BUNGA NAN INDAH

Monday, 19 December 2011

KEPALSUAN DI DALAM TEORI 2012 ALI ADAM

Sebagai seorang guru matematik dan ahli dalam bidang komputer, saya terpengaruh juga dengan penglibatan & kajian pakar komputer terkenal seluruh dunia, Ali Adam yang mengkaji tentang pola bencana dunia di abad ini menggunakan Surah Ar-Rahman di dalam Al-Quran.  Sesiapa yang membaca surah ini, pasti terjumpa ayat yang sentiasa diulang-ulangkan oleh tuhan iaitu (         ) yang bermaksud "Nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan???"

Dikatakan ayat ini mempunyai 31 ulangan, iaitu pada ayat 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77.Bilangan nombor genap di dalamnya ialah 10 (iaitu nombor 16, 18, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40 & 42), manakala bilangan nombor ganjil di dalamnya pulak ialah sebanyak 21 (selain nombor-nombor genap di atas).. Bilangan nombor perdana pulak ialah sebanyak  7 (iaitu 13, 23, 47, 59, 61, 67 & 73). Apakah signifikannya kewujudan nombor-nombor di atas???

Bila Ali Adam membuat hitungan komputer, di dapati jumlah kesemua 31 tadi menghasilkan jumlah 1433. Ini bermakna 13+16+18+ 21+23+.......77 = 1433. Menurutnya, 1433 itu adalah  nombor perdana (prime number) sebagaimana nombor 31 itu itu juga adalah nmbor perdana.. Dia meletakkan satu kenyataan mudah menggunakan nombr tersebut iaitu sesuatu bakal berlaku pada tahun 1433H (2012M). Dari pengiraannya juga, didapati jumlah tahun 1433 menghasilkan nombor 11 seperti berikut, iaitu

1+4+3+3 = 11 ( nombor perdana).    

Kemudiannya Ali Adam mebuat pengiraan lagi. Dia mendapati terdapat sejumlah 355 perkataan di dalam surah Ar-Rahman. Katanya, jumlah itu bersamaan pulak dengan jumlah hari di dalam 1433H. Dikatakan bahawa tahuni 1433H itu adalah tahun lompat di dalam Islam..

Pengiraan itu berdasarkan jumlah hari di dalam setiap bulan seperti berikut :
29+30+29+30+30+29+30+30+29+29+30+29=355???   

Dengan bahasa mudahnya, bagi tahun 1433H, senarai bulan dan jumlah harinya adalah seperti berikut : Muharram (29), Safar (30), R.Awal (29),R.Akhir (30), J.Awal (30), J.Akhir (29), Rejab (30), Syaaban (30), Ramadan (29), Syawal (29), Zulkedah (30) & Zulhijah (29). Sila rujuk kepada takwim solat keluaran  Maahad Muhammadi (L) yang dijual di serata kedai pada harga RM4.00 satu.

Soalan saya, betulkah jumlah hari dalam 1433H itu ialah 355 hari???
 
Cuba semak semula..jumlah harinya cuma 354 sahaja.               

Soalan saya, betulkah Ali Adam telah membuat pengiraan dan hubungan yang betul menggunakan angka-angka yang beliau perolehi???

Saya hampir menjerit kemarahan melihat sebuah permainan kata-kata dari Ali Adam. Dia tidak layak sebenarnya untuk membuat kaitan itu dan ini. Walaupun maklumat ini diambil dari blog Islamic Finder (via Blog Rojak), kita tidak boleh percaya 100% tanpa kita menggunakan otak kita.sendiri.

Ada 5 perkara utama yang saya musykilkan.

[1] Kenapa menggunakan ayat (   ) yang bererti "Nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?". Apakah relevannya menggunakan ayat ini??? Kenapa tak guna ayat lain atau surah lain, Surah Waqiah misalnya???.

[2] Terdapat 31 ulangan ayat ini di dalam Surah Ar-Rahman. Kalau menggunakan operasi tambah, maka jumlahnya memang 1433. Kenapa tidak menggunakan operasi-operasi lain seperti tolak, darab atau bahagi???  Sebagai contoh, kalau menggunakan operasi darab, tentu jawapannya lain. So bagaimana??? Mana suruhan menggunakan operasi tambah di dalam kes ini???
 
[3]. Dia kata jumlah hari dalam tahun 1433H =355 hari, sedangkan saya mengiranya berulang-ulang kali hanya 354 hari. Kalau saudara tak percaya, saudara bilang sekali lagi. Dia cuma berkata begitu untuk menyamakan dengan jumlah perkataan dalam Surah Ar-Rahman.

[4] Apakah fungsinya dia cuba mengenengahkan jumlah 1433H seperti berikut : 1+4+3+3 = 11. Apakah kaitan nombor 11 di dalam pembicaraan tajuk di atas??? Kenapa tak ditambah lagi 1+1 = 2??? Saya lihat Ali Adam banyak menggunakan permainan kata-kata untuk menampakkan ada logik dan kaitan di sana sini.

[5] Bagaimana pulak dia cuba menghuraikan kisah Tsunami 2004 menggunakan ayat Al-Quran? Atau letupan Gunung Merapi di Indonesia? Atau gempa bumi di Turki? Atau pelbagai kejadian lain yang berlaku di seluruh dunia?   

Saya bersetuju bahawa akan berlaku mala petaka besar pada tahun 2012. Kajian ini tidak bersangkutan dengan Ali Adam di atas. Saya mengkajinya menurut kefahaman saya sebagai seorang muslim. Hadis Nabi ada menyebut bahawa akan berlaku gempa bumi yang sangat dasyhat pada hari khamis malam Jumaat pada 15 Ramadhan. Saya telah menggunakan mesin pengira kaledar Hijrah-Masehi (rujuk blog JAKIM) untuk mengetahui tarikh itu. Saya mendapati 2 tarikh berikut :

2/8/2012 (Khamis) bersamaan 15 Ramadhan 1433H
8/6/2017 (Khamis) bersamaan 15 Ramadhan 1438H

Maka saya memilih tarikh 2/8/2012 sebagai tarikh akan berlaku mala petaka dasyhat di atas muka bumi ini. Hadis itu menyebut akan berlaku 3 gempa bumi serentak iaitu Barat, Tengah & Timur. 2/3 daripada penduduk bumi akan mati. Kawasan pesisiran pantai akan tenggelam. Orang-orang yang tidur akan terkejut. Anak-anak dara yang pingitan akan keluar dari biliknya.  So bagaimana??? Ada 2 sebab mengapa saya pilih tarikh 2/8/2012 sebagai hari mala petaka dasyhat di tahun 2012M atau 1433H.

[1] Planet X atau planet Nibiru sudah muncul pada bulan Mei 2011 dan boleh dilihat dengan jelas dari Australia dan New Zealand. Akibat kehampirannya yang relatif dekatnya dengan bumi, maka ternampak seolah2 ada 2 matahari pada waktu siang atau 2 bulan pada waktu malam. Menurut pengalaman lampau, jika keadaan 2 matahari atau 2 bulan ini berlaku, maka pada TAHUN HADAPANNYA, mala petaka buruk akan berlaku. Contoh jelas ialah pada 2003, di mana kejadian 2 matahari dan 2 bulan ini berlaku, maka pada TAHUN HADAPANNYA (2004), tsunami terbesar telah melanda Aceh  & negara-negara lainnya, sehingga menyebabkan banyak korban dan mengakibatkan banyak kemusnahan.

[2]  Kerana sekarang ini, sudah berlaku huru-hara di Syria sebagai sebahagian daripada tanah Arab. Sebahagian ulamak mengatakan bahawa bila berlaku huru-hara di Tanah Arab, maka tempoh kemunculan Imam Mahdi itu sudah sangat dekat. Ini antara petunjuk penting yang patut diketahui oleh mereka yang menunggu kemunculan Imam Mahdi.

Saya menyangkal teori Ali Adam kerana kerana sebab-sebab berikut :

[1] Maklumat yang dibekalkan oleh Ali Adam kepada kita adalah salah. Soal dia menggunakan Surah Ar Rahman & kecanggihan komputer adalah perkara kedua. Saya tidak mahu diri saya dan ramai yang lain terjerat di dalam polemik ini semata-mata kerana dia dibuat di atas perkara agama.

[2] Saya berpendapat tragedi "PENTAFSIRAN TARIKH KIAMAT" menggunakan Al-Quran di Afrika Selatan lebih kurang 20 tahun yang lepas berulang semula. Pentafsiran itu juga menggunakan komputer & menghubungkaitkannya dengan bilangan surah, ayat & perkataan di dalam Al-Quran. Ramai ulamak di seluruh dunia, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkannya. Sekarang, timbul PENTAFSIRAN TAHUN 1433H dengan modus operandi yang sama. Harap berhati-hati.

[3] Saya lebih percaya kepada Hadis Nabi yang mengatakan gempa bumi berlaku serentak di atas permukaan bumi pada masa sekian dan sekian, berbanding kepakaran Ali Adam dan komputernya, walaupun dia menggunakan Surah Ar-Rahman di dalam Al-Quran untuk menguatkan hujjahnya. Kenapa dia menggunakan surah ini??? Kenapa dia tidak menggunakan surah lain??? Demikian beberapa soalan yang patut kita tanyakan untuk menjadikan kita lebih kritis dan kritikal di dalam  permasalahan  ini.


Disiapkan pada 19.12.2011    8.06 pm
UNTUK MEMBERI KOMEN / RESPONS KEPADA ARTIKEL DI ATAS, SILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIP NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ

No comments:

Post a Comment