Setiap orang ada hati masing
masing. Secara saintifiknya, hati itu adalah jantung yang mempunyai 4 bilik
utama. Ada
atrium kiri & kanan, dan ada pula ventrikel kiri & kanan. Di dalamnya
dipenuhi darah yang mengalir ke seluruh tubuh & kembali semula kepadanya.
Menurut agama, hati itu dipanggil
kalbu atau hati sanubari. Dia pun betempat tinggal di jantung itu juga. Jadinya,
hati itu ada 2 makna. Pertama, nama fizikal (jantung) & keduanya, nama
batin (kalbu).
Apakah perbezaan keduanya?
Jantung itu adalah ISTANA, manakala
kalbu itu ialah RAJA. Kedua-duanya berada pada satu tempat tetapi peranannya
berbeza. Kalau anda tak faham juga, cuba anda pergi ke Istana Balai
Besar. Di dalamnya ada raja kita, Sultan Muhamad V.
Bila hendak mentadbir negeri,
Sultan Muhamad V akan memanggil kerajaan negeri & memerintahkan apa yang
patut. Segala kata-katanya dituruti. Jangan ada yang derhaka. Derhaka membawa
tulah.
Bagitulah juga yang terjadi di
dalam hati kita. Yang memerintah, menguasai & memberi arahan adalah hati batin (KALBU).. Dia umpama raja. Kalau dia baik, maka baiklah seluruh anggota badan.
Begitulah sebaliknya.
Sebab itu, kita mesti menjaga hati
batin (kalbu) kita agar sihat & tidak rosak. Manusia biasanya tersilap
membuat penjagaan. Mereka lebih gemar menjaga hati fizikal (jantung) sahaja
tanpa menghiraukan hati batin (kalbu).
Kadang-kadang sampai ada kempen,
SAYANGILAH JANTUNG ANDA. Doktor pulak sibok dengan nasihat-nasihat yang sama
kepada pesakit. Awak mesti banyak exercise, jangan makan makanan berlemak
sangat, kurangkan kolestrol dan sebagainya.
Tetapi bagaimana dengan hati batin (kalbu)? Adakah anda tahu dia sakit atau rosak? Kalau anda tahu dia sakit, ke mana nak dibawa? Mana pula doktornya?
Tetapi bagaimana dengan hati batin (kalbu)? Adakah anda tahu dia sakit atau rosak? Kalau anda tahu dia sakit, ke mana nak dibawa? Mana pula doktornya?
CAMNE NAK TAHU?
Camne nak tahu hati batin (kalbu)
kita rosak atau tidak? Meh, kita tengok sikit. Tanda-tanda
hati yang rosak itu ialah [1] Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat
melakukan dosa dan maksiat, [2] Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila
melakukan kesalahan,
[3] Merasa seronok bergelumang dalam dosa, [4] Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya, [5] Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya, [6] benci kepada orang-orang solih atau mereka yang suka melakukan kebaikan, [7] Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama,
[8] Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya, [9] Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah & [10] Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kalau anda dapati anda mempunyai
beberapa cirri di atas, itu tandanya hati anda kurang sihat. Ada penyakit la tu. Kalau hati fizikal (jantung)
kita ada masalah, kita cepat-cepat pergi ke hospital. Macam sayalah. Kalau saya
terasa senak-senak kat dada, saya terus telan ubat jantung. Kalau teruk lagi, saya
terus jumpa doctor pakar. He2.
Kemudian, bagaimana kalau hati
batin (kalbu) itu rosak atau berpenyakit?. Kita hendak ke mana? Saya syorkan 3
tempat. [1] Tempat yang pertama ramai orang iaitu masjid, [2] Tempat yang kedua
agak lenggang iaitu rumah para ulamak atau ustaz, [3] Tempat yang ketiga, agak kosong
dan sepi iaitu kuburan. Dok bertafakur di tepinya. Anggap sahaja anda yang mati
dan berada di dalamnya.
Pilihlah salah satu.
Sebaik-baiknya anda borong ketiga-ketiganya. Semua tempat itu tak bertiket. Percuma.
Free of Charge. Kalau anda dapat melakukan ketiga-ketiganya, insyaallah hati
anda akan menjadi sihat & sejahtera.
MEH SAYA CERITA
Bagaimana pula anda dapat tahu
hati anda dah sihat, dah sejahtera? Meh, saya cerita. [1] Sentiasa mengarah tuan punya diri
untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah, [2] Sentiasa mengingatkan
tuannya untuk beribadat kepada Allah, [3] Rasa selesa, seronok dan kelazatan
beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman,
[4] Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat, [5] Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan,
[6] Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya & [7] Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Anda tentu seronok kerana telah
mendapat beberapa tips penting untuk menghadapi Kertas Addmath SPM pada Selasa,
20.11.2012. Tetapi sebenarnya, bukan semudah itu untuk anda Berjaya. ANDA
(bukan saya) mesti memperbanyak latihtubi. ANDA (bukan saya) mesti berusaha
keras. ANDA (bukan saya) mesti mempersiap segala bekalan.
Soalan Addmath SPM setiap tahunnya,
hampir sama sahaja. Tang tu, tang tu
jugak. Hampir sama jew. Tetapi oleh kerana ia memerlukan asas persediaan yang
kukuh, kefahaman yang jitu & latihtubi yang bersungguh-sungguh, maka soalan
Addmath dalam SPM tetap jadi payah juga.
Tajuk fungsi tetap keluar,
persamaan luadratik juga keluar, fungsi kuadratik pun sama. Pendek kata semua
tajuk akan keluar. Pendek kata, kita dah tahu tajuk mana yang akan keluar.
SOALAN DAH BOCOR
Bahasa mudahnya begini. SOALAN DAH BOCOR, TETAPI KITA TETAP TAK BOLEH JAWAB. Kenapa? Tentu ada sesuatu yang tak betul dengan cara anda belajar.
Bahasa mudahnya begini. SOALAN DAH BOCOR, TETAPI KITA TETAP TAK BOLEH JAWAB. Kenapa? Tentu ada sesuatu yang tak betul dengan cara anda belajar.
Begitu juga dengan soalan dalam
kubur. Semua orang Islam dah tahu. Ma Rabbuka? Ma Nabi’yuka? Ma Kitaabuka? Dan seterusnya.
Tetapi bolehkah nanti kita semua menjawab soalan-soalan tu dalam kubur?
Soalannya dah bocor, tak boleh jawab juga ke?
Kalau kita tak boleh jawab
soalan-soalan Mungkar Nakir dalam kubur dengan tepat, dengan lancar, dengan
sepenuhnya, itu tandanya hati kita ada penyakit.
Pada zaman Syeikh Ahmad Al Buni
hidup di zamannya, dia kata penyakit manusia ini ada 104 jenis. Sekarang dah hamper
1000 tahun berlalu, penyakit manusia pun dah bertambah jenis. Kanser ada
pelbagai jenis, penyakit jantung pun sama, diebetis pun sama. Mungkin sekarang
dah beribu-ribu jenis.
Tetapi penyakit hati ini tak
berubah. It remains constant. It doesn’t change. Ia ada sekitar 10 perkara
sahaja. Meh kita tengok apa dia. [1] Nifaq dan riya' (menunjuk-nunjuk), [2] Bersangka
buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu,
[3] Hasad dan dendam kesumat, [4] Sombong, bangga diri dan ego, [5] Bohong dan berputus asa, [6] Cinta mendalam kepada selain Allah, [7] Keras hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu), [8] Belot dan khianat,
[9] Suka memaki hamun orang lain & [10] Bergelumang dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup

KITA SEMUA AKAN MATI
Nasihat saya beginilah. Kita ni
kalau bijak ke, genius ke, pandai Addmath ke, bijak Fizik ke, hebat Kimia ke, akan
mati juga. SAYA ULANGI, AKAN MATI JUGA.
So, berpada-padalah dalam
melakukan sesuatu. Berpeganglah kepada agama. Bersandarlah kepada Allah. Tegakkanlah
sunnah Rasulullah S.A.W, Nabi kita. Kemudian hormatilah ibubapamu, sayangilah
mereka keduanya. Jangan lupa diri. Jadilah insan yang tawadhuk.
Akhir kata, Selamat belajar
anak-anakku. Selamat menghadapi SPM. Jaga solatmu. Jaga akhlakmu. Dan jaga
auratmu. Semoga Tuhan sentiasa
memimpinmu. Amiin.
No comments:
Post a Comment