ANAK-ANAKKU, PUTRA-PUTRIKU (SIRI 4).
Saya tak pasti samada siri ini yang terakhir atau tidak.
Setakat ini, saya dah sebutkan 26 orang anak saya dalam 3 siri. Seronok juga
mempunyai anak-anak yang ramai ni. Perangainya macam-macam. Menghiburkan juga.
Macam saya pernah kata sebelum ini. Dalam mengurus anak yang
ramai ni, saya kadang-kadang jadi kaunselor, kadang-kadang kena jadi ustaz. Tetapi
di situlah nikmatnya. Orang yang tak menjadi ayah angkat, tak merasa nikmat
itu.
Isteri saya cukup terhibur dengan anak-anak kami yang ramai.
Bila mereka cuti atau berkesempatan, mereka selalu melawat kami. Pada masa
itulah, kami bercakap pelbagai perkara. Kebetulan, isteri saya pun suka
bercerita. Riuh rendah rumah saya. Saya pun seronok mendengarnya.
Paling seronok dapat makan bersama mereka. Rumah kami macam
ada kenduri. Itulah nikmatnya menjadi
keluarga angkat. Rumah selalu ada tetamu. Kunjungan tak pernah putus. Cerita
tak pernah habis. Ketawa tak pernah luput. Alhamdulilah.
Mari kita kenali anak saya yang pertama dalam siri ini. Norhidayah
Elias (SMK Paloh, SPM 2007). Saya panggil Dayah sahaja. Mak datuk, inilah anak
saya yang paling sibuk. Masa dia buat Diploma Penulisan Kreatif & Deksritif
kat Uitm dahulu, taklah dia sibuk sangat. Seminggu sekali sampai smsnya kepada
saya.
Kemudian, bila dia sambung Degreenya, kesibukannya
bertambah-tambah. Dua minggu sekali, baru sampai smsnya kepada saya. Aduhai.
Sekarang dia dah berkerja, sebulan sekali baru saya terima smsnya. Tak apalah. Saya faham kerjanya. Di samping kerjanya, Dayah juga terlibat dengan penulisan skrip drama & filem. Dia baik dengan Farid Kamil & Irma Hasmie masa di Uitm. Dia juga biasa dengan Datuk Yusuf Haslam, penerbit filem yang hebat tu.
Dah minat dia. Memang dia suka menulis. Macam saya jugalah.
Cuma saya ini penulis kampungan (menulis dalam blog jer), tetapi Dayah penulis
pro. Dia pernah menjuarai penulisan Hari Guru peringkat Negeri Kelantan, dan
pernah juga menjuarai penulisan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Maaf, tahunnya
saya lupa. Tetapi dia memang hebat.
Dah lama saya tak jumpa dia. Tetapi kalau ada drama atau
filem yang mengunakan skripnya, cepat-cepat dia hubungi saya. “Abah, jangan
lupa tengok drama ABC kat TV3. Skripnya kak buat”. Saya & umi tumpang
gembita. Hmm. Hebat juga dia.
Anak saya seterusnya ialah Nurafizah Safein (SMK Paloh, SPM
2009). Saya panggil dia “Mek Comel” kerana selalu tersenyum. Tak percaya? Anda boleh lihat sendiri kat fb. Tak
pernah saya tengok wajahnya masam cemberut. Dia memang ditakdirkan Tuhan murah
senyuman.
Masa saya mengajar dia T4, Addmathnya boleh tahan. Dia memang
budak pandai. Tetapi ada 1 perkara yang saya paling suka pada Fizah. Dia suka
mendengar nasihat & sangat menghargai nasihat yang diberikan.. Sampai sekarang pun, dia masih begitu. Dan dia juga tak sombong dengan orang tua.
Budi bahasanya baik.
Semasa dia berada di tahun 2 Matrikulasi, dia tiba-tiba
mendapat tawaran SPA 8. Dengan cepat dia menghubungi saya. Tak tahu nak terima
atau tak. Saya sejukkan perasaannya. Kemudian saya bagi hujjah pro &
kontra. Dipendekkan cerita, pendapat saya sama seperti ayahnya. Sekarang dia
belajar di sebuah Kolej Kejururawatan.
Setahun lagi, insyaallah dia akan keluar berkerja sebagai jururawat.
Saya kata, kalau nak sambung degree, insyaallah boleh selepas
itu. Tetapi jangan kahwin lagi la. Kalau dah berkahwin, nanti dapat anak. Kalau
ada anak, susah pulak nak baca buku, nak baca nota, nak wat tutorial. Suami
kena layan, anak kena jaga. Camne tu? Maaf2. Abah cuma bergurau sahaja. He2.
Meh, sekarang mari kita pergi
kepada anak saya yang ketiga. Nuruzaini Haslinda bt Zaini (SMKH2, SPM 2011). Di
kalangan rakan, dia dipanggil Linda sahaja. Tetapi kalau dalam fb, dia guna
nama Linda Lilac. Lilac tu apa? Lampu flip-flop ke?.
Saya tak rahu macam-mana saya
boleh tertarik kepada Linda. Masa T5, dia tak rapat manapun dengan saya. Bahkan
dia sangat takut nak bertanyakan Addmath pada saya. Dia takut saya jengilkan
biji mata saya kepadanya. Dia juga takut
dengar suara saya. Bahkan kalau saya lalu di tepi kerusinya pun, dia dah kecut
360“.
Tetapi saya tahu dia tak ada
ayah. Saya tahu sejak dia T3 lagi masa saya mengajar Sains. Hati saya selalu berkata, kesian budak ni.
Anak yatim rupa-rupanya. Tetapi perangainya, saya tak arif sangat. Nampak macam
OK. Tetapi saya tak boleh percaya sangat kepada penglihatan mata kasar. Saya
mesti semak status pribadinya.
Saya guna pendekatan yang Nabi
S.A.W ajar. Nak kenal A, tengok kawan-kawannya.
Linda ada 3 orang kawan rapat, Munirah, Norhayu & Arena. Semuanya
baik-baik belako. Budak-budak terpilih belako. Dalam kelas, kelompok mereka adalah
yang paling sivik. Tidak pernah menimbulkan masalah salahlaku atau disiplin.
Atas dasar itulah, saya pilih Linda. Memang dia budak baik.
Sekarang dia cuti sem di Uitm
Machang. Baru-baru ini, dia pergi KL. Sekarang dah balik ke Machang. Linda hanya
tinggal berdua sahaja dengan ibunya. Macam biasalah, kalau cuti-cuti begini,
dia hanya jadi chief sahaja . Saya
kadang-kadang mengusik dia. Elok daftar masuk Pertandingan Chef Master. Mana
tahu dapat No.1
Seterusnya, mari kita dekati IK
Hanif (SMKH2, Kelas 3RK2 2012). Dia ini bukan anak angkat saya, tetapi sangat
kamceng dengan saya. Dia pun blogger macam saya. Tak silap saya, blognya ialah
IK Hanif Kakitulis. Kepakaran blognya
sebijik macam Sani. Sama-sama hebat.
Saya selalu bertanyakan dia pasal blog. Dan dia pun peminat
blog saya. Jiwa kami sehaluan. Saya rasa dia sangat dekat di hati saya. Hmmm.
Kedekatan jiwa IK Hanif dengan saya samalah juga seperti
dekatnya jiwa Mohd Hilmi Mamat & adeknya, Mohd Ehsan Mamat dengan saya.
Kedua-dua beradek ini selalu menziarahi saya. Bila mereka pergi ke KB, mereka
singgap di rumah saya. Bila mereka balik semula ke Paloh pun, mereka singgah di
rumah saya.
Saya puji sikap 2 beradek tersebut. Mereka tak lupa jasa guru mereka. Terima kasih daun keladi. Saya sangat merindukan kamu.
Anak saya seterusnya ialah Hazarotul Laily bt Hussin (SMK
Paloh, SPM 2007). Saya panggil Haza sahaja. Semasa saya mula-mula terlihat namanya,
saya merasa namanya sangat unik & lembut. Saat saya melihatnya pada kali
pertama, memang dia mempunyai kelembutan. Kelembutan yang sangat lembut, kelembutan yang tidak ada pada orang lain
selain dia.
Akhlaknya sangat lembut, tuturkatanya sangat lembut, budi
bahasanya sangat lembut., senyumannya sangat lembut. Semuanya lembut. Tetapi
anda mesti percaya cakap saya, hatinya sangat keras. Lebih keras daripada batu,
daripada besi, daripada keluli. Saya kenal pribadi dia, sebab dia itu anak
saya.
Semasa dia belajar T5, dia duduk bersebelahan dengan Arwah Nurul
Adilah bt Mat Nawi. Itu sahabat karib dia. Adilah mati dalam satu kemalangan
jalanraya di Gua Musang bersama suaminya. Kalau tak silap saya, dalam tahun
2010. Haza pula masuk T6 di SMK Bandar Chiku. Sekarang berada di tahun 3 di
UUM, dalam jurusan Multi Media.
Baru-baru ini, Haza datang ke rumah saya bersama Baini,
Ainul, Aida & Abang Long. Rindunya melihat dia. Kelembutannya masih seperti
dulu. Seperti semasa dia belajar Addmath dengan saya dulu.
Anak saya seterusnya, Wan Ainza
(SMK Paloh, SPM 2006). Dia kelas 5 Delima. Jadi, dia tak pernah belajar Addmath
pun dengan saya. Ceritanya sama seperti Ayu Nor Hawa kat SMKH2 2010 (rujuk Siri
3). Wan Ainza adalah adek kepada We
Kelate (SMK Paloh, 5 Intan, SPM 2004). Pada saya, itu tak jadi hal.
Bagi saya, Wan sangat baik.
Kebetulan, dia kamceng dengan Nor Afzan yang juga anak saya. Kedua-duanya
sekarang berkerja di KL. Perhubungan kami tetap berjalan seperti biasa melewati
fb & blog saya.
Saya rasa cukuplah dahulu sementara waktu walaupun masih ada
sebilangan kecil anak-anak saya yang belum saya ceritakan. Masih ada lagi
beberapa orang. Setakat ini dah 31 orang saya paparkan. Mudah-mudahan anda
mengenali mereka semuanya.
Buat sementara waktu ini juga, saya “offkan” sekejap diri saya daripada menulis dalam blog ini.
Saya ada kerja sikit. Nak buat projek tanam ubi kayu kat depan rumah. Sapa-sapa nak makan ubi
kayu, bolehlah datang ambil tahun depan. Percuma jew. Free Of Charge.
Walau bagaimanapun, blog saya yang satu lagi (Mencari Damai
Di LangitMu) akan berjalan seperti biasa. Saya akan pelbagaikan kandungannya.
Cerita IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR pun akan disambung semula. Insyaallah.
Selepas itu, saya akan post pula cerita tentang NABI ISA A.S
sebanyak 12 siri. Kedua-dua cerita di atas sangat penting kepada kita sebab
kedua-duanya akan datang pada akhir zaman. Anda jangan ketinggalan. Beritahu
keluarga anda mengenainya. Beritahu juga rakan-rakan anda mengenainya. SELAMAT
MEMBACA.
Sekian dahulu. Terima kasih.
28.11.2012 12.31 pm