Budak-budak SPM sudah mula
menghadapi kertas pertama mereka pada Isnin, 5.11.2012. Biasalah, BM kertas
1. Saya teringat pengalaman SPM saya
pada tahun 1979. Semasa saya menjawab BM Kertas1, saya menulis cerita berkenaan
pengalaman (kalau tak silap saya, pengalaman di Pasar Malam). Saya sengaja
perbesarkan tulisan saya supaya mudah dibaca.
Saya sengaja berbuat begitu sebab
guru BM saya selalu menasihati kami supaya menjaga mood pemeriksa. Tulisan
mesti besar dan cantik. Jangan kecil sangat, jangan huduh sangat. Pemeriksa
kertas ada mood masing-masing.
Bila saya dah jadi guru, baru
saya faham erti mood yang dimaksudkan. Guru itu manusia biasa, yang ada perasaan seperti manusia lazimnya.
Dia suka kalau pelajarnya menghormati pribadinya, menghormati ilmunya,
mendengar nasihatnya. Dia suka kalau buku nota pelajarnya kemas, tersusun,
cantik, warna-warni & sebagainya. Dia juga suka kalau tulisan pelajarnya
besar, cantik dan boleh dibaca.
Sepanjang saya mengajar Addmath,
saya selalu beri arahan mudah kepada pelajar saya. [1] Mesti guna buku log
bersaiz besar, [2] Buat garisan lurus sebagai pembahagi dua muka surat & [3] kalau
terdapat kesilapan, potong menggunakan satu garisan lurus dan tulis BATAL di
atasnya. Tujuan saya berbuat begitu ialah supaya buku nota/latihan pelajar
nampak kemas, lawa & sistematik.
Dunia Addmath adalah dunia
latihtubi (drilling). Saya selalu memberitahu pelajar saya begitu. Kalau hang
malas belajar Addmath, lebih baik hang berhenti sekolah dan pi menoreh tolong
mak bapak hang.
Kalau hang pi menoreh, hang pun
dapat pahala. Duit pun hang dapat sebab mak bapak tentu bagi punya. Kalau hang
belajar Addmath tetapi secara sambil lewa, main-main, hang pun dapat dosa.
Pasal apa? Pasal hang melukakan hati cikgu hang.
Secara terus-terang, saya memang
tak suka kepada pelajar yang malas, pondan, koyo, lemah jiwa & mudah cair.
Pelajar yang macam tu elok tak payah ambil Addmath. Ambil Pendidikan Seni
Visual (PSV) lagi bagus. Belajar melukis potret, abstraks atau pemandangan.
Kalau tak ada kerja nanti, boleh melukis kat Pasar Budaya, KL.
Untuk tahun 2012, saya mengajar
Kelas B. Faham-faham sahajalah mentality pelajar dalam kelas tu. Ada yang nak belajar dan
ada juga yang nak main-main. Bercampur-baur. Dalam Trial baru-baru ini, 22 orang lulus
Addmath dan 9 gagal . Daripada jumlah yang gagal, 4 daripadanya sangat
kritikal. Baki 5 orang lagi, insyaallah lulus. Yang 4 orang kritikal itu, kalau
mengikut istilah perubatan, kena masuk ICU. Bernafas pun kena pakai oksigen.
Aduhai.
Tetapi saya tak pernah putus asa.
Sebelum ini pun, saya pernah jumpa pelajar-pelajar yang lebih teruk daripada
mereka. Pendek kata, setiap tahun, akan terjumpalah pelajar-pelajar yang
seperti itu. Tetapi perbezaannya ada. Kalau kelas cemerlang, tak ketara sangat.
Tetapi kalau kelas terbelakang, faham-faham sajalah.
Yang jadi masalah pada saya ialah
kekuatan jiwa pelajar-pelajar zaman sekarang agak lemah dibandingkan dengan
zaman saya. Kalau sebut pasal malas, pelajar zaman sekarang 10X ganda lebih
malas. Kami dahulu malas juga, tetapi semua kerja rumah beres. Latihan dalam
Buku Teks semua licin. Cikgu tak payah suruh, kami buat sendiri jew.
malas giler... |
Pondan? Lawan kepada pondan ialah
jantan. Bagi saya, pelajar yang ambil Addmath adalah jantan sejati. Kalau yang
perempuan, saya anggap dia mempunyai jiwa kejantanan seperti lelaki. Saya maksudkan mereka jantan kerana mereka
tidak takut kepada soalan. Dalam bahasa motivasi, mereka tidak kalah kepada cabaran.
Sepayah manapun soalan tersebut, mereka tetap berusaha menyelesaikannya.
Apa yang saya tengok sekarang
agak merimaskan saya. Pelajar lelaki, pantang tengok soalan payah sikit, mula
nak tidur. Tergaru-garu kepala macam ada kutu atas kepala. Lelaki yang macam tu
memang memalukan saya.
Saya juga tak suka kepada pelajar
yang koyo (lembik). Bila saya suruh dia tampil ke depan memberi jawapan, dia
tersenggih-senggih sahaja. Terhegeh-hegeh. Langsung tak boleh buat. Apa yang
ada dalam kepalanya, entahlah. Saya sendiri pun tak tahu. Pelajar yang macam
ini, bukan lemah otak, tetapi lemah akal. Dia ada sebab lain yang tersembunyi.
Pelajar koyo..lembik |
Apa beza antara pondan dan lewah
jiwa? Pondan bermaksud takut menyelesaikan soalan Addmath yang panjang. Lemah
jiwa pula bermaksud tak boleh memimpin kumpulan. Bila saya membentuk kumpulan
untuk bengkel saya, saya biasa memilih pelajar lelaki yang lemah sebagai ketua.
Kemudian saya panggil ketua-ketua
ini untuk melihat cara penyelesaian yang sepatutnya. Penerangan saya itu hanya setakat
70% sahaja. Baki 30% dia mesti
selesaikan sendiri & kemudian menunjukajar ahli-ahli kumpulannya. Ada yang berjaya dengan
cara ini. Tetapi ada juga yang gagal melaksanakan tugasnya. Fuh.
Adegan mudah cair |
Ada juga pelajar saya yang mudah cair.
Maksudnya suka bercinta walaupun SPM dah dekat di depan mata. Saya kira pelajar
macam ini bodoh. Sebab apa saya kata bodoh? Sebab mereka gagal membezakan dua
perkara yang berbeza kepentingannya dalam hidup mereka. Bila berlaku krisis cinta, mulalah lembik
macam ayam berak kapur. Sekolah tak datang. Kalau pun datang, tak focus dalam P
& P. Betul-betul macam ayam berak kapur.
Walau bagaimana pun, tadi saya
buat bengkel Addmath untuk pelajar-pelajar saya. Selama 4 jam, mulai 8.00 am –
12.00 pm. Esok pun ada. Lusa pun ada. Kami kupas semua soalan Kertas 1 & 2
yang terpilih. Itulah sahaja cara untuk saya menolong mereka. Mudah-mudahan mereka akan lulus
Addmath dan mendapat tempat yang baik di U kelak.
Percayalah, semua guru tetap
sayangkan pelajarnya. Saya pun sama. Walau pun saya pernah marah, berleter, sekeh,
hukum dan sebagainya terhadap pelajar saya, saya anggap itu semua keperluan
terdesak untuk membetulkan mereka. Selamat berjuang wahai anak-anakku di SMK
Hamzah 2. Selamat berjuang juga untuk anak-anakku di SMK Paloh, Gua Musang.
Selamat berjuang juga untuk anak-anakku di seluruh Malaysia. Selamat menjawab Kertas
Addmath pada Selasa, 20.11.2012.
Saya baru sahaja balik dari
Stesen Bas Machang. Tadinya, dua orang bekas pelajar saya, Hasyemah Malik (IPG
Bangi) & Nik Shahida Badriah (IPG Perlis) datang menziarahi saya. Mereka bekas
pelajar SMK Paloh & mengambil SPM 2008. Masa itu, sayalah guru Addmath mereka.
Kalau anda ingin mencontohi kekuatan jiwa, kekentalan semangat, kemantapan
usaha dan sebagainya, maka contohilah mereka. Mereka benar-benar boleh dicontohi.
No comments:
Post a Comment