BUNGA NAN INDAH

Friday, 9 December 2011

PELAJAR KESAYANGANKU, R

Anda kenal dia??? Anda tahu siapa dia??? Kalau saya menyebut namanya, tentu anda kenal padanya.  Anda tentu berminat nak dengar kisahnya. Baiklah, saya akan ceritakan kepada anda. 

Ini adalah bekas pelajar saya yang saya sangat sayangi...Timbul soalan kenapa saya sangat menyayanginya??? 

Nanti saya akan ceritakan. Dia bekas pelajar saya di SMK Paloh. Ambil SPM lewat 2005. Masa itu saya mengajarnya Addmath dan Fizik sekaligus. Dia berkulit putih dan bertubuh sederhana.. 

Jarang bercakap kerana sangat serius study. Selepas SPM, dia sambung belajar diploma di UITM Dungun . Sekarang dah buat Drgree dalam Sains Pentadbiran di UITM Shah Alam pulak.  Ada 5 sebab kenapa saya sangat2 menyayanginya. Mari kita namakan dia R sahaja.


[1] FOKUS SEMASA BELAJAR.  Beliau sangat memberi fokus semasa saya mengajar. Kata orang, diam tak terkutik. Matanya yang bulat memandang dengan cemerlang ke papan hitam untuk mendapatkan 100% kefahaman. Dalam masa orang lain bercakap-cakap atau berbisik-bisik, dia lain sikapnya. Dia memberi fokus yang tinggi kepada apa yang dipelajarinya. Kalau dia tak faham, dia segera mencari saya bersama rakan baiknya, N di bilik guru. Saya kadang-kala terpaksa berkorban masa untuk dia & rakannya. Tak apa. Adat cikgu memang begitu. Terus-terang cakap, saya sangat bangga dengan kesungguhannya belajar dan memperbaiki prestasi akedemiknya..
 
[2] DAYA JUANG YANG TINGGI.. Bila saya memberinya drilling (latihtubi) Addmath, dia akan mebuatnya secepat dan selaju yang mungkin. Kalau di sekolah, dia akan terbongkok di mejanya menyiapkan tugasan yang  saya beri. Dia tak suka bercakap banyak atau bercakap yang bukan-bukan. Payah benar untuk saya  melihatnya menghabiskan masa tanpa tujuan. Saya tahu dia sangat pandai menghargai masa & latihan yang saya berikan. Saya yakin, di rumahnya pun, keadaannya sama.. Dia menyamai sikap saya semasa belajar iaitu serius dan berdisiplin tinggi. Kerana itu, saya selalu berdoa secara diam-diam untuk kemajuan dirinya. Saya mahukan dia berjaya  di dalam hidupnya berkat sifatnya dan sikapnya yang baik. Dia memiliki daya juang yang tinggi, maka sepantasya dia berjaya & terus berjaya.   

[3] MEMINTA DIKOREKSI. Apabila siap membuat latihtubi yang saya beri, dia segera membawanya kepada saya untuk dikoreksi. Dia selalu menjadi orang yang pertama berbuat demikian. Kalau tidak bertemu dengan saya, dia akan meletak kerjanya itu di atas meja saya dengan sedikit memo..."Cikgu, tolong  check kerja saya". alangkah bangganya saya kerana memiliki pelajar yang serajin dan sebaik dia..Kadang2 saya terfikir keseorangan, kenapakah pelajar-pelajarku sekarang ini tidak sekuat dan serajin R. Pelajar2 perempuan agak OK sikit, tetapi kalau pelajar2 lelaki, mak datuk, pemalas betul. Jiwa mereka lembik seperti batang keladi. Mudah kuyu. Usahkan nak lawan Israel yang jahat itu, nak lawan soalan Addmathpun dah tak larat. Apa nak jadi ni???     

[4] TIDAK BERPUAS HATI. Setiap kali keluar keputusan ujian atau peperiksaan, R akan segera mempamerkan reaksinya. Kalau dapat 70 dan ke atas, wajahnya akan ceria dna bercahaya seperti bulan purnama. Tetapi kalau  dapat rendah, contohnya, 40 atau 50, dia akan segera mengkritik dirinya. Wajahnya segera menjadi merah padam kerana memarahi dirnya sendiri yang dianggap tidak berupaya atau. berpotensi.  Itulah sifat kritikalnya yang sangat terpuji. Memang sepatutnya begitu. Dia perlahan-lahan memperbaiki dirinya. Paling menarik, dia membeli banyak buku rujukan, nota, ballpen dan buku pengiraan untuk berjuang, berjuang & berjuang demi memperbaiki dirinya.      

[5] DIA MENANGIS. Bila keluar result SPM pada bulan March 2006, dia meghantar mesej kepada saya mengatakan dia hanya dapat B+ dalam Addmath. Saya terkejut sakan. Kenapa??? Mengapa??? Bkpo??? Dia seakan-akan menangis dengan resultnya. Sayapun. Cuma airmata saya tidak keluar mencurah-curah sepertinya. Saya menangis di dalam hati. Dialah harapan saya sebenarnya. Saya menjadi sedih di sebalik kegembiraan saya menyambut result Addmath yang mencapai keputusan 100% pada tahun itu. Yang manakah sebenarnya lebih besar meruntun hati saya ketika itu??? Di sebalik kengembiraan saya, sebenarnya saya menangis kerana R gagal menunaikan apa yang dia mahu dan apa yang saya mahu. Dia telah berkerja sekuat tenaga sebagaimana saya juga. Cuma rezekinya tak ada. Saya menyuruhnya bersabar. Bersabarlah menerima takdir tuhan. Hmmm.   

Saya menyayangi R kerana sifat2 terpujinya yang cemerlang di dalam kelas. Dia menghargai proses P & P yang saya berikan. Dia juga menghargai setiap latihtubi yang saya hulurkan. Dia mencintai Addmath sepenuh hatinya. Apa lagi sepatutnya???  Dia telah menunjukkan yang terbaik buat saya.



Disiapkan 9.12.2011. jam 11.05 pm.
UNTUK TUJUAN KOMEN/ RESPONS : SILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME/URL. TAIP NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ

No comments:

Post a Comment