BUNGA NAN INDAH

Saturday 3 November 2012

TIPS KESIHATAN YANG BAIK


SARANAN PERTAMA
Jangan telan ubat anda menggunakan air sejuk.

 
Elok guna air suam atau panas sebab ia memudahkan tindakbalas kimia untuk membantu penyembuhan segera anda. Ubat  mempunyai struktur molekulnya yang tersendiri dan memerlukan sedikit haba untuk memutuskan ikatannya.

Saat ia masuk ke tubuh anda, ia sudah bersedia untuk membentuk ikatan baru dengan mana-mana molekul yang dia temui. Dengan maksud lain, air suam atau panas yang anda gunakan membantu anda lebih bersedia untuk sembuh lebih cepat.
 
SARANAN KEDUA
Jangan ambil makanan berat selepas pukul 5.00 pm.


Ya,  ini betul terutama sekali untuk pesakit diebetis (kencing manis).

Pada waktu siang, metabolisma badan berjalan aktif kerana anda bergerak ke sana ke mari. Glukosa dalam karbohidrat digunakan sepenuhnya sebagai tenaga.

Akan tetapi pada waktu malam, keadaan cukup berbeza. Anda tidak lagi aktif dan tidak banyak menggunakan tenaga. Akan tetapi jika anda rajin mengerjakan solat sunat sebanyak 8 rakaat atau lebih  sebelum waktu tidor anda, ia mungkin boleh diterima.

Akan tetapi, jika anda tidak mampu berbuat begitu, tak payahlah makan berat pada waktu malam. Sangat bahaya untuk anda, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai penyakit kencing manis yang saya maksudkan.
   
SARANAN KETIGA
Minum banyak air kosong waktu pagi, kurangkan waktu malam

 
Doktor kata, elok kalau kita dapat minum kosong (Orang Jawa panggil air mati) 7 atau 8 gelas sehari. Saya pun selalu buat begitu. Badan jadi basah & sihat.

Tetapi jangan amalkan meminum air kosong sebelum tidur. Demikian teguran yang dibuat oleh seorang doctor Jepun. Tak elok katanya. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengidap penyakit jantung.

Sebabnya, dikhuatiri air yang diminum itu bercampur dengan asam di dalam perut dan naik semula ke kerongkong & menutup lubang pernafasan. Bagi pesakit jantung, keadaan ini dikatakan bahaya. Yang tak ada penyakit jantung pun, berhati-hatilah.

Walau bagaimana pun, kita digalakkan minum susu panas sebelum tidor. Baginda Rasulullah S.A.W selalu meminum segelas susu sebelum tidornya. Selain kandungannya yang penuh vitamin & garam mineral, susu juga merupakan cecair yang stabil & tidak menganggu penggunanya.
   .
SARANAN KEEMPAT
Waktu tidor yang paling sesuai ialah 10.00 pm – 4.00 pm.

Islam pun menganjurkan begitu. Baginda Rasulullah S.A.W akan terus tidor selepas waktu Isyak iaitu sesudah membaca Surah Al-Mulk & Sejadah. Kemudian bila bangun pagi, baginda terus mendirikan solat Tahajjud kepada Tuhan. Cantiknya tidor seperti itu. Tidor yang penuh nikmat & ketenangan.

Masyarakat zaman sekarang lain pula halnya. Mereka suka menonton TV sehingga jauh malam. Setengahnya pula suka lepak & bersembang di kedai kopi. Kemudian balik tidor lewat malam  tanpa sempat membaca Al-Quran. Akibatnya, tersedar lewat waktu pagi. Tahajjud kemana, subuh pun ke mana.
 
SARANAN KELIMA
Jangan terus tidor selepas makan


Orang tua memang cukup marah kalau ada anak atau cucu yang terus tidor selepas makan. Mereka suruh budak itu berjalan dahulu 40 langkah. Saya pun tak suka. Saya akan paksa anak saya berjalan 40 langkah atau lebih sebelum tidor.

Menurut Kitab Tua, orang yang suka terus tidor selepas makan dikhuatiri terkena penyakit “aqilah”. Saya pun tak tahu dengan pasti maksud penyakit ini, tetapi ia lebih berkait rapat dengan kelembapan. Otak budak tersebut mungkin kurang cerdas & kurang berdaya saing.

Orang-orang tua kita sangat percaya kepada kitab yang mereka baca atau apa yang mereka dengar dari kitab yang dibaca oleh Ustaz. Mereka tak ada bukti sanitifik untuk menyokong kepercayaan mereka. Walau bagaimana pun, kita mesti realistik. Tak semestinya sesuatu itu mesti ada bukti saintifik atau makmal untuk mengesahkannya benar.

Walau bagaimana pun, saya ada satu hujjah untuk menyokong kebenaran pendapat di atas. Andaikan kedua-dua kereta, A dan B dipandu laju. Selepas 5 minit pergerakan, matikan (switch off) kereta A secara tiba-tiba manakala kereta B dibiarkan terus.

Kereta A tentu mengalami masalah kerana mengalami kejutan diberhentikan atau dimatikan enjin secara tiba-tiba. Atas anologi yang sama, adalah tak sesuai jika seseorang itu memberhentikan semua aktivitinya dengan tidor secara tiba-tiba. Berehatlah dahulu, berjalanlah dahulu, santailah dahulu. Jangan loklak sangat. Bahaya..       

SARANAN KEENAM
 Jawab telefon anda dengan telinga kiri

Semua orang menjawab panggilan telefon dengan telinga kiri. Kenapa? Ini suatu misteri. Saya percaya bahawa telinga kiri sangat sesuai untuk itu. Ada 2 sebab utama.

Pertama, telinga kiri ada kaitan dengan otak kiri. Otak kiri mempunyai sifat yang mementingkan tertib atau susunan yang teratur. Dengan itu percakapan antara pendengar dan penerima akan berjalan secara teratur. Maksudnya, bila A bercakap, B diam. Begitulah sebaliknya..

Keduanya, otak kiri juga mementingkan logikal. Bila pendengar mendengar sesuatu yang logik, dia boleh mengambil tindakan meneruskan perbualan atau memberhentikannya serta-merta.

Jika anda menggunakan telinga kanan untuk menjawabnya, ada 2 bahaya di situ. [1] Otak kanan yang menguasai telinga kanan itu bersifat fleksibel, terbuka & abstrak. Ada kemungkinan kedua-dua pendengar & penerima akan bercakap bersimpang-siur dalam telefon. Masing-masing hendak bercakap, so siapa yang nak dengar?

[2] Otak kanan juga tidak mementingkan logikal. Ia bersifat abstrak. Jika telinga kanan digunakan, mungkin timbul masalah dalam segi capaian masa untuk pendengar memahami masalah atau cerita yang disampaikan. Bahasa logikal lebih cepat untuk difahami, seperti contoh 2 + 2 = 4. Bahasa abstraks pula mungkin lebih panjang seperti berikut, dua campur dua akan jadi empat.
       
SARANAN KETUJUH.
Jangan jawab telefon bimbit semasa bateri lemah


Jika bateri telefon bimbit anda dah lemah, jangan sekali-kali menjawabnya kerana pancaran radiasinya sangat kuat pada masa itu. Dikatakan 1000X lebih kuat. So, kalau anda seorang pengguna telefon bimbit yang tegar, pastikan ianya sentiasa segar & bercas.

Banyak bahayanya kalau bateri telefon anda lemah. Radiasinya yang kuat itu mungkin menganggu organ-organ tertentu di dalam tubuh anda jika anda meletaknya di poket seluar atau baju anda. Bahkan telinga anda pun mungkin sedikit pekak. Nasihat saya, berhati-hatilah dengan kesan jangka panjangnya.

2 comments:

  1. Artikel yang bagus, mohon copy. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Banyak ilmu baru.. terima kasihh��

    ReplyDelete