BUNGA NAN INDAH

Monday, 12 March 2012

AIR KENCING KANAK-KANAK LELAKI & PEREMPUAN, kenapa basuhannya berbeza?

Bagi bayi lelaki yang berumur kurang dari 2 tahun dan tidak makan apa-apa makanan selain susu ibunya sahaja, maka  cara membasuh air kencing mereka mudah sahaja. Sekadar merenjis air sahaja ke atas kencing mereka.

Bagi bayi perempuan yang sama syarat-syaratnya seperti bayi lelaki di atas, basuhannya mesti dihilangkan najis kencingnya. Maksud hilang itu ialah tidak ada rasa, bau & warna bagi air kencing tersebut.

Persoalannya kenapa ia berbeza???

Orientalis Barat telah cuba mengambil kesempatan memburuk-burukan Islam dengan perbezaan cara membasuh najis di atas. Kata mereka, Islam tidak adil.


 
Mereka berhujjah bahawa Allah berat sebelah. Allah lebih mengasihi kaum lelaki daripada kaum perempuan. Dalam bahasa mudahnya, Allah itu bersifat tidak adil dalam masalah gender.

Ulama-ulama Islam sejak dahulu sampai sekarang,  memberi pelbagai hujjah untuk menyatakan sebab mengapa basuhan air kencing itu berbeza.

[1] Sesetengah ulamak menyatakan bahawa bayi lelaki lebih banyak didokong oleh ibu. Kekerapan itu menyebabkan baju ibu selalu dibasahi oleh air kencing sang anak. Oleh itu, untuk memudahkan sang ibu, maka air kencing bayi lelaki tadi hanya perlu direnjis.

[2] Sesetengah ulamak pulak berpendapat bahawa air kencing bayi lelaki tidaklah terlalu kotor berbanding air kencing bayi perempuan. Oleh sebab itu, maka peraturan membasuhnya juga berbeza.

Walau bagaimana pun, sesuai dengan perkembangan semasa, hujjah ulamak-ulamak di atas menjadi longgar dan boleh dipertikaikan. Kaum Orientalis kemudian menusuk jarum keraguan supaya hujjah ulamak di atas boleh disanggah.

Bagi kes hujjah ulamak [1], penggunaan pampers bagi kedua-dua bayi lelaki & perempuan tidak lagi membebankan sang ibu. Bayi lelaki tidak lagi mengencingi ibu mereka terlalu kerap. Jadi bagaimana???

Bagi kes hujjah ulamak [2],  mereka mengatakan hujjah itu tidak kukuh & tidak kemas. Ulamak itu hanya manusia biasa yang belum tentu benar percakapannya. Mana ada najis yang kotor dan najis yang tidak kotor??? Jadi bagaimana???

Akhirnya jawapan kepada persoalan ini terungkai juga dengan kajian yang dibuat oleh seorang Saintis Muslim. Beliau ialah Dr Ahmad Al-Muzaini dari Universiti Iraq.

Penemuan tersebut menjadikannya satu sebab yang sangat kukuh & jitu. Tertolaklah kejahatan para Orientalis dalam meracuni pemikiran umat Islam.

Kepada anak-anak muda Muslim, belajarlah sekuat tenaga anda. Jadilah seperti Dr Ahmad Al-Muzaini yang boleh menggunakan pengtahuan sainsnya untuk memperkuatkan Islam. Saya sangat bangga kalau lebih ramai lagi ilmuwan Islam tampil dengan pelbagai disiplin ilmu mereka. 


Sebab itu, saya selalu bercita-cita agar para pelajar saya (terutama kaum lelaki) dapat menguasai Addmath dengan baik. Tujuan saya supaya mereka memiiliki pengetahuan Matematik dan Sains yang kemudiannya dapat memperkuatkan agama Islam. 

Saya mahu mereka menjadi doktor yang di samping berkerja sebagai doktor, juga mengkaji kebenaran Islam dalam ilmu Biology & kedoktoran.

Saya mahu mereka menjadi ahli kimia atau saintis, yang di samping berkerja di dalam bidangnya, juga menjalankan kajian  di dalam Ilmu Kimia  & seumpamanya.

Begitu juga dalam ilmu Fizik dan bermacam-macam disiplin ilmu yang lainnya.

Mari kita kembali kepada kisah air kencing tadi.

Dr Ahmad Al-Muzaani, pakar saintis Al-Quran dari Universiti Iraq telah menemui jawapannya. Katanya, setiap yang Allah perintahkan ada sebabnya yang munasabah dan jitu. Ia tidak akan disuruh berbuat begitu jika tiada sebab mengapa ia perlu dilakukan.

Dalam satu kajian uniknya, beliau telah mendapati bahawa terdapat kultur bakteria yang dikenali sebagai E-Coli dalam kedua-dua air kencing lelaki dan perempuan. Walau bagaimana pun, dalam kajian tersebut yang turut dipantau oleh Suruhanjaya Tanda-tanda Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah mendapati, bahawa kandungan kultur bakteria tersebut LEBIH BANYAK di dalam air kencing perempuan berbanding lelaki.

Dan kerana sebab itulah, Islam mensyariatkan agar air kencing kanak-kanak perempuan perlu lebih teliti untuk dibersihkan.

Dr Ahmad Muzaini menegaskan sesungguhnya dalam agama Islam itu terdapat bukti-bukti yang benar dan asas pengetahuan berhubung kandungan bakteria tersebut telah pun disalurkan maklumatnya melalui Rasulullah S.A.W. 

Adakah anda tahu apa itu bakteria E-Coli???

Nama sebenarnya ialah Escherichia Coli. Ia  sejenis bakteria yang telah dijumpai oleh seorang doktor Jerman bernama Theodor Eschenrich pada tahun 1885. Ia sejenis bakteria berbentok rod. Kebanyakkannya ditemui di usus bahagian bawah bagi organisma berdarah panas (endotermik).

Kebanyakan strain E Coli tidak merbahaya.tetapi terdapat beberapa jenis seperti streotype O157, H7 boleh menyebabkan keracunan makanan yang serius kepada manusia.
 .
Dalam blog ini juga, saya suka menampilkan cara-cara membasuh air kencing yang betul bagi lelaki dan perempuan. Maklumat ini saya petik dari blog pemaniskata. Ternyata ia sebuah maklumat yang baik & bermanfaat kepada kita semua. Terima kasih pemaniskata.

BAGI LELAKI : Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem beberapa kali supaya air kencing betul-betul keluar.Selepas itu, urutkan kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersih-bersihnya.

BAGI PEREMPUAN : Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak akan membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita tersebut.

Demikian cara membasuh najis air kencing yang betul menurut fiqh Islami.

Berikutnya, saya sertakan beberapa tips untuk mencegah dan merawat penyakit kencing kotor. Penyakit ini terjadi akibat serangan bakteria E.Coli bila seseorang itu mengabaikan aspek-aspek kebersihan semasa proses qadial hajat.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN 
[1] Minum air putih (plain water) yang banyak setiap hari. Bakteria boleh dibuang melalui kencing yang kerap. Seelok-eloknya, minumlah 7 - 8 gelas sehari. 
[2] Jaga kebersihan.  Basuh kemaluan anda dengan bersih. Sekiranya anda menggunakan tisu, anda hendaklah mengesat dari depan ke belakang. Ini bertujuan menghalang jangkitan kuman dari bahagian dubur
[3] Hentikan penggunaan tampon (orang perempuan yang kenal benda ni).. Tukar kepada tuala wanita biasa
[4] Jangan tahan kencing. Satu perbuatan yang tidak sihat.
[5] Kurangkan pengambilan minuman berkafein, bergas atau coklat. Makanan yang diproses dan gula biasa juga hendaklah dikurangkan / diberhentikan
[6] Jangan gunakan pakaian dalam dari nylon. Gunakan pakaian yang berasaskan cotton (kapas) supaya peredaran udara menjadi lebih baik

RAWATAN TANPA UBAT-UBATAN
[1] Gunakan hot-water bottle yang diisikan dengan air panas dan tuamkan pada bahagian yang sakit
[2] Amalkan dan lebihkan pengambilan celery (saderi), persley dan tembikai. Amalan memakan tembikai adalah sunnah Rasulullah S.A.W.  Tetapi sayang, harga tembikai sekarang semakin mahal. RM1.30 / kg.   
[3] Duduk berendam di dalam air yang agak panas (tambah sedikit cuka di dalamnya) selama lebih kurang 20 minit.

RAWATAN MELIBATKAN PENGAMBILAN UBAT
[1] Bahan pengalkali air kencing seperti Potassium Citrate (Pot-Cit) atau Ural hendaklah diambil sebagai langkah segera untuk mengawal jangkitan kuman. Air kencing yang bersifat alkali akan membantutkan pertumbuhan kuman
[2] Ambil ubat tahan sakit sekiranya sekiranya sakit
[3] Pengambilan antibiotik mungkin diperlukan. Antara yang kerap diberi ialah Bactrim. Untuk yang lebih kuat lagi ubat seperti Augmentin (Curam) mungkin akan diberikan.

DISIAPKAN PADA 12.3.2012   5.50 AM
Jika anda ingin memberi komentar / respons, sila pilih 'comment as' di bawah sebagai anonymous atau name / url. Taip nama anda & abaikan url. Tq.

4 comments:

  1. Үour own post featuгes establishеd nеcessary to me ρeгsonally.
    It’ѕ extгemely helpful and yοu're simply certainly really experienced in this region. You have opened my personal sight for you to different thoughts about this specific matter along with intriquing, notable and sound articles.

    Feel free to surf to my web-site ... Ifightdragons.com

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, terima kasih atas penerangan di atas... apa-pun Islam itu agama yang sempurna...ingin meminta kebenaran untuk menggunakan maklumat (berkenaan E-Coli dan penemuan sebab kencing kanak2 lelaki dan prempuan berbeza pada cara basuhan) ini sebagai rujukan.

    saya akan olah sedikit untuk kepilkan maklumat dari blog Cikgu Zain dan beberapa rujukan lain yang saya jumpa..... terima kasih...

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk informasi kesehatannya

    ReplyDelete