SARANAN PERTAMA
Jangan telan ubat anda
menggunakan air sejuk.
Elok guna air suam atau panas sebab ia memudahkan tindakbalas kimia untuk membantu penyembuhan segera anda. Ubat mempunyai struktur molekulnya yang tersendiri dan memerlukan sedikit haba untuk memutuskan ikatannya.
Elok guna air suam atau panas sebab ia memudahkan tindakbalas kimia untuk membantu penyembuhan segera anda. Ubat mempunyai struktur molekulnya yang tersendiri dan memerlukan sedikit haba untuk memutuskan ikatannya.
Saat ia masuk ke tubuh anda, ia
sudah bersedia untuk membentuk ikatan baru dengan mana-mana molekul yang dia
temui. Dengan maksud lain, air suam atau panas yang anda gunakan membantu anda
lebih bersedia untuk sembuh lebih cepat.
SARANAN KEDUA
Jangan ambil makanan berat
selepas pukul 5.00 pm.
Ya, ini betul terutama sekali untuk pesakit diebetis (kencing manis).
Ya, ini betul terutama sekali untuk pesakit diebetis (kencing manis).
Pada waktu siang, metabolisma
badan berjalan aktif kerana anda bergerak ke sana ke mari. Glukosa dalam karbohidrat
digunakan sepenuhnya sebagai tenaga.
Akan tetapi pada waktu malam,
keadaan cukup berbeza. Anda tidak lagi aktif dan tidak banyak menggunakan
tenaga. Akan tetapi jika anda rajin mengerjakan solat sunat sebanyak 8 rakaat
atau lebih sebelum waktu tidor anda, ia
mungkin boleh diterima.
Akan tetapi, jika anda tidak
mampu berbuat begitu, tak payahlah makan berat pada waktu malam. Sangat bahaya
untuk anda, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai penyakit kencing manis yang
saya maksudkan.
SARANAN KETIGA
Minum banyak air kosong waktu pagi, kurangkan waktu malam
Minum banyak air kosong waktu pagi, kurangkan waktu malam
Doktor kata, elok kalau kita
dapat minum kosong (Orang Jawa panggil air mati) 7 atau 8 gelas sehari. Saya
pun selalu buat begitu. Badan jadi basah & sihat.
Tetapi jangan amalkan meminum air
kosong sebelum tidur. Demikian teguran yang dibuat oleh seorang doctor Jepun.
Tak elok katanya. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengidap penyakit
jantung.
Sebabnya, dikhuatiri air yang
diminum itu bercampur dengan asam di dalam perut dan naik semula ke kerongkong
& menutup lubang pernafasan. Bagi pesakit jantung, keadaan ini dikatakan
bahaya. Yang tak ada penyakit jantung pun, berhati-hatilah.
Walau bagaimana pun, kita digalakkan
minum susu panas sebelum tidor. Baginda Rasulullah S.A.W selalu meminum segelas
susu sebelum tidornya. Selain kandungannya yang penuh vitamin & garam
mineral, susu juga merupakan cecair yang stabil & tidak menganggu
penggunanya.
.
SARANAN KEEMPAT
Waktu tidor yang paling sesuai
ialah 10.00 pm – 4.00 pm.
Islam pun menganjurkan begitu. Baginda Rasulullah S.A.W akan terus tidor selepas waktu Isyak iaitu sesudah membaca Surah Al-Mulk & Sejadah. Kemudian bila bangun pagi, baginda terus mendirikan solat Tahajjud kepada Tuhan. Cantiknya tidor seperti itu. Tidor yang penuh nikmat & ketenangan.
Islam pun menganjurkan begitu. Baginda Rasulullah S.A.W akan terus tidor selepas waktu Isyak iaitu sesudah membaca Surah Al-Mulk & Sejadah. Kemudian bila bangun pagi, baginda terus mendirikan solat Tahajjud kepada Tuhan. Cantiknya tidor seperti itu. Tidor yang penuh nikmat & ketenangan.
Masyarakat zaman sekarang lain
pula halnya. Mereka suka menonton TV sehingga jauh malam. Setengahnya pula suka
lepak & bersembang di kedai kopi. Kemudian balik tidor lewat malam tanpa sempat membaca Al-Quran. Akibatnya,
tersedar lewat waktu pagi. Tahajjud kemana, subuh pun ke mana.
SARANAN KELIMA
Jangan terus tidor selepas makan
Orang tua memang cukup marah kalau ada anak atau cucu yang terus tidor selepas makan. Mereka suruh budak itu berjalan dahulu 40 langkah. Saya pun tak suka. Saya akan paksa anak saya berjalan 40 langkah atau lebih sebelum tidor.
Orang tua memang cukup marah kalau ada anak atau cucu yang terus tidor selepas makan. Mereka suruh budak itu berjalan dahulu 40 langkah. Saya pun tak suka. Saya akan paksa anak saya berjalan 40 langkah atau lebih sebelum tidor.
Menurut Kitab Tua, orang yang
suka terus tidor selepas makan dikhuatiri terkena penyakit “aqilah”. Saya pun
tak tahu dengan pasti maksud penyakit ini, tetapi ia lebih berkait rapat dengan
kelembapan. Otak budak tersebut mungkin kurang cerdas & kurang berdaya
saing.
Orang-orang tua kita sangat
percaya kepada kitab yang mereka baca atau apa yang mereka dengar dari kitab
yang dibaca oleh Ustaz. Mereka tak ada bukti sanitifik untuk menyokong
kepercayaan mereka. Walau bagaimana pun, kita mesti realistik. Tak semestinya
sesuatu itu mesti ada bukti saintifik atau makmal untuk mengesahkannya benar.
Walau bagaimana pun, saya ada
satu hujjah untuk menyokong kebenaran pendapat di atas. Andaikan kedua-dua
kereta, A dan B dipandu laju. Selepas 5 minit pergerakan, matikan (switch off)
kereta A secara tiba-tiba manakala kereta B dibiarkan terus.
Kereta A tentu mengalami masalah
kerana mengalami kejutan diberhentikan atau dimatikan enjin secara tiba-tiba.
Atas anologi yang sama, adalah tak sesuai jika seseorang itu memberhentikan
semua aktivitinya dengan tidor secara tiba-tiba. Berehatlah dahulu, berjalanlah
dahulu, santailah dahulu. Jangan loklak sangat. Bahaya..
SARANAN KEENAM
Jawab telefon anda dengan telinga kiri
Jawab telefon anda dengan telinga kiri
Semua orang menjawab panggilan
telefon dengan telinga kiri. Kenapa? Ini suatu misteri. Saya percaya bahawa
telinga kiri sangat sesuai untuk itu. Ada
2 sebab utama.
Pertama, telinga kiri ada kaitan
dengan otak kiri. Otak kiri mempunyai sifat yang mementingkan tertib atau susunan
yang teratur. Dengan itu percakapan antara pendengar dan penerima akan berjalan
secara teratur. Maksudnya, bila A bercakap, B diam. Begitulah sebaliknya..
Keduanya, otak kiri juga mementingkan
logikal. Bila pendengar mendengar sesuatu yang logik, dia boleh mengambil
tindakan meneruskan perbualan atau memberhentikannya serta-merta.
Jika anda menggunakan telinga
kanan untuk menjawabnya, ada 2 bahaya di situ. [1] Otak kanan yang menguasai
telinga kanan itu bersifat fleksibel, terbuka & abstrak. Ada kemungkinan kedua-dua pendengar &
penerima akan bercakap bersimpang-siur dalam telefon. Masing-masing hendak
bercakap, so siapa yang nak dengar?
[2] Otak kanan juga tidak mementingkan
logikal. Ia bersifat abstrak. Jika telinga kanan digunakan, mungkin timbul
masalah dalam segi capaian masa untuk pendengar memahami masalah atau cerita
yang disampaikan. Bahasa logikal lebih cepat untuk difahami, seperti contoh 2 +
2 = 4. Bahasa abstraks pula mungkin lebih panjang seperti berikut, dua campur
dua akan jadi empat.
SARANAN KETUJUH.
Jangan jawab telefon bimbit semasa bateri lemah
Jika bateri telefon bimbit anda dah lemah, jangan sekali-kali menjawabnya kerana pancaran radiasinya sangat kuat pada masa itu. Dikatakan 1000X lebih kuat. So, kalau anda seorang pengguna telefon bimbit yang tegar, pastikan ianya sentiasa segar & bercas.
Jika bateri telefon bimbit anda dah lemah, jangan sekali-kali menjawabnya kerana pancaran radiasinya sangat kuat pada masa itu. Dikatakan 1000X lebih kuat. So, kalau anda seorang pengguna telefon bimbit yang tegar, pastikan ianya sentiasa segar & bercas.
Banyak bahayanya kalau bateri telefon anda lemah. Radiasinya
yang kuat itu mungkin menganggu organ-organ tertentu di dalam tubuh anda jika
anda meletaknya di poket seluar atau baju anda. Bahkan telinga anda pun mungkin
sedikit pekak. Nasihat saya, berhati-hatilah dengan kesan jangka panjangnya.
Artikel yang bagus, mohon copy. Terima kasih.
ReplyDeleteBanyak ilmu baru.. terima kasihh��
ReplyDelete