BUNGA NAN INDAH

Sunday, 12 February 2012

KUPASAN TERHADAP VALENTINE DAY

 
I love you.
Jangan lupa, Selasa, 14.2.2012 ni, Valentine Day.

Demikian lembut dan mesranya suara Hamdan membisikkan ke telinga Fatin. Fatin tersenyum. Sudah hampir setahun Hamdan tak mengungkapkan kata-kata romantik itu kepadanya. Hari ini 11.2.12, Bermakna ada 3 hari lagi untuk dia merayakan hari menggembirakan itu bersama Hamdan, lelaki yang dicintainya.

Sampai pada waktu dan hari yang dinanti-nantikan, Hamdan memegang tangan Fatin sambil mengucapkan kalimah I LOVE YOU sekali lagi. Fatin tersenyum puas. Dia benar-benar gembira berada di samping Hamdan yang dipujanya selama ini.


Pada saat mereka merayakan Valentine Day mereka, Hamdan & Fatin tak putus-putus senyum. Hamdan tersenyum semenjak pagi tadi lagi. Fatin pulak dari semalam lagi. Bersama mereka pada hari ini  ialah anak mereka, Hafizzudin, 30 tahun & isterinya, Norma, 28 tahun serta cucu-cucu mereka, Rita 18 tahun, Rina 15 tahun, Rini 13 tahun & Safwan 7 tahun.

HAPPY VALENTINE DAY, ABAH & UMI, kata Hafizzudin & Norma serentak.

HAPPY VALENTINE DAY, ATUK & OPAH, jerit cucu-cucu mereka serentak.

Malam itu mereka sekeluarga makan satay bersama kerana meraikan perkahwinan Hamdan & Fatin yang ke 35. Sudah lama mereka berkahwin. Dah dapat anak dan sederetan cucu yang manja dan nakal. Setiap 14 Februari pada setiap tahun, mereka akan meraikan perkahwinan mereka, di samping meraikan juga perkahwinan Hafizzudin & Norma.

MARI TUKAR KEPADA HARI SUAMI ISTERI 
Ada beberapa pihak di negara kita  mencadangkan Hari Valentine Day pada setiap 14 Februari ditukar kepada Hari Suami Isteri, tetapi Mufti Negeri Perak, Dato Haji Harrusani bin Haji Zakaria tidak bersetuju dengan tarikh tersebut.

Baginya, dia bersetuju dengan penukaran nama Hari Suami Isteri tetapi tidak bersetuju dengan tarikhnya. Beliau sebaliknya telah mencadangkan tarikh selepasnya, 15 Februari sebagai Hari Suami Isteri. Demikian butiran berita tempatan yang saya baca di akhbar pagi tadi. Pendapat anda camne???.

Bagi saya, secara ikhlas, saya bersetuju 100% dengan saranan Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak di atas. Tukarkan sahaja bentok atau format Valentine Day seperti di atas kepada Hari Suami Isteri. Kemudian tukar juga tarikh Valentine Day daripada 14.2 kepada 15.2.

Sambutan Valentine Day bagi keluarga besar, Hamdan & Fatin di atas elok sahaja ditukar kepada Hari Suami-Isteri. Walau pun ia hanya sebuah perayaan keluarga, tetapi menggunakan nama Valentine Day itu tetap salah. Menggunakan tarikh 14 Februari itu juga tetap salah. 

Anda tahu sebab musababnya???

INI SEBAB MUSABABNYA
Tarikh 14 Februari itu adalah tarikh kematian seorang paderi, Pedro S Valentino di Sepanyol. Anda tahu siapa dia??? Dialah sang paderi yang bercita-cita besar ingin melihat kekalahan & keruntuhan kerajaan Islam Gordova di Sepanyol.  Bila orang-orang Kristian berjaya menawan kerajaan Gordova daripada orang Islam pada tahun 1498, dia ternyata sangat gembira. Dia mengatakan orang-orang Islam yang memerintah Kerajaan Gordova di Sepanyol sebagai jahat, kejam, zalim & babarian.

Di atas kemenangan tersebut, dia menganjurkan umat kristian Sepanyol supaya hidup berkasih sayang. Jangan jadi macam orang Islam. Bila dia mati,  timbullah nama Valentine Day, iaitu hari memperingati nama paderi tersebut.

Sebagai seorang Islam, kita WAJIB menolak Hari Valentine Day berdasarkan 5 sebab berikut.

[1]  Itu adalah hari berkasih sayang menurut agama Kristian. Kita dilarang mengikuti mereka. Kita disuruh berkasih sayang setiap hari. Maksudnya, setiap hari, kita akan berjumpa orang yang kita kenal atau tidak kenal, kita dianjurkan memberi salam & menebarkan senyum.

[2]  Valentine itu nama paderi mereka. Tak ada sebab kita mengangung-agungkannya. Kita mempunyai nama yang lebih mulia dari itu. MUHAMMAD (Yang Terpuji),  anak kepada ABDULLAH (Hamba Allah) dan AMINAH (Yang Amanah). MUHAMMAD adalah nama yang terkenal di bumi & di langit. Dulu, sekarang & akan datang. Terkenal di dunia & pastinya di akhirat.

[3] 14 Februari (dalam kes di atas 14.2.1498) adalah hari kematian seorang paderi (maksudnya, Pedro S. Valentino) yang bercita-cita besar melihat kekalahan umat Islam di Sepanyol di tangan Kristian. Apa.rasionalnya kita merayakan kematian manusia seperti itu??? Seorang kafir, anak kepada kafir & kafir, yang sangat membenci Islam.

 [4] Hari itu juga bersangkut paut dengan  kemenangan orang kristian terhadap Islam. Mereka membunuh ramai orang Islam di Sepanyol & menyeksa ramai ulamak, wanita & kanak-kanak. Atas motif apa, kita patut menjadi gembira pada hari tersebut? Adalah sangat bodoh & dungu jika kita sanggup bersukaria & bergembira pada hari ramai saudara seagama kita disembelih menjadi korban pada hari tersebut.

[5] Hari Valentine Day adalah hari pergaulan bebas remaja seluruh dunia.  Umat Islam haram menyertainya. Dalam Islam, tidak ada hari terbuka untuk anda memerdekakan diri anda. Kita terikat dengan dosa dan pahala. Konon-kononnya, Valentine Day adalah hari melestarikan cinta. Tetapi anda mesti ingat, umat Islam dilarang berdua-duaan lelaki-perempuan. Sila baca post saya terdahulu, PENJELASAN SAINS TERHADAP PENGHARAMAN COUPLING (BERDUA-DUAAN LELAKI PEREMPUAN). 
 
KEPUTUSAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam di Malaysia, Kali yang ke 71, pada 22 - 24 November 2005 telah memutuskan bahawa orang-orang Islam tidak boleh menyambut Valentine Day, walau dalam apa bentok sekali pun.

Anda juga patut tahu terdapat beberapa kerajaan lain di dunia yang mengharamkan Valentine Day ini walaupun mereka itu bukan orang Islam. Contohnya, Kerajaan Tempatan Bolgorod di Rusia mengharamkan hari tersebut berserta dengan Hari Hallowen (Hari Memperingati Roh). Tujuannya ialah untuk mengawal kerohanian para muda-mudi mereka di sana.

Di India, terdapat juga sebuah pertubuhan Hindu, Hindu Janajagruti Saniti (HJS) menentang Valentine Day dan menganggap ia sebagai eksploitasi budaya dari barat. Mereka menyeru muda mudi India supaya memboikotnya dan jangan terikut-ikut dengan budaya yang tidak berfaedah itu. 

Kita sebagai umat Islam mestilah berpegang teguh dengan agama Islam. Jangan kerana mabuk cinta, kita terjerumus dalam budaya Valentine Day yang sekaligus boleh mengelincirkan akidah. Berhati-hatilah. Jika anda ingin melastarikan cinta anda sekalipun, pilihlah cara yang disyariatkan oleh agama.

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda: Terima kasih kepada blog Al-Haqir Wal Faqir Ilallah di atas perkongsian berguna ini.

[1] ELAKKAN DARI BERKAWAN DENGANNYA.
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara,  bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

[2] LAKUKAN RISIKAN SECARA RAHSIA.
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

[3] CARI YANG DUDUK BERSAMA IBUBAPA.
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina

[4] CARI YANG PANDAI MENGURUS RUMAHTANGGA.
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

[5] CARI YANG HORMAT KEPADA ORANG TUA
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman

[6] PANDAI YANG PANDAI MENJAGA KEHORMATAN.
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

[7] CARI YANG TIDAK BEBAS DENGAN LELAKI
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita, jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

[8] CARI YANG DIDIKAN AGAMANYA CUKUP
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Servia

[9] CARI YANG BERPEGANG TEGUH PADA SURUHAN AGAMA.
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

[10] BERTUNANG JANGAN LAMA.
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan Itali

[11] KAHWINI DIA KETIKA USIANYA MASIH MUDA.
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

[12] ELAKKAN DARI TERLALU CEMBURU
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

[13] LAYAN DIA DENGAN BAIK
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidatan Tamil

[14] BERTANGGUNGJAWAB
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.


Disiapkan pada 11.2.2012      4.10 pm.

No comments:

Post a Comment