20 Fakta Mengerikan Mengenai Masa Depan manusia dan Bumi
Saya tidak perlu memberi hujjah
Al-Quran atau hadis tentang kerosakan bumi di masa depan. Manusia sekarang
terlalu rakus. Bila mereka nampak duit atau peluang untuk kaya, mereka segera
bergegas kepadanya tanpa mempedulikan risiko perbuatan mereka kepada orang lain
dan juga bumi. Semboyan mereka, ada duit, kita kaya
Bumi kita ini tidak akan bertahan selamanya, sedangkan kita bergantung pada bumi untuk bertahan hidup. Kita akan binasa semuanya apabila bumi hancur oleh berbagai sebab. Kedengarannya menakutkan sekali, tetapi kita perlu menyadari bahwa sumber daya bumi sangat terbatas.
Semua orang takut & ngeri. Yang susahnya, manusia ini ramai.
Kerjasama pulak tidak pernah berpadu. . Ada
sekelompok yang peka, tetapi sekelompok lagi hanya ingin kaya. .
Para
saintis meramalkan mengenai perubahan-perubahan komposisi bumi, apakah itu
tentang pemanasan global atau sumber daya mineral yang sudah mulai
merosot. Marilah kita mengamati bagaimana kita secara perlahan-lahan
menuju kepada kehancuran yang dibuat oleh tangan kita sendiri.
SEBELUM SAYA MULAKAN
Andaikan anda mempunyai 2 buah rumah sewa. Rumah A anda
sewakan kepada keluarga sederhana besar yang ramai anak (10 orang) tetapi kuat
beragama. Mereka selalu ke surau & mempunyai akhlak yang baik dengan
masyarakat.
Rumah B pulak anda sewakan kepada keluarga satu lagi.
Mereka pun ramai anak. Tetapi ternyata keluarga ini porak peranda. Kehidupan
mereka kucar kacir kerana tidak berpandukan agama.
Menurut agakan anda, rumah mana yang akan rosak teruk?
Tentu rumah B kerana keadaan pengurusan rumahtangga yang kucar-kacir. Kalaulah
rumah B dapat bercakap, tentu ia akan berkata begini.
AKU MENYAMPAH BETUL TENGOK MANUSIA DALAM RUMAH INI. DAHLAH
TAMAK & PENGOTOR, DOSA PUN BANYAK. MEREKA TIDAK MENYEMBAH TUHAN.
Begitulah bumi kita. Dia bersedia menerima pembangunan
& kemajuan yang dijalankan manusia. Tetapi berbuatlah dengan menyebut nama
Allah, disertakan niat yang baik kerana Allah, sentiasa berzikir kepadaNya
& bersolat secukupnya 5 waktu. Jangan jadi hamba duit, hamba pembangunan,
hamba kemajuan sehingga bumipun menyampah kepada kita.
Jadi bagaimanakah masa depan kita
dan bumi yang kita diami ini? Berikut ini fakta-faktanya:
[1] Pemanasan global akan terus meningkat. Anda tahu
maksudnya? Lapisan ozon sekarang semakin nipis. Banyak haba matahari menerobos
masuk ke dalam atmosfera bumi. 10% haba tadi keluar semula. 90% lagi
terperangkap dalam rumah kaca. Kita jadi meruap panas. Menggelepar kepanasan
seperti cacing di tengah panas.
Anda tahu sebabnya kenapa jadi begitu? Kerana lapisan ozon
menipis. Pasal apa? Kerana ramai sangat orang berniaga peti sejuk, penghawa
dingin & lain-lain bahan yang menggunakan CFC (bahan penipis ozon).
Juga kerana ramai sangat manusia yang ingin hidup selesa.
Depa hendak peti sejuk, hendak air-cond (penghawa dingin) & sebagainya.
Alasan mereka, buat apa duit banyak kalau hidup tak selesa.
Bila kita berdakwah kepada mereka untuk mendekati agama, jawapan mereka mudah sahaja. Maaflah, kami sibuk. Perniagaan tengah untung, kerja semakin banyak Tujuan mengajak mereka kepada agama ialah supaya Tuhan redha. Bila Tuhan redha, bumi pun redha.
Bila kita berdakwah kepada mereka untuk mendekati agama, jawapan mereka mudah sahaja. Maaflah, kami sibuk. Perniagaan tengah untung, kerja semakin banyak Tujuan mengajak mereka kepada agama ialah supaya Tuhan redha. Bila Tuhan redha, bumi pun redha.
Paling teruk, depa jawab begini. TAK PAYAH BERDAKWAH. KUBUR
LAIN-LAIN.
Pemanasan global yang berlaku akan mempengaruhi keadaan
iklim di bumi. Contohnya, badai (taufan) kuat, gelombang air pasang,
tsunami dan kelaparan. Bumi terus berusaha untuk wujud, tetapi kita manusia terpaksa menerima
akibatnya. Kerosakan akibat bencana itu sangat dahsyat sedangkan pembaikan yang
kita lakukan sangat sedikit.
[2] Peningkatan kecil pusingan bumi akibat
ketidakseimbangan isi kandungan (content)nya dapat mempengaruhi kita dengan
berbagai cara. Banjir dahsyat yang menenggelamkan segalanya, atau glesier-glesier
yang menghilang selamanya. Itu bererti kita akan kekurangan air, daratan dan
bermaharajalelanya penyakit serta meluasnya kelaparan. Beberapa spesies
hewan dan tanaman akan menjadi rosak & punah.
[3] Terjadinya perubahan pola peruntukan tanah, di mana
sekarang orang ramai lebih hidup di kota-kota besar berbanding kawasan
pendalaman. Kota-kota penuh sesak sehingga harus memperluas kawasan perumahan
sehingga ke desa dengan mengorbankan tanah pertanian. Kota besar yang hiruk-pikuk
& kotor mengganggu kesehatan manusia dan menimbulkan bibit-bibit penyakit
baru.
Lebih teruk daripada itu, orang-orang kota sangat sibuk berkerja sehngga lupa
kepada agama. Masjid ke mana. Solat ke mana. Bila kawasan perumahan diperluaskan
ke desa, keadaan yang sama juga berlaku. Semboyan mereka, hidup aku, mati, apa
engkau peduli.
[4] Produksi minyak mengalami peningkatan semenjak tahun
2008. Walau bagaimanapun, ia akan mencapai puncaknya pada tahun 2018. Bermula
tahun itu, ia dijangka akan menjadi
pencetus kepada krisis energi global,
konflik antara negara yang memperebutkan minyak dan juga sumber makanan.
[5] Kenderaan
berenjin (termasuk kereta anda) menyumbang 3/4 dari semua gas kotor yang
dibebaskan. Dijangka sehingga tahun 2030, terdapat sejumlah 1 billion kenderaan
di atas jalan raya & menjelang 2050, akan bertambah menjadi 2 billion. Hal ini berhubungan dengan 75% peningkatan CO2
selama setahun di atmosfera.
Setiap orang memiliki kereta. Saya ada 2 buah. Tetapi
kedua-duanya saya pergilirkan ke surau saya. Bukan saya ego. Kereta saya tak
pernah meragam. Asapnya nipis sahaja. Dia cukup tahu berbudi bahasa kepada alam
sekitar. Kereta anda bagaimana?
[6] Disebabkan peningkatan suhu udara akibat meningkatnya
kadar CO2, maka sedikit sahaja wap air (stim) dapat bertahan di udara untuk
membentuk awan. Ini berarti hujan akan berkurangan & mengakibatkan
hasil pertanian menurun. Akan terjadi di sekitar tahun 2020, paras air tiba-tiba
meningkat di semua bahagian benua Eropah (akibat mencairnya ais di Kutub Utara),
sedangkan populasi penduduk bumi akan mencapai sekitar 7.7 atau 8.0 billion
orang. Cuba
anda bayangkan, dapatkah kuantiti tanaman yang sedikit menampung penduduk yang
relatif ramai?
Mari kita berkebun. Saya ada sebidang tanah kecil di
hadapan rumah. Saya tanam macam-macam. Ada
pokok ubi kayu, terung, rambutan, pisang dsb. Kat belakang, ada kangkung, lada,
serai, kunyit dsb. Tuhan suruh kita berusaha. Rajin-rajinlah berkebun.
[7] Sejak Hari Bumi yang pertama tahun 1970 hingga awal
millennium baru, manusia telah membuat peningkatan emisi (pembuangan gas) rumah
kaca sebesar 70%. Bumi semakin panas kerana itu.
Mari kita kurangkan penggunaan kenderaan. Amalkan jalan kaki samada ke rumah jiran atau masjid. Rasulullah S.A.W selalu mengamalkan begitu. Kalau kita sanggup begitu, kita pun jadi sihat.
[8] Atmosfera bumi sekarang mengandung 40% lebih banyak CO2
dibandingkan dengan zaman awal Revolusi Industri. Sepatutnya hutan-hutan kita lebih tebal, lebih banyak. Tetapi sebaliknya berlaku.
[9] Hasil pembakaran bahan bakar arang batu (dari kilang) dewasa
ini menambah hampir 6 juta ton CO2 ke dalam atmosfera bumi setiap
tahunnya. Hanya separuhnya yang diserap oleh hutan-hutan dan samudera.
Selebihnya ke mana? Terperangkap dalam rumah kaca seperti dalam (1). Dunia jadi
panas, panas, panas. Panas wei.
[10] Hutan hujan pernah meliputi 14% dari permukaan
bumi. Sekarang hanya tersisa sekitar 6%. Menurut saintis, ia akan habis digunakan kurang daripada 40
tahun. 1- 1.5 hektar hutan hujan lenyap setiap 1 saat sebagai sebab-akibat
pembangunan di negara-negara industri
dan membangun. Selepas ini, di mana bekalan kayu? Di mana pulak pokok-pokok
kayu untuk menyerap CO2?
[11] Hampir 50% dari semua jenis flora, fauna dan mikro
organisme akan musnah atau terancam
dalam seperempat abad (25 tahun) ke depan disebabkan oleh penebangan
hutan-hutan hujan.
Bagaimana langkah praktikal mengatasinya di Malaysia? Membina sebanyak mungkin perkampungan Felda. Himpunkan semua anak-anak Melayu di situ dengan pemberian kebun & ladang yang sesuai. Hutan-hutan terjaga, kebun & ladang terbina, manusia pun selesa. Mari kita ajarkan masyarakat Barat supaya membina estet seperti Felda.
[12] Perkiraan saintis menunjukkan kita sedang kehilangan
137 jenis tanaman, haiwan dan serangga setiap harinya karena penebangan
hutan-hutan hujan. Atau sama dengan 50.000 jenis setiap tahunnya.
Seiring dengan lenyapnya spesies-spesies di hutan hujan, kita juga kehilangan
pelbagai jenis bahan herba & akar kayu. Sekarang ini, 121 obat-obatan
yang dijual ke seluruh dunia berasal dari herba & akar kayu. Dipercayai, 25%
dari perusahaan obat-obatan di Barat mengambil bahan dari ramuan tanaman dari
hutan hujan.
[13] Penebangan hutan yang bermaharajalela sekarang ini
menyumbang 20% kepada pemanasan global
diakibatkan oleh terhambatnya penyerapan kembali CO2. Maksudnya, kekurangan
tumbuhan untuk menyerap CO2. Bermakna kekurangan O2 yang dibebaskan.
[14] Wabah penyakit terus bertambah, samada jenisnya atau jumlahnya
karena peningkatan jumlah pencemaran udara, air dan tanah, terutama sekali di negara-negara berpendapatan rendah.
[15] Pada tahun 2030, sekitar 18% dari gugusan karang laut
akan lenyap karena perubahan iklim dan lingkungan. Dengan itu, sumber
protein dari laut akan berkurang. Pada masa yang sama, penduduk dunia dijangka meningkat kepada 8.3
billion.
[16] Pada tahun 2040, Kutub Utara dijangka akan mengalami
musim panas yang pertama tanpa ais. Ia bukan sebuah berita gembira. Paras air
seluruh Eropah naik lagi. Banjir terjadi
lagi. Masalah timbul lagi.
[17] Kerana menghilangnya glesier dan terjadinya musim
kering yang panjang, pengeluaran elektrik daripada janakuasa juga akan berkurang.
[18] Luas padang
pasir di permukaan bumi mengalami peningkatan disebabkan menaiknya suhu
bumi. Pada akhir tahun 2007, Australia kehilangan 25% daratannya
karena hal ini.
[19] Kadar karbon monoksida (CO) di atmosfera bumi terus
meningkat. Gas ini beracun & merbahaya. Sumbernya ialah asap-asap kenderaan
berenjin serta alatan-alatan rumah seperti peti & penghawa dingin.
[20] Efek berbahaya dari aktiviti manusia dapat
mempengaruhi sistem global dengan cara yang negatif. Perang, sebagai
contoh, dapat menghancurkan bumi dalam berbagai jalan; pembunuhan massal,
berkembangnya kelaparan dan penyakit, pembakaran bahan bakar fosil secara
besar-besaran oleh mesin-mesin perang, termasuk juga penebangan hutan dan
pengambilan batu-batuan dan tanah untuk pembaikan kembali infrastruktur yang rosak.
DISIAPKAN 18.11.2012 2.32 PM
No comments:
Post a Comment