BUNGA NAN INDAH

Tuesday, 7 February 2012

PENJELASAN SAINS TERHADAP PENGHARAMAN COUPLING (BERDUA-DUAAN LELAKI-PEREMPUAN)

 
I LOVE YOU. Sebuah ungkapan Barat yang digunapakai oleh ramai remaja kita sekarang ini. Ia mengambarkan perasaan cinta antara seorang lelaki & perempuan.  Biasanya, lelaki yang mengucapkan kata-kata itu. Wanita yang menerima ucapan itu pula akan tersenyum sepanjang hari kerana lelaki yang mengucapkannya adalah lelaki pujaan hatinya.

CANTIKLAH MATA YOU.  Akan terkesima mana-mana perempuan takkala mendengar pujian seperti itu.  Hati mereka akan cair dan luluh seperti garam yang terlarut dalam air. Telinganya akan kembang bagaikan telinga rusa. Hidungnya akan  kembang  bagaikan hidung arnab. Dia tersenyum temeweh dipanah pujian yang mengila itu. Tersengih-sengih.

Adegan di atas memaparkan satu episod coupling (berdua-duaan) yang berlaku kepada ramai remaja kita masa kini. Mereka cakap mereka tak buat apa-apa. We do nothing. Kami tak buat apa-apa. Kami hanya bercakap sahaja. Bermesra sahaja.

Kalau mengikut "hukum otak", memang tak salah. Tetapi kalau mengikut "hukum agama", memang salah besar. Lelaki dan perempuan dilarang berdua-duaan tanpa muhrim. Anda tahu sebabnya??? 

SECARA PSIKOLOGINYA, wanita itu sifatnya mudah kalah (elergik) kepada pujian dan sentuhan. Mereka mudah terangsang oleh pujian dan sentuhan lelaki. Tuhan yang menciptakan perempuan, maka Dia tahu di mana kelemahan perempuan. Oleh sebab itulah, Dia melarang lelaki dan perempuan berdua-duaan. Kalau terjadi berdua-duaan, maka perempuan akan mudah kalah kepada lelaki.

Kenapa  perempuan mudah kalah kepada pujian??? Kerana otak perempuan terdiri daripada 1 bahagian akal & 9 bahagian perasaan. Lelaki pula 9  bahagian akal & 1 bahagian perasaan. Oleh kerana dominasi otak kaum perempuan lebih banyak memiliki perasaan, maka mereka ditakrifkan sebagai insan penyayang, lembut hatinya, berjiwa halus, kuat berkhayal, mudah tergoda dan sebagainya.

Perempuan pantang dipuji. Mereka cepat kembang walau pun perkara yang dipuji itu sebenarnya dusta semata-mata.  CANTIKNYA MATA YOU merupakan ayat pujian yang boleh melumpuhkan wanita, apatah lagi pada saat berdua-duaan.

Kenapa  perempuan mudah kalah kepada sentuhan???   

Kulirt merupakan organ deria yang paling  besar, di mana pun perempuan disentuh, pada pipi ke, pada dagu ke, pada kaki ke, pada betis ke, pada perut ke atau pada mana-mana tempat ke, ransangan pada kulit itu akan segera diproses sebagai impuls. Anda tahu berapa halaju impuls dalam sistem saraf manusia???

Halajunya ialah 834 km/h.. Sebuah pergerakan yang relatif cepat. .
 
Dari tempat yang disentuh, ia akan dihantar dengan cepat ke otak manusia. Di sana "pembinaan kesan" dilakukan. Otak akan menafsirkan kesan itu sebagai seronok, lazat, sedap dan sebagainya kerana syaitan yang bererdar di dalam sistem darah anda membantu pentafsiran jahat itu. Syaitan di dalam darah berkejasama dengan nafsu untuk mencipta suasana seoronok, lazat, sedap dan sebagainya itu untuk anda. 

Bila sang perempuan kalah, maka rebahlah dia ke pangkuan lelaki. Dia menjadi korban cinta palsu. Akhirnya berlakulah pelbagai perkara yang tidak baik.  Ada yang mengandung, membuang bayi, membunuh bayi , membunuh diri dan sebagainya.

Mari kita ikuti beberapa sabdaan Nabi Muhammad S.A.W tentang ini. "Janganlah berdua-duaan antara lelaki dan perempuan, kerana yang ketiganya adalah syaitan". Itu adalah peringatan yang sangat besar, kerana syaitan yang mengalir di dalam sistem peredaran darah manusia akan sentiasa menghasut manusia, lelaki dan perempuan melakukan perkara-perkara terlarang.

Dalam sabdanya yang lain, Nabi Muhammad S.A.W bersabda :"Bersentuh kamu degan babi adalah lebih baik daripada bersentuhnya lelaki dan perempuan". Ini menunjukkan implikasi kepada pergaulan bebas (termasuk coupling) akan membawa kepada kerosakan diri, jiwa, masyarakat & keturunan. Sedangkan bersentuh dengan babi hanya memerlukan samak sahaja. Selepas disamak menurut syariat agama, semuanya akan beres..

Dan dalam masa yang sama, wanita juga haruslah menjaga etika pemakaian & pakaian masing-masing.  Anda tahu kenapa saya berkata begitu???

SECARA PSIKOLOGINYA,  lelaki mudah kalah (elergik) kepada pandangan mata. Lelaki pantang ternampak wanita cantik, seksi, gebu dan mengoda. Kalau lelaki itu orang muda, maka nafsunya akan naik secara tiba-tiba. Kalau lelaki itu pulak orang tua, dia akan merasa dirinya masih muda & bertenaga. Kalau lelaki itu sudah bertongkat, dia merasa seakan-akan masih mampu untuk berkahwin 2 atau  3.

Demikianlah besarnya kesan pakaian wanita ke atas lelaki.

Sebab itu, Islam menggariskan konsep pakaian yang sesuai untuk wanita. Wanita tidak boleh memakai sebarangan sebab ia menjadi fokus kepada pandangan mata lelaki. Sekurang-kurangnya ada 5 ciri pakaian wanita Islam.

[1] Pakaian itu mesti menutup aurat wanita, kecuali muka dan dua telapak tangannya.

[2] Lebih sesuai jika ia bertelekung labuh menutupi kawasan payudaranya.

[3] Kain yang digunakan mestilah tebal sehingga terlindung warna kulitnya

[4] Ia juga mesti berwarna gelap untuk mengelak pandangan lelaki

[5] Ia juga mesti longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh perempuan.

Mata itu juga adalah organ deria yang utama. Bila mana-mana lelaki memandang yang haram, maka imej yang terbentok pada retina mata akan segera dihantar ke otak sebagai impuls pada kelajuan 834 km/h. Sama cepatnya seperti mana bila perempuan disentuh oleh lelaki. Impuls itu akan ditafsirkan pada otak manusia dengan dorongan nafsu jahat & juga syaitan yang mengalir di dalam sistem peredaran darah manusia. Maka tergambarlah yang bukan-bukan pada wanita cantik, seksi, gebu & mengoda itu.. 

Kalau ia memandang yang haram, maka kesannya akan melekat pada hati. Dia akan tergoda dan akan melakukan yang bukan-bukan. Sebab itu, lelaki seharusnya mengawal pandangan mata. Dan sebelum itu juga, perempuan sepatutnya mengawal pemakaian mereka.

Demikianlah Tuhan memberi larangan kepada kita. Tuhan melarang lelaki & perempuan berdua-duan di tempat sunyi atau coupling. Saya telah memberi  penjelasan sains berkenaan larangan tersebut sepanjang pengetahuan yang saya ada. Ini sebagai tanggungjawab saya di dalam usaha dakwah untuk menyedarkan mereka yang masih buta agama.

Panjangkanlah post ini kepada rakan-rakan sebagai usaha dakwah. Terima kasih. Semoga tuhan memberikan anda ganjaran yang setimpalnya.

Disiapkan pada 6.2.2012   2.47 pm

No comments:

Post a Comment