Untuk cemerlang di dalam subjek Addmath, anda memerlukan beberapa sifat utama yang boleh membantu anda melonjak kepada tahap yang lebih tinggi. Salah satunya ialah KERAJINAN. Anda mungkin tertanya-tanya, kerajinan yang macam-mana. Apakah saya ini belum rajin??? Apakah tahap kerajinan saya belum mantap??? Apakah segala daya usaha saya yang seperti ini belum mencukupi??? Apakah bentok-bentok kerajianan yang cikgu maksudkan itu??? Dan sebagainya. Saya mengaku saya sukar memberi jawapan yang tepat untuk itu. Ia terlalu abstraks.
Walau bagaimanapun, untuk memahami maksud KERAJINAN yang saya sebutkan di atas, saya suka menampilkan seorang bekas pelajar saya yang barangkali boleh menjadi contoh kepada anda. Dia adalah MARIHAH BT MAMAT, bekas pelajar saya semasa saya mengajar di SMK Paloh pada tahun 2007. Pada tahun itu, dia berada di Kelas 5 Intan (kelas Sains Tulin) di mana saya pula guru kelasnya. Orangnya sederhana tinggi, berkulit sawo matang, rajin & selalu tersenyum. Pada kebiasaannya, wajahnya serius banget, akan tetapi bila dia tersenyum, akan kelihatan 2 lesung pipit di pipinya. Pada masa itulah, terserlah kecantikannya yang tersembunyi. Manis juga orangnya.
Saya bukan nak bercerita panjang lebar pasal peribadi dia. Saya cuma nak menghubungkan dia dengan subjek Addmath dan Fizik yang saya ajarkan di kelasnya, terutamanya subjek Addmath yang sedang kita bicarakan ini.. Sekurang-kurangnya ada 3 peristiwa yang ingin saya tonjolkan di sini supaya anda dapat melihat bagaimana KERAJINAN telah membantu dia menjadi pelajar yang berjaya.. Tujuannya supaya anda mengetahu resipi kejayaannya dan seterusnya mengaplikasikan KERAJINAN itu di dalam kehidupan anda.
[1] TIDAK PERNAH PONTENG MENGHANTAR LATIHTUBI (DRILLING). Salah satu perkara yang penting di dalam pengajaran Addmath saya ialah Latihtubi atau drilling selepas mengajar tajuk-tajuk tertentu yang payah. Saya memberi sejumlah soalan dengan tarikh tutupnya yang jelas. Dan saya tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pelajar saya yang malas dan cuai. Mereka akan saya marahi untuk menunjukkan bahawa tindakan mereka itu salah. Tetapi Marihah selalu berada di barisan hadapan tentang KERAJINAN ini. Walaupun dia sibok sebagai Penolong Ketua Kelas dan mempunyai adek-beradek yang relatif ramai di rumahnya, namun dia mampu menyiapkan semua kerjanya dengan cepat. Dialah selalunya yang menjadi orang yang PERTAMA menghantar latihtubi (drilling) ini kepada saya.
[2] TIDAK PERNAH PONTENG KELAS TAMBAHAN. Semasa saya mengajari di SMK Paloh, saya tinggal di flet guru yang berada di dalam kawasan sekolah. Pada hari Jumaat & Sabtu, ramai rakan-rakan sejawat saya yang tinggal di flet itu mengambil kesempatan balik ke kampong. Mereka tidak betah tinggal di situ kerana sememangnya tidak ada apa-apa kemudahan atau hiburanpun di situ. Tidak ada PANTAI TIMUR. Tidak ada MYDIN. Tidak ada EKONJAYA. Tidak ada pantai nan indah. Tidak ada taman tema. Tidak ada bank-bank perdagangan. Pendek kata, tidak ada apa-apa keceriaan & keseronokanpun di situ. Yang ada, hanyalah segugus kawasan penempatan peneroka dengan kehijauan pokok-pokok kelapa sawit yang hidup subur dan meluas.
Saya selalu mengadakan kelas tambahan peribadi saya pada setiap hari Jumaat & Sabtu yang saya tak balik ke kampung. Saya mulakan sejak awal tahun lagi. Di sinilah, saya melihat kelebihan Marihah berbanding orang lain. Dia tak pernah PONTENG (miss) kelas saya. Dia menunjukkan komitmen yang sangat tinggi. Inilah yang dikatakan KERAJINAN. Saya bangga kerana mempunyai pelajar serajin dia.
[3] SANGGUP BERJALAN KAKI SEJAUH 2 KM..Saya selalu melihat Marihah dihantar oleh ayahnya dengan motorsikal pada setiap pagi dari tingkap flet rumah saya. Begitu juga pada hari-hari kelas tambahan biasa pada waktu petang. Dan begitu jugalah pada kelas tambahan peribadi saya pada hari Jumaat & Sabtu yang saya sebutkan sebelum ini. Ada beberapa kali dia terlewat datang ke kelas. Ada juga saya terlihat dia berlari-lari anak dari pintu pagar belakang sekolah ke kelas. MasyaAllah. Kasihan pada dia. Kemudian bila saya bertanyakan kepadanya, awak datang dengan apa??? Jawapannya sangat mengejutkan saya. Saya berjalan kaki cikgu. MasyaAllah.
Cuba anda bayangkan begini. Jarak rumah Marihah ke sekolah lebih kurang 2 km. Boleh jadi pada beberapa hari tertentu itu, ayahnya mempunyai urusan lain dan tidak sempat menghantarnya seperti biasa. Boleh jadi juga ada masalah teknikal lain. Yang saya tahu, dia hanya BERJALAN KAKI sejauh itu. Saya sendiri tidak pernah mengalami kesukaran seperti itu. Tidak pernah. Andapun barangkali tidak pernah. Tetapi Marihah pernah. Itulah tahap KERAJINAN yang saya sangat banggakan pada Marihah. Lagi pulak, kelas itu adalah Kelas Tambahan Peribadi saya pada hari Jumaat & Sabtu. Kalau beliau tak datang disebabkan keuzuran itu, sayapun tidak akan marah. Saya memahami situasinya.
Tetapi Marihah menunjukkan kepada saya bahawa dia adalah pelajar harapan saya dan contoh yang baik kepada orang lain. Maafkan saya dengan cerita Marihah ini. Saya cuma ingin memberitahu anda bahawa kejayaan seseorang ada kaitannya dengan KERAJINAN.
Dipendekkan cerita, kalau anda ingin berjaya di dalam subjek sukar seperti Addmath, anda mesti mempertingkatkan KERAJINAN anda. Kalau boleh, biar setanding dengan Marihah. Selepas SPM 2007, beliau belajar di Kolej Matrikulasi dan sekarang berada di UUM untuk menyambung pengajian ijazahnya dalam bidang Science Decision.
Disiapkan pada 12.12.2011 6.50 am
UNTUK MEMBERI SEBARANG KOMEN / RESPONS, SILA SELECT "COMMENT AS" DIBAWAH SEBAGAI ANNYMOUS ATAU NAME/URL. TAIPKAN NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ
No comments:
Post a Comment