SAYA SAYANG CIKGU. SAYA SUKA CIKGU......Demikianlah dia memuji saya pada satu hari. Lembut suaranya. Mendayu-dayu bunyinya. Saya jadi kembang sebentar. Kembang dek pujian yang lama tidak kedengaran. Muka sayapun jadi bercahaya. Saya seolah-olah mendapat limpahan duit berjuta-juta, berguni-guni, berlori-lori.. Serasa dunia ini saya yang punya. Aduhai. Mahal sungguh pujian itu.
Lama sungguh saya tidak mendapat pujian seperti ini. Pujian ikhlas dari anak murid saya. Kalau adapun, 10 tahun atau 20 tahun yang lepas. Semenjak saya dah berumur ni, inilah pujian terkini (the lastest praise 1 get from my student) yang saya terima. Terima kasihlah kerana sudi menyayangi saya. Terima kasih juga kerana sudi menyukai saya. Hanya tuhan yang dapat memberi ganjaran setimpalnya untuk kamu..
Pelajar yang saya sayangi ini berbadan agak tinggi dengan susuk tubuh yang sempurna. Cantik dan manis orangnya. Memang tak puas kalau sekali tengok. Tengok sekali, nak tengok dua kali. Seakan-akan dia mempunyai daya magnet yang sangat kuat di wajahnya.
Warna kulitnya lebih kurang macam saya, Sedikit hitam tetapi bukanlah hitam kemerah-merahan macam pelakon Tamil. Warna kulitnya seakan-akan seperti kulit Hema Malini atau Madubala, pelakon Hindustan yang saya minati itu. Hitam juga tetapi hitam Asia. Hitam keemasan yang jarang ada pada orang Asia Tenggara. Hitam yang menimbulkan kecantikan semulajadi. Hitam yang menarik pandangan mata. Di dalam kelas, dia duduk di depan sekali sebelah penjuru kanan. Di wajahnya ada tahi lalat yang cantik. Agak besar juga. Tahi lalat bertuah tu.

Nada suaranya agak tinggi, tetapi GETARAN SUARAnya sangat sempurna. Kalau dia itu lelaki, maka suara lelakinya sangat sempurna. Tetapi kalau dia perempuan, maka suara perempuannya juga sangat sempurna. Aduhai. Cair sekejap hati saya takkala mendengar pujian dari mulutnya. Sebuah pujian yang menyebabkan sistem pengaliran darah di dalam tubuh saya berjalan dengan mesra.
Siapakah dia???. Nanti dulu. Saya belum habis menceritakan peribadinya.
Katanya pada saya, dulu (maksudnya masa di T4) saya belajar Addmath, tetapi saya tak berapa faham. Begitu juga Fizik. Saya tak berapa faham juga. Tetapi bila cikgu ajar saya, saya jadi faham. Aduhai.
Saya sayang pada cikgu, saya suka pada cikgu. SAYA SUKA KEPADA CARA CIKGU MENGAJAR. .
Saya sayang pada cikgu, saya suka pada cikgu. SAYA SUKA KEPADA CARA CIKGU MENGAJAR. .
Saya mengajar budak ini bila dia mula naik T5. Ada beberapa sifat terpuji yang patut saya sebutkan di sini .
SIFAT PERTAMA: TAK PERNAH PONTENG (MISS) KELAS TAMBAHAN.Sepanjang saya membuat kelas tambahan, samada Addmath atau Fizik atau Kimia (saya mengajar 3 subjek ini untuk SPM pada tahun tersebut), dia tak pernah ponteng kelas saya. Saya ulangi, TIDAK PERNAH PONTENG.
Cuma ada satu peristiwa yang agak ganjil. Ada satu hari yang saya lupa harinya. Lebih kurang 10 minit saya mengajar Fizik pada suatu kelas tambahan, tiba-tiba saya terperasan bahawa beliau tidak ada di dalam kelas. Eh..mana S ni??? Mana budak ni pergi??? Pandai ponteng pulak S ni....Dalam saya memikirkan tentang ketidakhadirannya, dia tiba-tiba menelefon saya. "Cikgu, maafkan saya cikgu. Saya tertidor. Bolehkah saya pergi ke kelas cikgu???" Saya memberitahunya supaya datang walaupun proses P&P sudah setengah jam berlalu. Dia menunaikan janjinya. Dan kerana itulah, saya bertambah-tambah sayang kepadanya.

SIFAT KEDUA : SERIUS & FOKUS DALAM KELAS.Masa saya mengajar, dia memandang dengan serius dan bersungguh-sungguh ke papan hitam. Dia melembutkan matanya untuk melihat apa yang saya tulis. Dia memberi sepenuh tumpuan kepada apa yang ingin saya berikan. Dia tak main-main. Dia tak geledik ke sana ke mari. Dia hanya diam di bangkunya untuk memahami apa yang saya ajar. Kalau dia tak faham, dia segera mengangkat tangan meminta penerangan semula. Alangkah bagusnya budak ni. Sopan tetapi pemberani. Dia mempunyai watak seorang pelajar yang baik dan berketrampilan. Hmmmm. Bertambah-tambah sayang saya kepadanya.
SIFAT KETIGA : SANGGUP MENCARI SAYA. Kalau dia ada masalah Addmath atau Fizik atau Kimia, dia tidak segan silu mencari saya. "Cikgu, petang nanti saya nak pergi ke rumah cikgu, boleh tak???" Demikian lembut suaranya meminta izin. Saya membenarkan, bahkan saya sangat bangga mempunyai pelajar seperti dia. Rajin, tekun dan mempunyai komitmen yang tinggi. Payah sebenarnya untuk mencari pelajar yang seberani, segigih dan secekal dia. Kadang-kala dia pergi ke rumah saya pada waktu malam. Saya tak kisah, bahkan saya mengajar dia sehingga berlarutan pukul 11.00 pm.
Siapakah dia??? Nanti dulu. Sabar2.
Demikianlah bersungguh-sungguhnya pelajar ini berusaha untuk berjaya. Dia mempunyai komitmen yang tinggi. Dia mempunyai jiwa yang kuat.
Sebagaimana dia sayang kepada saya, saya juga sayang kepadanya. Sebagaimana dia suka kepada saya, saya juga suka kepadanya. Bukan saya sahaja. Isteri sayapun sayang kepadanya. Anak saya juga. Kami anak beranak sayang kepadanya. .
Selepas result SPM keluar, dia mendapat A1 Addmath saya, B2 Fizik & C3 Kimia. Sebuah pencapaian yang relatif baik bagi aliran sains. Dia kemudian dapat melanjukan pelajaran ke Kolej Matrikulasi di Tangkak, Johor. Sekarang berada di UPSI kerana menyambung pelajarannya di dalam Ijazah Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian. Harapan saya semoga dia dapat menyambung tugas saya sebagai Guru Addmath atau Guru Fizik. Dan kalau boleh, saya nak dia belajar lebih tinggi lagi, sampai Master atau Phd dalam Matematik. Biar keluar sebagai pensyarah Matematik. Insyaallah.

Siapakah dia??? Kalau anda membuka fb, nama gelarannya Sham Dean. Nama sebenarnya Shamsurudin bin Abdullah, bekas pelajar saya di SMK Paloh. Dia mengambil SPM pada tahu 2007 ketika saya masih berada di sana.
Kalau anda ingin mengenal pendekar Addmath yang sebenar, itulah dia orangnya
Disiapkan pada 19.12.2011 3.04 pm
SEKIRANYA ANDA INGIN MEMBERI KOMEN / RESPONS TERHADAP ARTIKEL INI, SILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIP NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ..
No comments:
Post a Comment