Saya terkejut sakan melihat ramainya pengunjung
kepada entri saya, SELAMAT DATANG WAHAI KERTAS ADDMATH (SELASA 20.12.2012).
Terima kasih atas kunjungan anda. Itu sekadar sebuah cerita antara guru &
murid. Tetapi ada benda penting di dalamnya, persepsi saya sebagai seorang
guru.
Walau bagaimanapun, anda patut
membacanya. Dan tentunya anda mengharapkan sesuatu yang lebih daripada itu.
Saya faham. Saya cukup faham. Meh ikuti entri terbaru saya ini, RAHSIA
MENGHADAPI KERTAS ADDMATH SPM (SELASA, 20.12.2012).
Saya harap anda semua dah baca 2
entri saya sebelum ini. Saya sengaja post awal (dalam Bulan Oktober 2012) supaya
anda boleh bersedia awal. [1] PETUA UNTUK LULUS ADDMATH, [2] ANDA MAHU SKOR A ADDMATH? Jangan baca sahaja. Anda kena
buat tindakan susulan.
Bila saya kata “tindakan susulan”,
itu bermaksud anda mesti berusaha seperti mekanik motorsikal. [1] Periksa di
mana kerosakannya, [2] Periksa status kerosakannya & [3] Baiki sampai Berjaya.
Addmath tidak dapat dicapai
dengan mudah kecuali jika anda bijak & sanggup berusaha ke paras maksima. Dunia
Addmath bukan dunia khayalan. Anda mesti berusaha sekuat tenaga untuk
mencapainya
Addmath juga bukan sesuatu yang menakutkan. Saya selalu memberi misal begini kepada pelajar-pelajar saya. Anggap sahaja Addmath itu seperti seekor biawak. Kalau anda berani menentang matanya, memegangnya & melihat tubuhnya dari A hingga Z, nescaya biawak itu gampang sahaja bagi anda.
Tetapi kalau anda takut menentang matanya, terkencing melihat tubuhnya, terberak melihat lidahnya yang panjang, nescaya sampai bila-bila pun anda akan mendapati biawak itu menakutkan. .
Addmath juga bukan sesuatu yang menakutkan. Saya selalu memberi misal begini kepada pelajar-pelajar saya. Anggap sahaja Addmath itu seperti seekor biawak. Kalau anda berani menentang matanya, memegangnya & melihat tubuhnya dari A hingga Z, nescaya biawak itu gampang sahaja bagi anda.
Tetapi kalau anda takut menentang matanya, terkencing melihat tubuhnya, terberak melihat lidahnya yang panjang, nescaya sampai bila-bila pun anda akan mendapati biawak itu menakutkan. .
Jom sekarang kita kembali kepada tindakan susulan yang perlu anda buat.
BERIKUT ADALAH TINDAKAN SUSULAN YANG PERLU ANDA BUAT
[1] UNTUK KERTAS 1 : Buat
kelompok masing-masing
Kelompok 1 : Fungsi (biasanya 3
soalan)
Kelompok 2 : Persamaan Kuadratik
& Fungsi Kuadratik (3 soalan)
Kelompok 3 : Indeks & log (3
soalan)
Kelompok 4 : janjang (3 soalan)
Kelompok 5 : Hukum Linear (2
soalan)
Kelompok 6 : Vektor (3 soalan)
Kelompok 7 : Sukatan membulat (1
soalan)
Kelompok 8 : Pembezaan &
pengamiran (4 soalan)
Kelompok 9 : Statistik,
Kebarangkalian & Taburan (3 soalan)
Saya tahu ada pelajar lemah pada
kelompok-kelompok tertentu. Contohnya, Kelompok 2, 3, 5, 8 dan 9. Apa yang
mesti anda buat? Meh, kita pergi kepada langkah 2
[2] Anda semak K1 pada
soalan-soalan past year (2006 – 2008). Kemudian semak soalan-soalan Trial dari
MRSM, SBP, Kelantan, Pahang & beberapa negeri lain. Ada persamaan / perbezaan pada
kelompok-kelompok berkenaan dari kedua-dua sumber soalan itu?
[3] Kalau ada persamaan, anda
teruskan menjawab KESEMUANYA sehingga anda benar-benar mahir.
[4] Kalau ada perbezaan,
anda salin semula semua soalan yang
BERBEZA itu supaya anda tidak terlepas pandang mengenai perubahan bentok yang
berlaku.
Soalan-soalan SPM sentiasa
berubah setiap tahun. So, anda kena tengok soalan past year (2006 – 2008). Anda juga kena tengok
soalan K1 Trial dari MRSM, SBP, Kelantan, Pahang, Johor dsb. Kenalpasti
sebarang perbezaan yang wujud.
[5] Supaya anda lebih mahir &
cekap, buat 4 soalan klon untuk setiap soalan yang anda jumpa. Anda tahu apa
maksud soalan klon? Anda tukar anu pada soalan asal, kemudian cuba jawab. Buat sehingga 4 soalan
tambahan.
[6] Untuk lebih menjamin tahap
kefahaman anda, elok anda ulangi langkah (1 – 5) di atas untuk
kelompok-kelompok yang lain. Pastikan anda mahir untuk semua 9 kelompok yang
saya syorkan. Selamat mencuba, selamat berusaha, selamat Berjaya.
PALING PENTING, anda mesti
menguasai kelompok 2, 5, 6, 8 & 9 untuk memastikan anda mendapat markah
yang LEBIH LUMAYAN. Ramai pelajar selalu terlepas tajuk ini. Ada pelbagai sebab. Boleh jadi mereka tak
cakna, malas berusaha & sebagainya.
Sekarang mari kita tengok Kertas
2. Tindakan susulannya adalah seperti berikut.
[1] UNTUK KERTAS 2 : Ada 6 soalan berikut yang
selalu menganggu pelajar. [1] Graf dalam Trigo/Penyempurnaan Kuasa 2/Indeks dan
log (A), [2] Janjang (A), [3] Sukatan membulat (A), [4] Hukum linear (B),
[5] Vektor (B) & [6] Pembezaan &
Pengamiran (B)
Maknanya ada 3 soalan payah dari
Bahagian A & 3 soalan payah dari Bahagian B. Bahagian C bergantung kepada
guru anda. Dia tentu pilih tajuk yang mudah untuk anda.
[2] Saya mengesyorkan supaya
pelajar melihat semua soalan K2 yang datang
dari MRSM, SBP, Kelantan, Pahang, Johor & dsb. Kalau tak ada, cari sampai
jumpa. Kalau tak jumpa juga, cari dalam Internet. Hendak 1000 daya, tak hendak
1000 dalih.
[3] Jawab kesemua soalan yang
saya senaraikan di atas. Kesemuanya ada 9 tajuk. Kalau anda mempunyai 4 sumber
soalan Trial (katakan MRSM, SBP, Kelantan & Johor), bermakna anda dah jawab
36 soalan. Dah banyak tu.
[4] Anda mesti menjawab ikut
format/skema SPM. Camna nak tahu? Saya syorkan anda tengok contoh jawapan dalam
Buku Addmath Past Year Questions. Bandingkan dengan jawapan anda. Tengok
kriteria-kriteria berikut ;
- Cara perletakan jawapan
- Penggunaan rumus yang sesuai
- Bilangan titik perpuluhan
- Unit yang digunakan
[5] Untuk lebih mahir dan cekap,
jangan lupa buat 3 soalan klon. Jangan anda tumpu kepada tajuk-tajuk di atas
sahaja. Kalau ada tajuk-tajuk lain yang anda masih lemah, ulangilah langkah
yang sama. Selamat mencuba, selamat berusaha, selamat Berjaya.
Dunia Addmath adalah dunia
latihtubi. You have to be aggressive in ur
drilling. Buat, buat & buat. Jangan peduli kepada letih & lapar. Kalau
anda masih bernafsu besar nak rehat, tidor & makan, tentu ada sesuatu yang
tak betul dengan Addmath anda.
Tadi saya buat bengkel untuk
pelajar-pelajar saya. Hampir semua soalan yang dibincangkan dalam K2 (kami guna soalan-soalan Trial di atas), saya tengok
mempunyai bentok baru yang sangat mengelirukan. Terutama sekali soalan janjang,
statistic & Hukum Linear.
So, jangan lupa tengok Kertas
Trial dari MRSM, SBP, Kelantan, Pahang, Johor & lainnya. Kalau anda rajin
menyemak & mentelaah soalan-soalan yang saya syorkan, insyaallah ia dapat
membantu anda sedikit sebanyak.
No comments:
Post a Comment