BUNGA NAN INDAH

Sunday 11 December 2011

BERITA GEMBIRA BUAT KAUM LELAKI

Saya mempunyai seorang jiran yang bernama Tuan Hassan  bin Raja Sulaiman. Dia mempunyai 5 orang anak, 2 lelaki dan 3 perempuan. Anak sulungnya bernama Tuan Mohd Hafiz bin Tuan Hassan, berumur 16T dan beberapa hari lagi akan menjangkau ke umur 17T.. Tadi dia telah mengikuti saya ke kelas tambahan awal di SMK Hamzah 2, Machang. Budak itu bagus, akhlaknya baik & kaki surau pulak. Boleh jadi tukang azan di surau. Anak-anak Tuan Hassan bagaikan anak-anak saya juga. Rumah saya macam rumah mereka juga. Selalu lepak & tidor di rumah saya, terutama sekali anak-anak perempuanya yang comel dan lawa tu iaitu Farah, Aisyah & Syafiqah. Depa bertiga kamceng banget dengan Azura, anak gadis saya yang tunggal tu. 

Tuan Mohd Hafiz  tu bersekolah di Sekolah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.  Katanya, Tingkatan 5 di sekolahnya ada 6 kelas iaitu 5 kelas Sains dan 1 kelas Ekonomi. Paling menyeronokkan ialah bila dia memberitahu saya bahawa bilangan pelajar lelaki melebihi pelajar perempuan. Maknanya, pelajar lelaki ramai di sekolahnya yang mempunyai otak sains dan matematik dan kuat pulak cita-cita mereka untuk mencapai kejayaan. Wah, saya ketawa sebentar mendengar cerita itu. Sebuah cerita yang sangat realitas bagi saya. Anda tahu kenapa saya ketawa???  

Payah sebenarnya untuk mencari pelajar lelaki yang sanggup belajar Addmath. Mereka mudah lembik, mudah cair & mudah kuyu. Tengok soalan Addmathpun dah nak lentok. Buat latihan 2,3 kerat, dah nak tidor. Payah sebenarnya untuk menghasilkan pendekar-pendekar Addmath yang berani & berjiwa kental. Tetapi mendengar cerita Tuan Mohd Hafiz tadi, saya bangga kerana ramai pelajar (harap2 di sekolah lainpun ramai juga) LELAKI  yang mempunyai komitmen tinggi untuk belajar Addmath. Tahniah & Syabas.

Saya menyeru kepada semua pelajar lelaki saya, samada di SMKH2, di SMK Paloh atau di tempat-tempat lain, supaya merebut peluang mempelajari Addmath sebelum terlambat. Subjek ini tidaklah susah sangat sehingga payah untuk dipelajari. Ia boleh dipelajari dan diusahakan asalkan mempunyai keazaman yang kuat dan kesanggupan berusaha sekuat tenaga.

Cerita di bawah ini mungkin boleh menyedarkan anda. Pada zaman pasca merdeka, hampir 80% guru2 Matematik dan Sains di negara kita ini dimonopoli oleh bangsa asing terutama Cina.. Kalau subjek Matematik Tambahan, lagilah payah nak jumpa cikgu Melayu. Jangan harap. Tetapi Menteri Pelajaran pada masa itu mempunyai wawasan yang bagus. Dia memberi peluang belajar kepada budak2 Melayu yang cerdik & pintar untuk masuk U. Hasilnya, ramai anak-anak Melayu, lelaki & perempuan yang jadi cikgu Sains & Matematik serta golongan proffesional yang lain.

Masa zaman saya ambil SPM (1979), ramai pelajar lelaki yang masuk U dan keluar sebagai cikgu Sains atau Matematik. Di kelas saya, 5Sc6 di Maktab Sultan Ismail, hanya ada 6 pelajar perempuan dan selebihnya lelaki. Kami belajar Addmath sekuat tenaga kami (kata orang sekarang, kuat giler). Kami bertanding dan bertarung sesama  kami untuk mendapat keputusan ujian atau peperiksaan yang cemerlang. Sekarang saya tengok pelajar-pelajar lelaki macam "tak makan nasi" je. Letih, tak bermaya & mudah berputus asa.

Semoga cerita Tuan Mohd Hafiz tadi dapat menyedarkan anda semua



Disiapkan pada 11.12.2011    9.46 pm
UNTUK MEMBERI KOMEN/RESPONS, SILA PILIH "COMMENT AS" SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME/URL. TAIP NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ.

   
       

No comments:

Post a Comment