Zaman ini, Facebook (FB) merupakan keperluan komunikasi yang sangat penting. Kalau tak ada FB, terasa janggal dan kolot. Saya pun ada. Dan saya selalu menggunakan FB saya untuk berhubung dengan sanak saudara & pelajar-pelajar saya, termasuk bekas-bekas pelajar saya yang bertaburan di serata universiti.
ADA ORANG MEMBERITAHU SAYA.
Ada orang memberitahu saya bahawa FB ini adalah laman sosial yang kurang sihat. Ia digunakan untuk menjalin cinta, dating maya dan memaparkan gambar-gambar yang terbuka auratnya. Saya bersetuju tang tu. Tetapi saya tidak bersetuju kalau mengatakan ia buruk 100%.

Ia umpama sebilah pisau. Kalau anda menggunakan pisau itu untuk memotong sayur, maka tujuan pisau itu adalah baik. Tetapi kalau anda menggunakannya untuk menakek anggota tubuh orang lain, maka itu memang salah besar. Bukan pisau yang salah, tetapi anda yang salah. Anda mesti bertanggungjawab di atas kebodohan diri anda sendiri.
BETUL KE FB CIPTAAN YAHUDI?
Ada juga orang memberitahu saya bahawa pengasas FB ini orang Yahudi. Kononnya, dia sengaja mencipta FB ini untuk merosakkan masyarakat dunia, terutama sekali orang-orang Islam. Pendapat saya agak unik di dalam persoalan ini. Ada pro & kontra.

Sepanjang yang saya tahu, kebanyakkan pencipta alat-alat ciptaan moden, termasuk saintis-saintis terkenal dunia adalah berketurunan Yahudi. Tuhan mengurniakan mereka otak yang bijak & hati yang cekal. Di antaranya Michele Nostramadus (saintis/peramal), Charles Darwin (saintis), Albert Einsteen (saintis / pelopor Teori Big Bang), Wright Bersaudara (perekacipta kapalterbang), Merk Zuckberger (pengasas FB) dan sebagainya.
MARI KITA BERSIKAP POSITIF
Menanggapi hal demikian, saya lebih suka kalau kita dapat bersikap positif. Maksud saya, kenapa kita tidak mengusahakan diri kita supaya mempunyai otak yang bijak dan hati yang cekal seperti mereka???. Kemudian melakukan hal yang sama kepada anak cucu kita & keturunan kita???

Sepatutnya orang Islam bersikap professional. Saya teringat kepada satu pepatah yang berbunyi, ANDA BOLEH MENGENAL KETAKUTAN MUSUH ANDA DENGAN MELIHAT CARA DIA MENAKUTKAN ANDA. Kata-kata ini saya sertakan di sebelah kiri post ini di bawah tajuk Ungkapan Berbisa..
Anda tahu maksudnya??? Kalau benar dakwaan yang saya dengar, mengapa anda tidak menggunakan seluruh kebijaksanaan otak anda & seluruh kecekalan hati anda untuk melakukan hal-hal yang menakutkan mereka. Melawan mereka adalah jihad. Mengapa tidak anda menguasai FB ini untuk melakukan dakwah & berjihad terhadap mereka, musuh-musuh Islam???
BAGAIMANA BERJIHAD MELALUI FB?
[1] Kita ikhlas menghadirkan diri kita di FB ini kerana Allah Taala. Niat anda mesti betul supaya keikhlasan anda akan memberi keberkatan kepada pengguna-pengguna yang lain. Selain niat yang betul, cara anda juga mesti betul.
[2] Jangan menyalahgunakan FB ini dengan memasukkan gambar anda / koleksi anda yang menampakkan aurat. Jangan juga memasukkan sebarang input yang mempunyai elemen muzik. Muzik itu melalaikan.
[3] Kita menggunakan FB ini untuk menyebarkan dakwah sesama kita. Kalau anda mempunyai info agama, samada dari blog lain atau tape milik anda / Youtube, letakkan sahaja di sini supaya kita sama-sama mendapat manfaatnya. Jadikan FB sebagai ini satu medium dakwah secara informal. .

[4] Tegur-menegur & nasihat menasihati. Ini termasuk urusan "amar maaruf nahi mungkar" yang perlu ditekankan setiap masa. Anda jangan marah kalau ada sesiapa menegur anda atau menasihati anda sekiranya perlu. Akan tetapi, orang yang menegur juga mesti berhikmah (bijak). Jangan tunjukkan cara yang bodoh & dungu dalam memberi nasihat kepada orang lain.
[5] Menghormati waktu maghrib & Isyak dengan solat berjemaah di masjid / surau bagi lelaki. Jangan dok tercantuk depan laptop dan melakukan online. Kalau anda seorang perempuan, tinggaalkan sekejap FB ini & segera dirikan solat. Kalau anda uzur pun, tunjukkan bahawa anda sedang menghormati waktu azan. Tinggalkan FB sekejap.
[6] Menghormati waktu subuh dengan tidak menghadap FB sehingga sampai waktu dinihari. Kadang-kadang saya tengok masih ada yang online sehingga 4.30 pagi. Adakah anda bersolat subuh selepas itu?
[7] Kalau anda / rakan anda menerima post / video lucah dari mana-mana manusia jahat, doakan semoga tuhan memberi pengajaran setimpal untuk dia. Kita jangan mengalah kepada manusia jahat seperti itu.
[8] Sentiasa memperbanyakkan doa sesama kita. Kalau anda tahu rakan anda, A sakit, tolonglah doakan dia supaya cepat sembuh. Seru rakan-rakan anda juga. PASTIKAN ANDA BERDOA MENGIKUT TATACARA YANG BETUL iaitu dengan membaca pembuka doa (Al-hamdu & selawat) & penutup doa (selawat & Al-hamdu). Doa secara tulisan adalah TIDAK TEPAT, bahkan TIDAK DITERIMA kerana menyalahi konsep.
* Dalam FB, anda membuat seruan berdoa. Kemudian berdoa secara betul di depan laptop masing-masing.
[9] Menggunakan ruang FB untuk membuat makluman tentang mana-mana ceramah / program agama. Kalau politik, tak payah sebutlah. Semakin ramai orang tahu tentang makumat program agama tersebut, maka semakin bermanfaat diri anda kepada orang lain.
[10] Sedut keluar isi ceramah / program agama tersebut untuk manfaat ramai. Letakkan dalam FB anda. Anda sedang melakukan jihad untuk agama anda sebenarnya.
BENARKAH DAKWAAN DI BAWAH?
Ada juga orang berkata, FB ini sengaja direka supaya umat Islam leka dan "lagha" sehingga tidak mempedulikan solat berjemaah. Dari satu segi, ia kelihatan betul tetapi dari segi yang lain, kita patut menyusun jadual kehidupan kita sendiri. Rancanglah waktu penggunaan FB anda.

Saya sendiri pengguna FB yang tegar, tetapi saya sangat menjaga solat berjemaah saya. Menanggapi fenomena tersebut, adalah kurang tepat kalau beranggapan bahawa FB melekakan & bersifat "lagha". Ia mesti diperhalusi dengan mengkaji kenapa umat Islam di Machang, Tanah Merah, Pasir Mas, Gua Musang dan sebagainya masih berbobot membeli barang di Pasar Malam walaupun azan Maghrib & Isyak kedengaran di masjid berdekatan. Pada masa itu, mereka tidak menggunakan FB pun.
SOALAN PALING POPULAR
Yang mana lebih utama, FB atau tidor??? Saya teringat kepada satu pesan Rasulullah. "Jika kamu tidor, padamlah lampu di rumah kamu" Menurut penjelasan sains, semasa kita tidor, tenaga (dalam bentok cas) yang NEGATIF akan keluar dari tubuh kita. Ini menyebabkan hanya cas-cas yang POSITIF sahaja berada di dalam tubuh kita. Sebab itu, bila kita bangun pagi, kita akan merasa segar dan aktif.

Proses tersebut hanya berlaku dalam KEADAAN GELAP (no light) sahaja. Sebab itu, Rasulullah S.A.W menyuruh kita memadamkan lampu. Mengikut sunnah Rasulullah, sesudah solat Isyak, baginda akan berwuduk (sebagai persiapan tidur) dan membaca Surah Sejadah & Al-Mulk. Kemudian baginda tidor awal untuk bangun bertahajjud pada awal pagi. Kemudian baginda pergi ke masjid untuk solat subuh berjemaah..
7 RAHSIA TERSEMBUNYI
Rasulullah telah menunjukkan contoh yang terbaik untuk kita. Saya suka menyenaraikannya untuk anda. [1] Berwuduk - Setiap kali berwuduk, maka dosa-dosa kecil akan berguguran dari badan anda. Anda akan suci bersih zahir & batin. Tidur dalam keadaan bersih akan meringankan tubuh anda. [2] Membaca Surah Sejadah & Al-Mulk- Membaca ayat-ayat suci Al-Quran (boleh juga surah-surah lain) bererti anda memasukan gelombang elektrmagnetik yang baik (maksudnya, berwarna hijau) ke dalam tubuh anda. Anda akan merasakan jiwa anda tenang, wajah anda bercahaya, rumah anda selesa & gelap malam itu mendamaikan. Anda tidak resah di dalamnya.
[3] Tidor (selama hampir 6 jam) - mengusir cas-cas negatif akibat keletihan berkerja & kuat berfikir dari tubuh badan anda & mengekalkan cas-cas positif yang memberikan rasa segar dan bertenaga. Tidur yang mencukupi adalah obat kepada kesihatan badan. [4] Bertahajjud - mendekatkan diri kepada ilahi. Semasa proses ini, gelombang elektromagnetik brwarna hijau terus menguasai diri anda sehingga menimbulkan aura yang sangat positif. [5] Bergerak ke Masjid untuk solat Subuh - sebaik-baiknya berjalan kaki adalah cara praktikal untuk mendapatkan kesihatan badan yang optimun. Jantung anda sihat & otot-otot tubuh anda sentiasa berada dalam keadaan baik.
[6] Melakukan solat subuh berjemaah - merupakan aktiviti keagamaan yang paling utama. Pahala berjemaah solat Subuh adalah yang paling besar, selain orang yang mengerjakannya adalah orang yang paling utama darjatnya. Kaum Yahudi sentiasa ingin mengalahkan orang yang sentiasa mengerjakan solat Subuh berjemaah
[7] Jika anda telah melakukan keenam-enam langkah di atas, anda sebenarnya sudah bersedia untuk meneroka dunia ini dengan segala persediaannya. Otak anda segar, jiwa anda kuat, aura anda positif, keyakinan anda meningkat, tawakkal anda tinggi, hubungan anda dengan Tuhan juga kukuh. Anda sudah bersedia menjadi khalifah Allah pada hari ini untuk tugas mentadbir & memajukan bumi Allah ini dengan segala upaya anda.
.
RAMAI MENYALAHI SUNNAH
Dengan kata lain, baginda tidor awal (sekitar jam 10.00 pm ) dan kemudian bangun awal pagi (sekitar jam 4.00 pagi) untuk melakukan tahajjud kepada Tuhan sehinggalah sampai kepada waktu Subuh. Ini sunnah Rasulullah. Di sinilah saya nelihat ramai umat Islam menyalahi sunnah baginda akibat FB. Anda telah dijerat oleh bahana FB sehingga anda lari daripada landasan sebenar.
Ada seorang Hamba Allah di dalam Facebook mengatakan, di antara FB dan tidor, sembahyanglah yang lebih penting. Jawapannya betul dari segi hakikat tetapi salah dari segi memahami kehendak soalan. Saya sengaja menimbulkan pertentangan antara FB dan tidor untuk menampakkan realiti kehidupan masa kini. Ramai umat islam masa kini suka mendekatkan diri dengan keseronokan dunia, berbanding mencari KEREDHAAN ILAHI.
Perbaikilah kesilapan anda. Jadilah muslim yang baik.
No comments:
Post a Comment