BUNGA NAN INDAH

Thursday 15 November 2012

SMS DARI MIZA



Sudah lama saya tidak menerima sms dari  Miza. Tup-tup tadi, dia menghantarnya kepada saya sewaktu saya sedang memandu kereta. Miza (nama sebenarnya Hasmiza Mamat, SMK Paloh, SPM 2009) sudah berjaya menamatkan pengajian Matrikulasinya. Bulan Februari nanti, katanya, dia akan memulakan degreenya  di kampus UIA, Kuantan, Pahang.

Sebenarnya, cerita Miza ini saya dah post pada tarikh 25.1.2012. Saya terpaksa tayang balik atas keperluan terdesak. Kisahnya begini. Seorang anak angkat saya, B bertanyakan tentang ubat darah tinggi. Saya kata, buka blog la. Dia tanya, entri mana satu?. Saya jawab, cuba cari dalam entri JUMPA DKTOR PAKAR.

Sebenarnya cerita tentang ubat/penawar kepada penyakit darah tinggi, kencing manis & jantung ada dalam banyak entri. Tentu susah nak cari. So, sekarang saya buat satu LABEL baru untuk mereka. UBAT KENCING MANIS KENCING TINGGI (UKMDT).

Kalau ada mana-mana pembaca nak tahu tentang ubat/penawar kepada penyakit-penyakit tertentu, pergi sahaja kepada LABEL, cari UKMDT.  

Meh kita sambung balik cerita pasal SMS Miza. Bila saya membaca sms yang dia hantar,.terkejut sebentar saya. Dia bertanya tentang penyakit gout. Bkpo, kenapa dan mengapa budak ni??? Takkan muda-muda lagi dia dah kena penyakit  gout. Oleh kerana HP saya tak ada kredit, saya segera menghubunginya melalui telefon rumah untuk mengetahui cerita sebenar
.
Katanya, abang iparnya yang terkena penyakit itu. Saya terdiam sebentar. Kemudian saya teringat kepada kata orang-orang tua, kali pertama "terkena" gout memang sakit dan menyakitkan. Sampai menangis pun ada. Bercerita pasal "sakitnya" penyakit gout ini, saya mempunyai pengalaman ngeri dengannya. Berikut ini, saya paparkan  "pengalaman pertama" saya berhadapan dengan gout yang sangat menyakitkan itu..Mari ikuti.
kaki yang bengkak kemerahan, sakit giler
 Cerita itu berlaku sekitar bulan November 2001. Masa itu, saya & family tinggal di Taman Perumahan Wakaf Tengah, Batu Rakit, Terengganu. Pada hari saya diserang penyakit gout, paginya saya berjogging. Petang pun berjogging. Sewaktu maghrib hampir menjelang, kaki saya tiba-tiba mengbengkak pada sebelah kiri. Seluruh kawasan buku lali tiba-tiba sahaja terik merening seakan-akan nak pecah. Ia betul-betul seperti belon yang ditiup sebesar-besarnya dan menunggu masa sahaja untuk pecah..

Masa itu, saya sedang berbaring di depan TV. Oleh kerana terlampau  sakit, saya tidak nampak apa-pun yang tertayang di skrin TV. Isteri saya cuba mengurut, tetapi saya meminta kerjasamanya supaya menjauhkan dirinya & anak daripada saya. Jangan sentuh apa-apa. Jangan pegang apa-apa. Jangan urut pun. Kalau boleh, jangan tengok pun.

Memang saya sakit yang amat sangat. Anda tahu, bagaimana rasa sakitnya???  Saya boleh terangkan begini supaya anda nampak bayangan kesakitan itu. Seolah-olah macam kaki saya itu ditoreh dari atas sedalam 1 cm menggunakan pisau cukur (gillete). Ternampak dagingnya yang puteh kemerahan. Ternampak juga salur darahnya yang kemudian memancarkan darah. Ambil segengam garam halus kemudian masukkan ke tempat torehan daging tadi. Kemudian tuangkan separuh botol cuka makan ke atasnya. Lumurkan lada burung yang telah digiling halus padanya. Kemudian perahkan asam limau nipis ke atasnya. Sebiji, dua biji & seterusnya. Kemudian bakar bahagian bawah tapak kaki. Kemudian seterika pula bahagian atas kaki. Aduh sakitnya. Memang sakit, sakit & sakit. Memang seksa, seksa  & menyeksakan. Begitulah rasa sakitnya gout itu.

Tanpa rasa segan-silu, saya menangis malam itu. Menangis kerana tak tertanggung menahan rasa sakit yang amat sakit. Saya alah kepada rasa sakit yang menjalar di seluruh kaki saya. Panas, pedih, sakit, berdenyut-denyut dan entah apa-apa lagi. Semuanya sangat menyeksakan saya. Sepicingpun saya tak dapat tidur. Selagi saya tidak tidur, selagi itulah rasa sakit & penderitaan itu membaluti seluruh tubuh saya, perasaan saya, jiwa saya & akal saya. Saya menderita 100%.

Kawan-kawan sekursus saya semuanya balik ke Kelantan malam itu. Tak dapat nak minta tolong mereka bawa saya ke klinik. Cuma ada Mat Sam yang tinggal Batu 6, Manir, Kuala Trengganu. Dia pulak tak ada di rumah malam itu. Katanya, dia sedang berada di Dungun atas urusan keluarga..

CUKUP MENDERITA MALAM ITU
Ya Allah Ya Rabbi, saya cukup menderita malam itu. Untuk bergerak mengambil wuduk, saya terpaksa menggunakan lutut untuk bergerak. Bahagian kaki saya memang tak boleh digunakan langsung. Serasa tandas rumah saya seolah-olah macam 1 km jauhnya daripada saya. Berpeloh-peloh juga saya untuk sampai ke sana.  Kemudian bila mengerjakan solat, saya duduk mengikut kemampuan yang ada. Al-Fatihahpun saya baca dalam keadaan menahan sakit. Entah betul, entah tidak, sayapun tak tahu. Semoga tuhan mengampunkan saya.

Malam itu, menjelang pukul 2.00 pagi, baru saya dapat tidur. Tenteramlah diri saya buat sementara waktu sementara menunggu pagi menjelang tiba. Tetapi sekali-sekala ada juga saya tersedar. Tak lena juga saya tidur. Kaki saya terpaksa diikat dengan bantal supaya ia selesa dan tidak bergerak ke sana ke mari. Kalau terpelewek (maksudnya tergelincir) sedikit sahaja, sakitnya hanya tuhan yang tahu. Memang malam itu, saya sakit, sakit & sakit.   

Besoknya, barulah Mat Sam, sahabat saya itu membawa saya ke klinik Ihsan di hadapan MRSM Batu Rakit. Doktor mengeleng-gelengkan kepalanya melihat kaki saya yang membengkak & merening macam nak pecah. Selepas mendapat injeksi dan rawatan sepatutnya, barulah saya sembuh.

Sekarang ini, gout sudah jarang menyerang saya. Saya benar-benar mengambil nasihat dari doktor yang merawat saya dan mendengar kata orang-orang tua yang lebih berpengalaman daripada saya. Dan nasihat-nasihat inilah yang saya titipkan kepada Miza. Semoga nasihat itu berguna untuk abang iparnya dan orang-orang lain yang menderita sepertinya.

DENGAR NASIHAT SAYA
Nasihat saya ialah [1] Jangan sesekali memakan organ dalaman binatang seperti hati, limfa dan sebagainya. Saya langsung tak makan benda ni. [2] Jangan makan sebarang kacang. Termasuklah kacang butir, kacang itik, kacang panjang dan sebagainya. Kalau nak makan juga kacang panjang, buanglah butirnya. Makan sahaja batangnya yang panjang itu, [3] Jangan amalkan makan ayam daging secara berterusan tiap-tiap hari. Ia mengandungi hormon sintetik & lain-lain bahan kimia yang boleh menyebabkan pemakannya mendapat bengkak pada tangan mereka. Rakan saya, Salahuddin & sepupu saya, Sauti termasuk di antara mereka yang telah merasai pengalaman ini.

[4] Jangan makan daging merah (daging segar) secara berterusan. Saya memang tak boleh makan. Kalau makan, memang kena gout. Tetapi kalau daging import atau daging segar yang disimpan lama dalam peti, tak apa pulak. Ok jew. [5] Jangan makan sos tomato. Berhati-hatilah dengan ikan sardin, kerana ia mengandungi kuantiti sos tomato yang agak banyak di dalamnya. [6] Akhir sekali, ini syarat paling penting, mesti cekalkan diri berpantang dari memakan jenis makanan (1-5) di atas. BERPANTANG ITU PENTING.
Demikianlah beberapa pantang larang yang saya titipkan kepada Miza. Buat permulaan, saya menyuruh abang iparnya mendapat rawatan awal di klinik. Ambil pain killer dan ubat penyembuh gout. Pain killer hanya diambil ketika PERLU sahaja. Maksudnya ketika sakit sahaja. Bila dah surut / hilang rasa sakitnya, barulah ambil ubat penyembuh gout. Jangan telan ubat penyembuh gout sewaktu anda masih sakit. Ia akan memburukkan keadaan. Sakit anda akan bertambah sakit.

Di kesempatan ini, saya juga nak memberitahu beberapa petua untuk mengurangkan paras asid urik di dalam badan dan seterusnya menyembuhkan gout. Insyaallah.

[1]. Ambil peria yang sederhana besar dan potong tiga. 1 bahagian untuk 1 hari. Kisarkan dia dan minum. Amalkan selama 40 hari. Insyaallah sembuh. Ia juga sesuai untuk penyakit kencing manis & darah tinggi. Kalau ada peria katak, lagi sesuai.

[2]. Cari epal hijau. Belah kepada 4 bahagian. Rebus sehingga ia lembik dan hampir hancur. Selepas itu, minum airnya dan makan epal itu sehingga habis. Amalkan selama 40 hari berturut-turut. Insyaallah  sembuh..
Sekian dari saya.

Disiapkan pada 25.1.2012     8.02 am
Diterbitkan semula pada 15.11.2012    4.35 pm

UNTUK MEMBERI KOMEN / RESPONS, PILIH 'COMMENT AS' DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIPKAN NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ

     

5 comments:

  1. betapa peritnya sakit gout tuan seperti yg tuan ceritakan di atas. Bersyukur kesihatan tuan semakin baik, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. saya pernah alami..mmg sakit dan menderita..alhamdulillah skrg dah sihat..boleh cuba contact
    https://penawarpenyakitgout.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Saya pernah melihat seorang rakan suami yang sangat tabah menghadapi gout yang semakin kritikal.. sedih kerana tak dapat membantu beliau. Semoga tuan diberi kesembuhan sentiasa.

    ReplyDelete
  4. Assalam..Kawan saya dah 20 tahun mengidap gout sampai dah kronik boleh daftar OKU. Jemput ke blog saya untuk baca perkongsian pengalamannya menghadapi GOUT.

    ReplyDelete
  5. Tak sangka sampai begitu teruk sekali rasanya menghidap gout. Bapa kawan saya pernah kena gout sampai terpaksa papah dinding. Alhamdulillah dah kembali sembuh sekarang.

    ReplyDelete