BUNGA NAN INDAH

Wednesday, 14 December 2011

PELAJAR KESAYANGANKU, N

Kita banyak kali mendengar orang tua berkata, budak ini memang KERAS SEMANGAT, budak itu pulak penakut, mudah LEMAH SEMANGAT. Kedua-dua perkataan itu sangat bertentangan antara satu sama lain. KERAS SEMANGAT bukan bermakna bengkeng, cengiil, pongah, kasar, keras dan seumpamanya. Ia adalah lantunan dari pendaman jiwa yang berada di dalam dada. Kadang-kala kita tengok ada budak gemok yang berbadan besar tetapi sangat penakut untuk berjalan seorang diri di dalam gelap. Dia itu dipanggil mudah LEMAH SEMANGAT, sekaligus penakut.tegar.
 

Akan tetapi ada pulak orang yang kecil saiz badannya, kurus kering tubuhnya, tetapi pemberani dan sanggup mengepalai sesuatu urusan. Dia itu dipanggil KERAS SEMANGAT. Dalam bahasa mudahnya, KERAS SEMANGAT itu bermakna berjiwa kental, sanggup mndepani risiko, berpantang maut sebelum ajal dan sebagainya. Kali ini saya mahu menampilkan seorang pelajar yang cukup saya kagumi. Dia baru sahaja melepasi SPMnya baru-baru ini. Namanya seperti anda semua ketahui bermula dengan huruf N iaitu NOR AZLIN BT AZMAN..  

Semua warga SMKH2 mengenalinya, lebih-lebih lagi warga pengawas di sekolah ini. Beliau adalah Timbalan Ketua Pengawas SMKH2 2011. Tutur katanya sangat halus. Bahasanya sangat lembut. Akhlaknya sangat baik. Tak terlihat sedikitpun kekurangan pada dirinya. Rakan-rakan sebaya memanggilnya menggunakan nama ringkas di kalangan mereka iaitu Lynn. Adek-adek junior memanggilnya Kak Lynn.  Semasa Majlis Jamuan Pengawas di Hotel Raudah sebelum SPM baeu-baru ini, beliau dinobatkan sebagai Queen Of The Year. Begitu juga dengan anugerah-anugerah lain yang banyak diperolehi oleh beliau sepanjang tahun ini.  

Saya no komen pasal tu. Memang dia layak disebabkan karisma & wibawanya sebagai pemimpin yang kuat berkerja. Tetapi pasal Addmath, saya kadang-kala cukup gelisah melihat kemampuannya. Selepas Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, resultnya menurun sedikit. Sebagai guru, saya cukup panik. Apa nak jadi dengan budak ini???. Saya panggil dia beberapa kali untuk membuat post-mortem ke atas dirinya. Akhirnya, saya menyarankan dia supaya menggunakan teknik 5-1, yang bermaksud 5 soalan setiap hari. Secara peribadinya, saya berharap semoga kaedah itu dapat membantunya.

Selepas TRIAL SPM, saya mendapati result Addmathnya meningkat sedikit, tetapi tidaklah seperti yang dia harapkan. Tidak ada lompatan saujana. Keputusan Addmathnya tidak mencapai target yang dia kehendaki. Sakan dia menangis. Berhari-hari. Setiap kali dia menghantar mesej kepada saya, terasa seolah-olah dia menangis tak berhenti-henti. Pagi menangis, petang menangis, malam menangis. Aduhai. Sampai dia menyebut perkataan "putus angin (maksudnya, fed-up) untuk belajar Addmath lagi. Saya menyabarkannya. Saya tahu dia sedang mengalami sebuah kedukaan yang sangat berat. Dia mendapat 4A di dalam Trialnya, tetapi kurang cemerlang di dalam subjek Sains Tulin & subjek Addmath yang saya ajarkan padanya.

Suatu malam, dia memberitahu saya yang dia hendak melakukan satu perubahan ke atas dirinya. Saya terkejut besar. Apa perkara tu??? Kali ini dia benar-benar merahsiakan apa yang terbuku di hatinya. Puas saya mendesak, tetapi dia menyembunyikannya. Ayat terakhir yang saya fahami berbunyi begini, kalau terlihat sebarang KELAINAN pada saya, maka itulah PERUBAHAN.  Akhirnya saya terperasan bahawa dia mula menyendiri di dalam pengembaraannya untuk memperbaharui dan memperbaiki dirinya. Dia melakukan pengislahan total untuk drinya. .   .

PERTAMA : Di dalam kelasnya, dia belajar,belajar & belajar dengan tidak berpaling ke belakang lagi. Dia tidak lagi membazirkan masa setiap waktu terluang dengan berbual atau bersembang dengan rakan-rakan tetapi menyendiri di mejanya dan menggunakan waktunya untuk membuat latihan Addmath. Dia benar-benar mengamalkan konsep KERAS SEMANGAT yang dia janjikan pada saya dan pada dirinya. Satu sikap yang sangat terpuji. Dia tahu menghargai masa & peluang yang ada.

KEDUA : Sementara menunggu kelas tambahan pada pukul 3.00 pm, dia mengorbankan waktu senggangnya untuk membuat latihan demi latihan Addmath. Dalam masa sekitar 1 jam selepas tamat sekolah, dia makan, solat dan kemudian mempergunakan waktunya sebaik-baiknya. Dia memperketatkan dirinya dengan azam baru, cita-cita baru & kesungguhan baru. Dia mahu menjadi MANUSIA BARU melalui konsep KERAS SEMANGAT yang disebutkan sebelum ini. Saya bangga melihatnya. Dia sangat tekad untuk berjaya. 

KETIGA : Saya selalu memantau perkembangannya. Kataanya, dia membuat latihan Addmath 2 jam sehari, daripada pukul 7.30 - 9.30 pm. Kemudian berehat sebentar. Kemudian menyambung semula study dengan subjek-subjek teras sehingga pukul 12.00 pm atau 1.00 am. Hampir setiap malam begitu. Tetapi saya runsing juga. Saya menasihatkan dia supaya menjaga waktu tidornya dengan baik. Jaga kesihatan tu.

Bila kertas Addmath SPM selesai pada hari Rabu, 23/11/2011 baru-baru ini, saya menanyai responsnya. Dia gembira sahaja menjawabnya. Boleh jawab, katanya. Kertas 1 beres, Kertas 2 pun beres. Alhamdulillah. Saya sentiasa berdoa semoga amalan KERAS SEMANGATnya benar-benar memberi hasil yang maksimum kepadanya.


Disiapkan pada 14.12.2011  8.36 am
UNTUK MEMBERI KOMEN / RESPONS, SILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAMA / URL. TAIP NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ  

         

No comments:

Post a Comment