyatakan perasaan sedihnya dengan kisah persaaran ini. Katanya, perasaannya bercampur-baur semasa membaca blog saya. Terima kasih kepada beliau kerana turut menghayati perasaan sedih kami, warga SMKH2.
IK Hanif, seorang pelajar T3 SMKH2 memberi respons yang sangat baik terhadap jasa-jasa Puan Hajjah Hamidah selaku pengetua sekolah. Katanya, beliau telah berjaya mengubah sebuah sekolah kampung (maksudnya, SMKH2) menjadi sebuah sekolah yang ternama. Syabas. Dan kita telah kehilangan seorang yang sangat berjasa kepada kita.
Ada juga yang memberitahu saya bahawa mereka amat terkilan kerana tidak diberitahu tentang majlis persaraan ini. Baik anda tak payah datang. Kalau anda datang, anda pun akan menangis seperti kami.
Kalau anda betu-betul sayang, betul-betul cinta & kasih kepada beliau selaku seorang guru yang banyak berjasa kepada anda, coretkanlah sesuatu pada ruangan komentar pada penghujung blog ini. Semoga apabila dia membaca blog saya ini, dia akan tahu bahawa dia tidak keseorangan di dalam meninti usia persaraan ini.
Masih ramai yang sayang padanya.
Menangis adalah lambang kasih sayang. Kita tidak boleh memaksa diri kita supaya menangis, kerana hamburan air mata yang ikhlas akan keluar dari lubuk hati yang paling dalam. Saat dia dibalut kesedihan, maka air mata pun keluar sebagai saksi dari kesedihan itu.
Sekian. Terima kasih.
DISIAPKAN PADA JUMAAT 16.2.2011 11.55 PM
Untuk memberi komentar, pilih "comment as" di bawah sebagai anonymous atau name / url. Taip nama dan abaikan url. Tq.
DISIAPKAN PADA JUMAAT 16.2.2011 11.55 PM
Untuk memberi komentar, pilih "comment as" di bawah sebagai anonymous atau name / url. Taip nama dan abaikan url. Tq.
No comments:
Post a Comment