BUNGA NAN INDAH

Friday, 23 November 2012

10 BENTUK MASJID TERUNIK DI DUNIA


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, apakah benar ini masjid?

Untuk anda mengetahui secara sahih (jelas), mari kita perhatikan gambar-gambar masjid di bawah. Alhamdulillah, ini sebuah pengembaraan maya untuk mengenal rumah-rumah Allah secara lebih dekat & jelas.

[1] Masjid Sangkore, Timbuktu
Sebuah masjid yang unik. Benarkah ini sebuah masjid? Barangkali anda seperti saya, benarkah ini masjid?. Ya benar, ini adalah masjid. Sesungguhnya Tuhan tidak memandang kepada rupabentok masjid, tetapi memandang kepada orang-orang yang berusaha memakmurkannya.

Meh, mari kita lihat gambarnya. 

[2] Masjid Europa Point, Gibraltar
Walaupun Portugal, Peranchis & Sepanyol berjaya direbut kembali oleh kristian, tetapi bara iman masih ada pada sebilangan umat Islam di sini. Islam masih hidup di sini.

Buktinya? Lihatlah pada masjid di bawah. Masjid Europa Point di Gilbratar.

[3] Masjid Larabanga, Mali
Mali adalah sebuah negara di Afrika yang terkenal dengan budayanya yang unik. Sehinggakan pada bentok masjidnya pun, kelihatan tanda unik atau pelik yang saya maksudkan.

Tak percaya? Meh, kita tengok. 

[4] Masjid Missiri Frejus, Mali
Ini pun sebuah masjid yang wujud di Mali. Tetapi agak moden sikit. Ia mempunyai 2 ciri kemodenan. [1] Dicat merah, [2] Mempunyai design (rekabentok) moden.

[5] Masjid Merah, Srilangka
Wah,  masjid ini sungguh cantik. Reka bentoknya sangat menakjubkan.Kreatif, kemas & ada kelainan.

Saudara kita di Srilangka memang kuat beribadat. Bila depa datang ke Malaysia pun, kita tengok depa memang kaki masjid. Masjid India di KL pun, rekabentoknya lebih kurang macam tu.

Mari kita hayati keindahan Masjid Merah yang dimaksudkan itu.Cantiknya.   

[6] Masjid Faisal, Pakistan
Masjid ini memang unik & pelik. Kebiasaannya menaranya berada ditengah & kubahnya bulat. Ini berbeza sedikit. Kubahnya tak ada. Bentok masjidnya macam dewan PIBG jew. 

Uniknya, 4 menaranya berada di sekeliing masjid. Fuh, hebatnya. Uniknya. Memang class arkitek masjid ini.

Meh, kita tengok. 

[7] Masjid, Argentina
Sepanjang saya menonton drama-drama latin dalam TV, tak pernah saya tertengok adanya masjid di Argentina, samada secara sengaja atau tak sengaja.

Bahkan saya tertanya-tanya dalam hati, ada x orang Islam di sini?

Alangkah bersihnya masjid ini. Saya puji pengurusan masjidnya yang peka kepada kebersihan.

Sesungguhnya, kebersihan itu sebahagian daripada iman. Meh kita tengok masjid bersih ini. 

[8] Masjid Al-Fateh, Bahrain
Masjid yang gagah, indah dan segak. Seperti nama kepada masjid ini, iaitu Muhamad Al-Fateh.

Sesuai dengan kekayaannya, Bahrain patut mempunyai masjid yang ekslusif seperti ini. Jangan dok membazir duit merata-rata sedangkan masjidnya tak bermaya.

Lagi satu, tolong makmurkan masjid. Kalau kita memakmurkannya, dia akan jadi saksi di atas kesolehan kita terhadapnya.   

[9]Masjid Badshahi, Pakistan
Hebat masjid ni. Kemudian nampak gah sebab di bina atas bukit. Saya memang setuju kalau semua masjid di bina atas bukit. Biar nampak hebat bila dipandang dari jauh.

Kemudian, semua tempat parking letak bawah bukit. Biar berjalan kaki & naik bukit untuk sampai ke masjid. Baru sihat sikit.

Kalau ada orang beri  alasan, "malasnya aku nak pergi ke masjid sebab ia berbukit-bukit", hang diam sahaja. Tetapi kalau hang nak jawab, hang jawab begini pada depa.

KALAU HANG MATI NANTI, HANG PERGI SENDIRI LA KE KUBOQ. AKU MALAS ANGKAT MAYAT HANG.

Meh kita tengok Masjid Badashi yang cantik ni. 
 

[10] Masjid Omayyed, Syria
Cantiknya masjid ini. Orang-orang Syria memang terkenal waraknya. Di sana ramai Wali Abdal. Tetapi sayang, Syria berkecamuk sekarang.

Berkecamuk tu tandanya Imam Mahdi dah nak keluar. He2. Tak percaya? Terpulanglah. Tak ada masalah. Saya tunggu. Anda pun tunggu Kita sama-sama tunggulah. Masa tetap berjalan.  

Mari kita tengok sinaran lampu di masjid indah ini.
 


Diterbitkan pada 23.11.2012    8.33 am

No comments:

Post a Comment