ANDA KENAL BUAH PERIA KATAK? Kalau anda tak kenal, meh saya tunjuk. Anda mesti kenal buah ini sebab khasiatnya sangat besar untuk mengubati penyakit. Penyakit apa? Penyakit orang kaya. Apa dia tu? Kencing manis.
Maaflah wahai sekalian orang kaya. Saya hanya bergurau sahaja. Maaflah juga wahai sekalian pengidap penyakit kencing manis. Saya hanya berseloroh sahaja. Apa-apa pun, anda mesti kenal buah ini. Buah ini adalah buah penawar untuk kencing manis.
Rakan sejawat saya, Cikgu Juriah memberitahu saya begini. Bentoknya macam buah katak puru, saiznya
kecil dan kulitnya menggerutu. Dia mengesyorkan saya buah peria katak untuk
mengubat penyakit kencing manis saya. Katanya lagi, buah peria katak boleh meransang pengeluaran insulin. Demikian maklumat yang dia sedut dari internet.
Katanya, elok dimakan 3 biji
sehari. Boleh blend (kisar). Tetapi rasanya sangat pahit. So, kalau blend dapat satu cawan. Minumlah 1/3 pagi, 1/3 petang & 1/3 malam. Kalau malas minum acap kali, teguk sekaligus jew. Habis cerita. Noktah.
Tadi isteri saya pergi ke Pasar
Tani untuk membeli buah Peria Katak ni. Dia pun kenal buah ni. Malangnya, tak
ada pula orang yang menjual.
Sekarang ini, saya mengamalkan
pengambilan Raja Herba untuk merawat kencing manis dan darah tinggi saya.
Tetapi paling penting, saya mengharapkan supaya ia dapat membantu saya merawat
penyakit kencing manis saya.
Raja Herba itu saya beli dari
Kedai Mustika Bayu, di hadapan SMK Hamzah, Machang. Orang yang mengesyorkannya
ialah bapa mertua kepada adek bongsu saya yang berkahwin dengan orang Perak.
Pak Kamil itu ada penyakit
kencing manis sama seperti saya. Katanya, selepas dia meminum Raja Herba itu 2X
sehari, pagi & petang, kadar glukosanya turun sedikit demi sedikit.
Sekarang ini, paras kencing manisnya sudah stabil & berada pada paras 4 – 5
Hg mm sahaja. Alhamdulillah.
Saya dengan segera mencarinya.
Alhamdulillah saya memperolehinya dari Kedai Mustika Bayu pada harga RM33.00. Semenjak
saya mengambilnya, ternyata bacaan kencing manis saya menurun.
Kisahnya begini. Pada sekitar
bulan September dahulu, saya berjumpa doctor pakar seperti biasa. Bacaan
kencing manis saya naik mendadak. Jururawat terkejut, doctor pun terkejut. Bacaanya
23.5 Hg mm. Doktor marahkan saya. Tetapi saya cool sahaja. Kalau saya marah
pun, paras glukosa tersebut takkan turun dengan mudah.
Oleh kerana peristiwa
demikianlah, saya beli Ubat Raja Herba. Saya minum 2X sehari pagi petang. Seminggu
selepas itu, ternyata bacaannya turun kepada 18.5 Hg mm. Seminggu selepas itu
pulak, ia turun lagi kepada 14.5 Hg mm. Sudah
2 bulan saya tak periksa bacaan kencing manis saya, tetapi ubat raja herba tu
memang saya ambil setiap hari.
Harapan saya, impian saya semoga
ubat Raja Herba itu memberi kesan yang baik. Sekarang ini saya nak guna buah
Peria Katak pula. Kalau kedua-duanya bertindak serentak, insyaallah, penyakit
kencing manis saya dapat dirawat dengan baik.
Mengingatkan bahayanya penyakit
kencing manis ini, saya kadang-kala malas untuk minum air teh, kopi, milo dan
sebagainya. Rasa macam nak minum air kosong (plain water) sahaja. Nasi pun tak
nak makan. Lebih baik makan roti macam orang putih sahaja. Makan 3 keping pagi,
tengahari & malam. Tetapi laratkah?
Saya ini orang Melayu, suka makan nasi waktu pagi. Tengahari pun kena makan juga. Petang atau malam, kena sekali lagi. Kalau tak makan nasi, gementar (kenaling) seluruh tubuh. Kopi-O ais kegemaran saya mesti diambil juga sekali sehari. Kalau tak kena, tak segar rasanya hidup.
Mengingatkan pula tentang
sahabat, rakan, kawan & kenalan yang mati kerana penyakit kencing manis,
hati saya jadi bertambah kecut. Lemah segala siku lutut. Nak pitam serta-merta.
Baru-baru ini, Stofa (nama
sebenarnya, Mustaffa) jiran kami di Kg Joh, Labok telah meninggal dunia kerana
penyakit kencing manis yang teruk. Khabarnya, keadaannya sangat kritikal
sehingga keluar nanah daripada telinganya. Saya pun tidak tahu kencing manisnya
jenis apa. Mungkin kencing manis jenis saraf. Wallahu ahlam.
Saya jadi sangat takut
mengingatkannya. Bukan setakat Arwah Stofa, tetapi juga Arwah Salleh yang
menjadi kenalan baik saya sebelum ini. Beliau pun mati kerana penyakit kencing
manis. Bahkan ada juga rakan guru yang mati kerana penyakit kencing manis.
Saya tidak tahu keadaan
sebenarnya penyakit yang ada pada saya. Setengah orang berpendapat, ia mungkin
warisan atau genetic factor. Mungkin juga. Ayah saya mati pada usia 37 tahun
kerana mengalami pelbagai penyakit. Dia ada kencing manis, darah tinggi & jantung.
Ibu saya pun sama. Dalam usianya
sekitar 75 tahun, dia juga mengalami penyakit-penyakit tersebut. Boleh jadi
benar pendapat yang mengatakan saya mendapat penyakit itu kerana factor genetik.
Boleh jadi juga salah. Wallahu ahlam.
Tetapi saya kira bernasib baik
kerana mengetahui kesemua penyakit yang saya ada. Frankly speaking, It is
better to know rather than didn’t know. Lebih baik saya tahu daripada saya tak
tahu. Semenjak berjumpa doctor pakar 4 bulan sekali, saya tahu keadaan kesihatan
saya.
Selain daripada ubat hospital
yang dibekalkan doctor, saya juga mengambil khal (cuka khurma) untuk merawat
darah tinggi & kolestrol saya. Ternyata ia sangat baik dan berkesan.
Semenjak saya mengambil khal, ada 3 tanda positif pada saya. [1] saya tak payah
mengambil ubat pencair darah, [2] jantung saya dah kurang meragam & [3]
bacaan kolestrol saya dah menurun.
Tetapi oleh kerana saya ada
penyakit jantung, darah tinggi saya kadang-kadang tak stabil juga. So, saya
kena jaga penyakit jantung saya dengan 3 cara. [1] Mesti cukup tidur, [2] mesti
sentiasa ambil ubat, [3] Menjaga pemakanan
Di antara ketiganya, saya tak
dapat mengawal tidur saya. Maksud saya, saya mengalami imsonia. Bila saya tidur
pukul 11.00 pm dan terbangun pukul 4.00 am, saya terus tak dapat tidur hingga
ke pagi. Ini pun masalah besar juga.
Jumlah tidur saya hanya 5 jam
sahaja. So, saya terpaksa tidur sekejap waktu petang untuk mencukupi waktu
tidur sepatutnya iaitu 6 jam. Kadang-kadang
saya dapat tidur, kadang-kadang pulak saya sibuk memanjang. Sehingga pukul 11.00
pm, barulah saya dapat merebahkan badan.
Menjaga tidur itu sebenarnya
sangat penting untuk penjagaan kesihatan.
Disiapkan 10.11.2012 8.11 am
terima kasih cikgu atas info di atas...sangat membuka minda....saya pun ore mache jugak...kg kolam abu ....tapi ngajar di kulaijaya johor....saya juga ada masalah kandungan gula tinggi 10.1...terus beli peria katak ...buat ulam cicah budu...baru try
ReplyDeletelupo nak ghoyat nama saya mohamad azam abdul rahman
Delete💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
ReplyDelete💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....
Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 *En Mohd Zuhairi- 0174687570*
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺👍🏻
3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
6) Kalau selain dr penyakit kanser pon blh sgt2 dirawat mcm :
*-Denggi, Kencing Tikus, Batu Karang, Gastrik, Gout .*
7) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* perlu *dipotong *jika *masih *sempat *awal* .
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .💪🏼
Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa..sekarang sudah hampir sembuh sepenuh nye. *sel kanser sudah tiada.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*
👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
*NOTE* :
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Jom share utk psakit kncing manis kki bernanah or luka
ReplyDelete