BUNGA NAN INDAH

Sunday, 25 November 2012

ANAK-ANAKKU, PUTRA-PUTRIKU (SIRI 2)


ANAK-ANAKKU, PUTRA-PUTRIKU (SIRI 2).
Dalam siri (1) dahulu, saya dah menampilkan 13 orang anak-anak angkat saya. Semuanya cun-cun belako, comel-comel belako. Mungkin ada yang anda kenal, mungkin ada yang anda tak kenal. Tak apa. Kalau anda tak kenal, bukalah fb. Mesti anda jumpa di situ.

Sekarang saya nak masuk siri (2). Saya rasa saya nak sebut sebahagian anak-anak saya yang ada di SMKH2. Tetapi saya nak mulakan kisahnya dari SMK Paloh dahulu.

Yang pertamanya, ialah Ainul Farida bt Ismail (SMK Paloh, SPM 2007). Sekarang di tahun 3 UMS. Baru-baru ini, dia menghantar sms menceritakan kesibukannya kepada saya. Panjang berjela-jela mesejnya. Tetapi saya boleh puji sikapnya, dalam dia sibukpun, dia masih sempat menghubungi saya.

Secara terus-terangnya, saya sangat sayang kepada Ainul. Bahkan isteri saya juga. Padanya, ada satu sifat khusus yang tak ada pada orang lain. Dia sangat menghargai kasih sayang yang kami beri kepadanya.

Dia pantang mendengar saya sakit, dia segera menelefon dari KK. Masa saya masuk hospital (X1) di Kuala Krai, dia menangis dalam telefonnya.  Kemudian begitulah sikapnya bila saya sakit. Dia sangat prihatin. Payah untuk saya menjumpai anak sebaik dia.

Anak-anak angkat saya yang lain pun prihatin juga. Ramai juga yang melawat saya kat hospital. Tetapi saya cuba nak mengambarkan kelainannya. Dan itulah sebenarnya keutamaannya terhadap saya.

Ainul tak pernah miss datang ke rumah saya. Pantang dia cuti. Perangainya sama semenjak kami tinggal di SMK Paloh lagi. Kebiasaannya, Ainul akan datang bersama Baini & Aida. Dan seperti saya sebut,  kami akan serahkan dapur kepada mereka hari itu. Sibuklah mereka membuat makanan kegemaran mereka, mee-sup.

Saya sebenarnya bercadang nak buat reunion anak-anak saya & juga pelajar-pelajar saya. Nak buat jamuan satay. Tetapi tak tahulah bila. Tunggu dapat bonus kot. Dan kena tunggu Ainul cuti. Dia mesti ada. Kalau boleh, nak panggil Sarah Azmi juga. Sebab dia kamceng sangat-sangat dengan Ainul. 

Meh, kita pergi kepada anak saya yang kedua. Mohd Hasani bin Ismail (SMK Paloh, SPM 2007). Saya panggil dia Sani sahaja. Sani bukan setakat sepupu, malah sekelas pulak  dengan Ainul Farida sebagaimana saya sebutkan di atas. Beliau lulusan Poly KB & sekarang sedang berkerja sebagai Penolong Pengurus di Kedai Speed 99 KL, Cawangan Ampang.

Sekarang dah ada kereta. Wira Aeroback.  Alhamdulillah. Tetapi oleh kerana dia sibuk memanjang dengan tugasnya di Kl, saya pun tak kisah sangat dengannya. Tetapi Sani ini bagus. Dia tak pernah luput sms kepada saya. Bertanya khabar & berkirim salam kepada umie & Azura.

Kalau dia kebetulan balik Kelantan, insyaallah dia akan sampai ke rumah saya. Kadang-kadang pukul 8.00 pm atau 9.00 pm. Kadang-kadang pukul 11.30 pm. Saya tak kisah. Bagi saya, rumah saya tetap terbuka pada sebarang waktu.    

Kalau anda nak tahu, Sani (nama fb Rizwan FC) inilah yang menolong membuat blog kepada saya.  Diapun blogger juga. Dan sekarang pun, kalau saya ada masalah teknikal dengan blog saya, saya akan contact dia. Alhamdulillah. Kepakarannya cukup tinggi.

Sekarang kita pergi kepada anak saya yang ketiga. Anak saya yang paling cun. Macam Hindustan. Dulu, saya pernah buat entri khusus untuknya, PELAJAR KESAYANGANKU, S.

Namanya Shamsuruddin bin Abdullah. Nama glamurnya dalam fb, Sham Dean. Kiranya sekarang ini sem 7 UPSI (Degree Pendidikan Matematik). Sekarang ni tengah cuti. Selepas ini masuk sem 8. Selepas itu, bergraduatlah dia. Jadi cikgu Addmath la dia. Insyaallah. He2.

Sifatnya sama seperti sifat saya. Perangai dia pun sama seperti perangai saya. Kehebatan matematiknya pun lebih kurang macam saya. Dan sekarang dia berkerja sebagai tukang kayu di Kampar, Perak. Itulah yang menyebabkan saya tabik (salute)  kat dia. Dia tidak malu untuk mencari rezeki yang halal.

Saya dahulu pun, masa cuti semester UPM, pergi berkerja ke Singapura selama 2 bulan. Saya tak malu pun. Saya buat kerja.halal. Rezeki yang halal itu berkat. Memang kulit saya hitam berkilat kerana dibakar matahari. Nampak gigi jer putih. Tak saya tak kisah. Tuhan tak pandang kulit. Tuhan pandang hati.

Saya puji sifat Din. Umi pun puji sifat Din. Dia bagus. Dia tahu berdikari & tahu pula memanfaatkan kebolehannya. Selepas dia habis praktikal mengajar sem 7 baru-baru ini, dia terus cari kerja di sana. Dalam smsnya kepada saya, dia memberitahu dia balik sekejap jew ke Pasir Mas untuk mengambil adeknya sebagai pembantunya. 

Dia memang kuat berusaha & sangat percaya diri. Baguslah. Itu tandanya dia mempunyai kekuatan jiwa. Sekarang dia pun dah ada kereta. Tak apalah kereta second-hand pun. Bila mengajar nanti, tentu  boleh beli yang lebih canggih, lebih baru, lebih hebat. Camry pun boleh beli.

Ramai orang tertanya-tanya, adakah saya mempunyai anak angkat di SMKH2? Ya, ada. Tetapi tidaklah ramai sangat. Lagi pula, saya sangat cerewet. Saya perlukan masa bertahun-tahun untuk menilai seseorang.

Anak angkat saya yang pertama sekali di SMKH2 ialah A (5 Sains, SPM 2009). Semua orang tak kenal dia. Bahkan tak ada sesiapa pun yang dapat menjejaki siapa dia. Dia sangat “low profile”. A very low profile person.

Oleh kerana dia tidak mempunyai fb, maka saya bercadang untuk menutup rahsia dirinya. Lagi pula, dia tak suka popular. Sekarang dia belajar di sebuah poly dalam jurusan yang sangat dia minati.

Kalau dia bercuti, dia biasanya melawat sekolah, berjumpa guru-guru & melihat perkembangan sekolah. Saya biasa membawa dia ke kantin untuk bertanya khabar hal pelajarannya.           
   
Di mana pun A berada,  hubungan dia dan saya tetap berjalan seperti biasa. Kami sering berbalas sms setiap waktu.  Bahkan beliau pernah pergi ke rumah saya. Isteri saya dah mengenalinya. Anak sayapun. Pada saya, A mempunyai kelebihan tersendiri yang tidak terdapat pada orang lain.

Meh, kita pergi kepada anak saya yang kelima dalam siri ini. Nor Azlin bt Azman (SMKH2, SPM 2011). Saya biasa memanggilnya Lynn. Kadang-kadang pulak saya panggil dia BM. Bukan Bahasa Malaysia, tetapi panggilan manja untuk dia.  Kadang-kadang saya panggil BMBT. Nak tahu, tanya dia sendiri la.

Sekarang Lynn belajar di Uitm Machang bersama abangnya yang juga belajar di situ. Rumahnya pun dekat Uitm, sekitar 5 km jew.  Dia ambil Diploma Pengurusan Perniagaan. Perangai dia pun lebih kurang macam Baini. Mudah dengar nasihat. Kalau ada apa-apa, biasanya dia cepat menghubungi saya meminta pendapat.

Tahun depan, khabarnya dia tak dapat tinggal di asrama. Tetapi dia dah ada lesen kereta. Tetapi saya tak setuju kalau dia menggunakan kereta. Maklumlah dia pompuan. He2. Ma abahnya pun tentu tak setuju. Dia anak tunggal perempuan macam anak saya juga, Azura. .Bezanya, dia ada abang & adek lelaki. Tetapi Azura tunggal.

Masa dia T5 dahulu, dia memegang jawatan Timbalan Ketua Pengawas (TKP) SMKH2 2011. Itulah hebatnya Lynn. Walau pun dia nampak lemah lembut, tetapi hatinya keras & cekal. Untuk lebih mengetahui tentang Lynn, sila baca entri saya yang khusus tentangnya, PELAJAR KESAYANGANKU, N

Sekarang mari kita dengar cerita tentang anak saya yang berada jauh di Jepun. Saya memanggilnya Kaksu walaupun nama sebenarnya Siti Rokiah bt Mat Hanapi. (SMK Paloh, SPM 2009). Dalam SPM, dia dapat straight A.

Adalah salah kalau sesetengah orang beranggapan bahawa anak-anak saya bijak-bijak belako, pandai-pandai belako, hebat-hebat belako. Tak betul tu. Mereka terdiri daripada pelbagai latar-belakang. Ada pelbagai macam perangai. Ada pelbagai macam watak.

Yang jelasnya, saya hanya memilih anak-anak yang [1] dekat dengan jiwa saya,  [2] budi bahasanya lembut & [3] akhlaknya baik. Ada masanya saya melakukan solat istikharah dalam urusan saya. Tetapi kadangkala pula saya memilih mereka berdasarkan 3 sifat di atas.

Kembali kepada Kaksu, sekarang dia belajar di Universiti Nagoya, Jepun. Sebelum itu, dia belajar kursus persediaan 2 tahun di Ambang Pusat Asuhan Jepun UM. Saat saya meninggalkan SMK Paloh pada 1.1.2009, Kaksu berada di T5. Walau pun kami berjauhan, hubungan kami tak pernah putus. Dia selalu menghantar sms bertanyakan khabar & sebagainya.

Bukan saya nak puji Kaksu. Dia memang akrab dan rapat dengan saya. Kalau ada orang menyangka saya sayangkan dia kerana dia budak pandai, ternyata alasan tu salah. Tidak tepat sama sekali.

Kaksu selalu menghantar sms kepada saya bertanyakan pelbagai perkara. Bukan sahaja sekarang, tetapi semenjak dahulu lagi. Kadang-kadang dia minta amalan zikir daripada saya. Sebab itu saya rasa dihargai di sisinya. Dan kerana itu juga, saya merasakan dia anak yang baik kepada saya.

Sekarang ini pun, kalau Kaksu ada kemusykilan agama, dia segera merujuk kepada saya. Saya akan beritahu setakat yang saya tahu. Selebihnya, saya menyuruh dia merujuk kepada orang yang lebih arif.

Dulu, saya sangat bimbang dengan keadaannya di Jepun. Maklum sahaja, dia tu pompuan.  Tetapi jiwa Kaksu keras & berani. Dia berani menghadapi realiti kehidupan di depan matanya  Sekarang ini dia menyertai Aman Palestin Mesir. Bagus. Satu penglibatan yang baik.

Akhir sekali, mari kita mengenali  Nur Iffah (SMK Paloh, SPM 2009). Masa itu dia kelas 5 Mutiara. Iffah ini bertahi lalat pada bibirnya. Dan dia pun agak pandai dalam kelasnya. Selalu Top 3. Addmath saya pun dia ok.

Apa yang saya tahu, Iffah memang kuat semangat. Saya kenal dia semenjak T4 lagi. Dia berpantang maut sebelum ajal. Dia berpantang undur sebelum kalah. Saat saya meninggalkannya pada 1.1.2009, saya tahu dia boleh mengurus dirinya. Sebab itu, bila saya tahu dia Berjaya masuk Matrikulasi, saya rasa gembira secukupnya. Dia memang layak untuk itu.     


Sekian dahulu kali ini. Kita berjumpa semula dalam siri akan datang.

25.11.2012   11.50 pm

No comments:

Post a Comment