Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Sokongan anda sangat berharga bagi saya
Kem Kepimpinan telah berlalu pada 16 -18/2/2012. Terima kasih kepada semua peserta Kem Kepimpinan SMKH2. Terima kasih kepada semua guru. Terima kasih kepada pihak urusetia. Terima kasih juga kepada pihak Peladang Inn, Machang.
Minggu Disiplin juga telah selesai pada 19 - 23/2/2012. Terima kasih kepada semua AJK Program. Terima kasih kepada pihak Pejabat Agama Daerah Machang, AADK Machang, IPD Machang, Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang & Ustaz Bahrin bin Yussof.

Pada hari Selasa, 27/2/2012, SMKH2 mengadakan latihan menyeluruh merentas desa. Semua pelajar dari semua rumah telah menyertainya.
Kejohanan Merentas Desa yang sebenarnya akan diadakan pada hari Khamis ini, 29/2/2012.
Kejohanan Merentas Desa yang sebenarnya akan diadakan pada hari Khamis ini, 29/2/2012.
Saya tersenyum sambil mengatur strategi. Tahun ini saya jadi guru sukan untuk Rumah Hijau. Dan dalam kepala saya, sudah berceracak 10 strategi untuk mengangkat rumah Hijau jadi juara tahun ini.
Masa saya mula-mula sampai di SMKH2 pada tahun 2009, saya diletakkan dalam rumah Merah bersama Cikgu Salina bt Mat Nor. Kami berdua satu kepala. Segala perancangan & strategi yang kami atur membuahkan hasil. Rumah Merah jadi juara.
Tahun berikutnya, 2010, saya masih bersama Rumah Merah bersama Cikgu Salina. Kami menggunakan perancangan & strategi yang sama. Kami juara lagi.
Tahun berikutnya, 2011, saya ditukarkan ke rumah Kuning. Kali ini saya berpasangan dengan Ustazah Norsalida. Beliau juga satu kepala dengan saya & mudah diajak berbincang. Saya import segala perancangan & teknik dari rumah Merah.
Strategi yang kami atur bergerak mengikut landasan. Pertambahan undi antara rumah Merah & Kuning bergilir-gilir menguasai carta. Sekejap Merah juara, sekejap kemudian Kuning Juara.
Akhirnya Merah juara. Kuning berada di tempat kedua dengan hanya kekurangan 18 mata. Tak apalah. Kuning tak ada rezeki.
Tahun ini, 2012, saya bercadang untuk kekal di rumah Kuning. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, saya berpindah ke rumah Hijau. Saya bercadang untuk mengangkat darjat rumah Hijau ke tahap yang lebih baik.
Saya percaya saya boleh.
Ketua Rumah Hijau ialah Ustazah Nadah bt Ismail. Dia telah memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk melakar kejayaan Rumah Hijau. Saya tahu caranya. Insyaallah, Rumah Hijau akan jadi juara.
Pada Hari Rabu, 28/2/2012, Gotong Royong Perdana SMKH2 diadakan. Semua guru & semua pelajar mengambil bahagian dengan cergas. Seperti biasa, saya ditugaskan di bahagian longkang sebelah luar kantin. Dah empat tahun saya di situ.
Pelajar-pelajar yang membantu saya ialah pelajar-pelajar lelaki 4 SC1 & 4SC2. Terima kasih semuanya kerana memberi kerjasama yang sangat baik kepada saya. Kawasan itu bersih & licin. Longkang pun dapat mengairkan air dengan baik. TQ semua.
Pada hari Khamis, 29/2/2012, Kejohanan Merentas Desa SMKH2 berlangsung dengan jayanya. Sebelum bermula, saya menitipkan kata-kata semangat kepada ahli rumah Hijau. Dan tidak lupa juga saya memberikan mereka rahsia untuk berjaya sebagai juara. Ada 2 cara sahaja.
Rahsia untuk menjadi johan dalam acara Merentas Desa itu mudah sahaja. Saya suruh ahli-ahli Rumah Hijau mengikut arahan saya. Alhamdulillah. Rumah Hijau kemudiannya menjadi juara.
.
Sekarang kita tunggu pula musim sukan. Rumah Hijau sudah bersedia untuk menebarkan sayapnya.
Sekarang ini minggu peperiksaan. Maksudnya, Ujian Mac 2012. Hari ini adalah hari pertama peperiksaan. Ia bermula hari ini, 4/2/2012 - 8/2/2012. Seronok tengok anak-anak pelajar menjawab soalan. Diam satu sekolah. Mereka semua terbngkok-bongkok menjawab soalan.
Kepada bekas-bekas pelajar SMKH2, jemputlah datang ke sekolah. SMKH2 sudah mengalami kemajuan & perubahan pesat sekarang.
Kooperasi SMKH2 sudah bertambah besar & maju sekarang. Kaunternya sudah menghadap ke Dewan Teratai. Medan jualannya sudah besar. Pelanggan pun sudah ramai.
Di padang bola, astaka sukan yang cantik, indah & besar sedang dalam pembinaan sekarang. Selepas ini, para tetamu & para guru tidak perlukan khemah lagi. Mereka akan menpunyai astaka khusus sebagai lambang kecemerlangan SMKH2.
Di kawasan hadapan asrama SMKH2 (maksudnya di depan pintu pagar asrama), sudah diwujudkan taman mini yang cantik. Ada 3 wakaf untuk pengunjung & anak-anak mereka bersantai.Ada bunga-bunga berpasu yang indah dan segar diletakkan untuk memberi kesegaran.
Kawasan itu sudah maju. Setiap hari Jumaat, ibubapa yang melawat anak-anak mereka di asrama akan bersantai & bersembang bersama anak-anak mereka di situ. Terima kasih.
Perkembangan-perkembangan lain setakat ini.
[1] SMKH2 masih menunggu kedatangan pengetua baru. Siapakah yang akan datang??? Ntah r. Kami belum menerima sebarang berita atau petunjuk. Khabar angin sudah banyak terdengar, tetapi khabar angin selalunya tidak sahih. Banyak yang tidak betul selagi bernama khabar angin.
[2] Kantin SMKH2 sekaii lagi mendapat penarafan "A". Terima kasih kepada Cikgu Roslina Yussof. Beliau mempunyai kebolehan mengubahsuai wajah kantin dengan baik dan berkesan. SMKH2 berbangga mempunyai kantin yang lawa, cantik, kemas & indah.
[3] SMKH2 juga mempunyai beberapa orang guru baru. Mereka ialah Tuan Haji Johan bin Kamaruddin (guru Sejarah, MC sekolah), Tuan Kamaruddin (guru Sains, Penolong setia sukan sekolah), Puan Hilya Kamaruzzaman (Guru BI, MC Sekolah, Warden Asrama) & Cikgu Farah (Guru ganti SMKH2).
Setakat inilah, paparan yang boleh saya berikan kepada anda tentang perkembangan terkini SMKH2. Insyaallah, kita jumpa lagi di lain masa.

Disiapkan pada 4.2.2012 9.18 pm
JIKA ANDA INGIN MEMBERI KOMENTAR, SILA PILIH 'COMMENT AS' DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIP NAMA & ABAIKAN URL. TQ.
No comments:
Post a Comment