BUNGA NAN INDAH

Sunday 25 December 2011

RESIPI KEJAYAAN DALAM ADDMATH (3)

Sekarang saya hendak menurunkan petua ketiga bagaimana untuk menjadi pandai dalam Addmath.  Jangan sesekali anda fikir belajar Addmath ini semudah ABC. Kalau anda hendak berjaya ataupun hendak skor tanpa berusaha sekuat tenaga, lebih baik anda tak payah ambil Addmath. Saya ulangi, ANDA TIDAK PERLU MENGAMBILNYA.

Resipi ketiga kejayaan saya di dalam Addmath mudah sahaja., iaitu SENTIASA MEMBUAT  LATITUBI / DRILLING. Kalau anda benar-benar sukakan Addmath, mencintainya, menyayanginya dan ingin skor A+ untuknya, maka jawapannya terletak kepada SEBANYAK MANA ANDA TELAH MEMBUAT LATIHTUBI / DRILLING. Addmath anda.

Kalau anda MALAS atau  MUDAH KECEWA atau MUDAH PUTUS ASA di dalam menyelesaikan masalah Addmath, bererti anda sudah tewas sebelum berjuang. Ibarat seorang pelari, anda sudah rebah sebelum sampai ke garisan penamat.   Ibarat seorang pejuang, anda sudah kalah sebelum bertempur. Ibarat seorang pendaki, anda sudah keletihan sebelum mendaki. Macam mana ni????

[PENGALAMAN 1]. Saya sendiri semasa di T4 & T5 pada tahun 1978-979, mengamalkan disiplin ketat untuk mencapai kejayaan di dalam subjek ini.  Balik dari sekolah, saya mengurung diri di dalam bilik sebelum keluar untuk mandi, makan & solat. Saya mesti membuat 10 latihan Addmath saya dahulu sebelum makan nasi walaupun saya lapar. . Mungkin ada yang tidak bersetuju. Tetapi itulah cara saya. Saya memilih cara ketat untuk menghapuskan kemalasan & kebodohan saya pada masa itu.  

[PENGALAMAN 2]. Saya ada seorang rakan semasa T6 di SIC. Masa itu pada tahun 1981. Namanya Saiful, berambut kerinting & anak kepada seorang anggota polis di Kota Bharu.  Kami sama-sama gila Matematic. Masa itu, kami ambil Pricinpal Mathemathic T6 (lebih payah daripada Addmath T5) . Tetapi dia ada kelebihannya daripada saya. Dia selalu mendahului saya di dalam membuat semua latihtubi / drilling yang guru berikan kepada kami. Hasilnya dia sangat pandai dan menjadi tempat rujukan saya di dalam kelas.

[PENGALAMAN 3]. Semasa saya di T6 juga,  terdapat 4 buah kelas T6 aliran sains keseluruhannya. 3 buah kelas dimonopoli oleh pelajar berbangsa Cina manakala bakinya untuk bangsa Melayu. Kami memang tak boleh compete mereka. Kami cuma boleh compete sesama kami. Ada satu perkara yang suka saya kongsikan di sini. Saya suka melihat cara pelajar-pelajar Cina belajar matematik. Mereka duduk semeja & serius berbincang tentang soalan. YANG PANDAI mengajar yang KURANG PANDAIi, manakala yang KURANG PANDAI pula bertanya kepada yang PANDAI.  Mereka berkongsi kepintaran di situ.

Sayapun suka belajar cara begitu. Duduk semeja bersama rakan-rakan yang komited dan satu kepala. Hasilnya memang menakjubkan. Tetapi pelajar-pelajar masa sekarang, terutama pelajar lelaki tidak mengambil manfaat dari cara ini. Mereka bukan berbincang tentang pelajaran, tetapi bersembang yang entah apa-apa. Hasilnya, yang pandai tetap pandai, manakala yang bodoh bertambah-tambah kebodohannya.

[PENGALAMAN 4]. Saya sangat TIDAK PERCAYA kalau ada orang yang otaknya pandai, dapat A atau B dalam Matematik PMR, tetapi tidak boleh menguasai Addmath. Saya ulangi sekali lagi, saya TIDAK PERCAYA.  Mesti ada kesilapan pada pengucapannya.


Buktinya,ada seorang pelajar saya yang ambil SPM 2005. Namanya sekarang ini sangat tersohor sebagai pengarang. Dia pernah memenangi Johan Peringkat Kebangsaan Pertandingan Mengarang Esai bagi Hari Guru. Lupa pulak tahunnya samada 2005 atau 2006. Dia juga pernah menang Johan Peringkat Negeri bagi Pertandingan yang sama. Sekarang dia menyambung Degree Penulisan Kreatif dan Deskritif di UITM. Dia juga berkerja sambilan di DBP, di samping menjadi penulis skrip sambilan untuk filem atau TV
       
Namanya Norhidayah bt Elias. Hampir semua pelajar SMK Paloh pada sekitar tahun 2004-2009 mengenalinya.   Masa dia di Tingkatan 4 Intan 2004, dia pernah berjumpa saya untuk mengugurkan subjek ini. Maksudnya, tak mahu belajar lagi Addmath pada tahun depan 2005. Saya tak benarkan. Saya kata awak mesti belajar dan saya yakin awak akan lulus. Alhamdulillah, realitinya memang begitu. Dia lulus.

Tetapi perjalananya untuk lulus, memang panjang dan memeritkan. Saya berikan dia soalan-soalan latihtubi /drilling untuk diselesaikan. Mesti selesaikan sendiri. Mesti berusaha sendiri. Buat dahulu, jangan tiru sapa-apa. Kalau tak faham, jumpa saya, tanya saya.  Jangan copy-paste. Daripada markah yang terendah di dalam kelasnya iaitu 8%, dia kemudian meningkat maju, maju & maju. Semuanya melalui latihan keras.

[PENGALAMAN 5]. Saya menyertakan bersama beberapa petikan pelajar yang memberi respons erhadap blog NOVA VIZIO. Blogger tersebut (Mohd Termizie, bekas pelajar saya di MTAQ)  memajukan sebuah tajuk yang agak pedas, JADI ANDA NAK AMBIL ADDMATH?. Beliau kemudian menghuraikan sebab-sebab kenapa beliau tidak ambil Addmath di dalam SPM. Terdapat beberapa orang peminat blognya yang membalas balik kata-katanya seperti berikut

Budak Form 4 says (23.8.2007, 1.40 pm) Math tidak susah asalkan buat latihan banyak2. dan harus diingat kita mesti dapat A1 dalam Addmath supaya senang dapat tawaran U.

Budak Form 4 says (23.8.2007, 2.30 pm). Addmath tidak susah asalkan buat latihan banyak-banyak.

Asmalina says (21.1.2008, 11.48 pm)...Mempercayai diri kita lemah (tak pandai Addmath) sebelum benar-benar terbukti kita lemah adalah kelemahan kita yang paling lemah.

JAWAPAN SAYA kepada semua respons di atas tadi ialah kita mesti yakin bahawa Addmath boleh dipelajari,  bahkan boleh skor A+ kalau kita berusaha bersungguh-sungguh. Buang tanggapan awal bahawa ia payah. Perbanyakkanlah latihtubi / drilling seperti yang saya sarankan. Insyaallah, boleh berjaya.

[PENGALAMAN 6]. Ini adalah respons dari seorang bekas pelajar cemerlang Addmath dalam blog EUSOUFF ADDMATH. Dia menggunakan nama samaran tingkap.

Tingkap says (2.3.2010, 7.44 pm). I used to be the best student in Addmath before. What did I do is that... 50% practice, 40% understand, 10% remember. Mind is like parachute. It can only be used if it is open..        .

[TERJEMAHANNYA : Saya pernah menjadi pelajar terbaik Addmath sebelum ini. Apa yang saya buat ialah 50% latihtubi, 40% kefahaman & 10% ingatan. Minda adalah seperti payung terjun. Ia hanya boleh digunakan jika ianya terbuka].

LIHAT KEPADA KATA-KATANYA : Ingatan / mengingati semua fakta  atau rumus Addmath  hanya 10%, kefahaman mengenainya 40% manakala latihatubi / drilling mesti sebanyak 50% atau lebih lagi.  

KOMEN SAYA....mudah sahaja. Anda mesti memperbanyakkan latihtubi demi latihtubi untuk mencapai kejayaan. Tanpa membuat latihan berterusan dalam Addmath, anda hanya berangan-angan sahaja untuk mendapat kejayaan.  


Disiapkan pada 25.12.2011  11.00 pm
SEKIRANYA ANDA INGIN MEMBERI KOMEN / RESPONS TERHADAP ARTIKEL DI ATAS, SSILA PILIH "COMMENT AS" DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIPKAN NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ

3 comments:

  1. jika seseorang itu ditetapkan untuk mngambil walaupun bkn dgn kerelaan hati bgaimana ?

    ReplyDelete
  2. macam mana nak buang rasa putus asa ketika buat latihtubi???

    ReplyDelete