BUNGA NAN INDAH

Friday, 23 March 2012

YA ALLAH YA RABBI, ENGKAULAH TUHANKU. TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU

Sebenarnya, tidak ramai yang tahu rahsia kehidupan  saya. Maksud saya, rahsia kehidupan akedemik saya.

Saya menyembunyikannya dari ibu saya. Saya menyembunyikannya dari ahli keluarga saya. Saya menyembunykannya juga dari kekasih saya, tunangan saya yang sekarang ini menjadi steri saya.

Tidak ada seorang pun rakan, teman & sahabat saya mengetahui perkara ini. Saya menyembunyikannya 100% di dalam hati saya. Di dalam lubuk hati yang paling dalam.

Saya melipat kemasnya di situ. Ia menjadi rahsia pribadi saya di situ selama hampir 25 tahun. Baru hari ini saya nak membukanya semula. Ia terjadi pada tahun 1987, pada waktu umur saya 26 tahun. Sekarang dah tahun 2012. Umur saya sekarang 51 tahun.

Ramai orang mengenal saya sebagai seorang guru. Tetapi tidak ada seorang pun yang tahu jatuh bangun saya sebagai seorang manusia yang bergelar guru.

Bila ramai pelajar SPM saya kecewa dengan result mereka, mereka menangis. Mereka tak berselera makan, tension & menganggap masa depan mereka sudah gelap.

Kecil sungguh jiwa mereka. Kerdil sungguh pandangan hidup mereka. SPM ini baru langkah pertama. Seteruk mana pun mereka, mereka masih ada peluang masuk UITM, atau poly atau memperbaiki prestasi akedemik mereka di Tingkatan 6.

Apa yang saya rasa, lebih teruk daripada itu. Saya bernasib malang lebih daripada itu.

Saya mendaki gunung kehidupan saya seperti orang lain juga. Dengan berani dan cekal. Dan dalam pendakian tersebut, saya selalu berjaya, berjaya & berjaya. Saya menarik nafas lega kerana tuhan selalu menganugerahkan saya kejayaan demi kejayaan.

Semasa saya mengambil Ujian Penilaian Darjah 5 pada tahun 1972, saya dapat 1A 4B. Masa itu, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi. Gred "A"  yang saya dapat tu adalah untuk Matematik saya. Memang saya giler Matematik semenjak saya kecil lagi. 

Kiranya, result saya itu hebat juga la. Sebabnya, best student kami cuma dapat 4A sahaja.  Yang kedua, dapat 2A. Yang lain-lain itu, dapat 1A sahaja, termasuk saya. Dalam kelas saya, saya termasuk top 5. Kiranya, budak pandai jugalah.

Kemudian, pada tahun 1977, saya mengambil LCE (Lower Certificate Of Eduacation). Kalau masa sekarang, ia setara dengan PMR. Saya mendapat 18 aggregate. Kiranya, dalam kampung saya, saya la yang pandai sekali. Juara kampung masa tu. 

Untuk kawasan Kok Lanas yang terdiri daripada berpuluh-puluh buah kampung itu, saya jatuh  nombor 2. Sebabnya, best student LCE masa itu jatuh kepada Mamat yang dapat 12 aggragate. Dia juara, saya Naib Juara.

Ibarat mendaki Gunung Everest, saya telah mencapai 2 stesen. Kemudian pada tahun 1979, saya mengambil peperiksaan MCE (Malaysia Certificate Of Education). Masa itu, saya belajar di Sultan Ismail College. Kalau masa sekarang, kira SPM la.

Saya dapat Second Grade (kata orang, Second Grader) dengan 31 aggragate. Ramai rakan saya berjaya masuk UITM dan keluar dengan bermacam proffesions. Sebahagian mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke Oversea. 

Saya memilih ke Tingkatan Enam di sekolah yang sama.  Masa itu, untuk masuk U, kena ada duit beribu-ribu. Paling tidak, RM2000. Saya kesiankan ibu saya yang miskin. Saya tak sanggup membebankan dia dengan yuran pendaftaran U sebanyak itu. Saya tahu dia tak mampu.

Saya membiayai sendiri persekolahan Tingkatan 6 saya dengan duit biasiswa saya. Waktu cuti, Jumaat & Sabtu, saya pergi menoreh untuk mendapat duit tambahan. Alhamdulillah, result HSC (Higher School Of Certificate) saya agak baik. Saya mendapat 1P 4S (1 Principal, 4 Subsidiary). Pricinpal yang saya dapat tu adalah untuk Matematik Saya.

Memang saya berjaya dalam Akedemik saya. UPD5 saya berjaya. LCE juga saya skor. MCE pun berjaya juga. HSC pun saya berjaya. Setakat ini, saya tak pernah gagal. Alhamdulillah.

Kemudian, saya dapat tawaran ke UPM dalam jurusan Diploma Sains Pendidikan pada tahun 1982. Dalam kampung saya, hanya saya serang yang berjaya. Kembang hati ibu saya. 

Pada malam saya nak berangkat ke UPM, berduyun-duyun orang kampung datang mengucap tahniah pada saya. Kaum ibu pula sibok mengemas pakaian saya. 

Di UPM, saya mula bergelut dengan pelajaran. Saya sibok belajar siang & malam. Semester pertama, saya score giler. Semester kedua pun sama. Oleh kerana saya bekas pelajar Tingkatan Enam, saya ditawarkan "Kenaikan Khas" (Promotion) untuk program Ijazah.

Pada tahun 1983, saya memulakan program Ijazah saya. Saya pilih Ijazah Sains Komputer. At that time, I was the second badge of Computer Science Degree Of UPM. Kiranya, kimpulan elit juga la..

Saya belajar, belajar & terus belajar. Seronok belajar sebagai orang U. Tambah-tambah lagi, saya dapat pinjaman MARA masa itu. Loaded sakan.

Kejayaan saya sudah hampir ke puncak. Cuma ada 1 semester ( 4 bulan) sahaja untuk saya merasai buah dan nikmat perjuangan akedemik saya. Pada waktu inilah, tuhan menguji saya. 

Kalau sebelum ini, saya gembira & ketawa melihat kejayaan-kejayaan akedemik saya, tetapi tiba-tiba tuhan memberikan saya ujian pahitnya untuk saya. Saya gagal & diberhentikan dari UPM pada semester 7. Saya menangis, menangis & menangis.

Bagaimana saya tidak menangis, tidak sedih, tidak kecewa, tidak merana? Saya sudah 7 semester berjuang. Hanya berbaki 1 semester sahaja lagi. Ya Allah Ya Rabbi.

Saya rasa dunia di sekeliling saya hitam kelam. Saya tak nampak langit di atas kepala saya. Awan-awan yang berarak pun, saya lihat seperti naga yang menganga mulutnya mahu menelan saya.

Saya merasa semua benda seperti mengejek nasib malang saya.  Saya merasa sayalah manusia  yang paling tak berguna sekali waktu itu.

Yang saya nampak, hanya kemurungan & kedukaan di sekeliling saya.. Fikiran saya buntu. Jiwa saya hancur. Hati saya luluh. 

Ada waktunya, saya merasa hidup ini sudah tidak bermakna bagi saya. Ada waktunya saya ingin membawa diri ke Chow Kit dan menjadi penagih dadah di situ. Kadang-kadang saya bertekad supaya mayat saya terlempar di tepi longkang di mana-mana.

Ada juga waktunya saya berkeliaran ke Pudu Raya & mengharap supaya kesusahan diri saya berakhir  dengan rempuhan kereta terhadap saya.  Saya benar-benar serabut waktu itu. Jiwa saya kosong. Wajah saya comot. Dan pakaian saya tidak terurus sama sekali.

Kadang-kadang saya merintih. Kenapa Tuhan menguji saya begini???  Apa salah saya??? Apa dosa saya??? Kenapa timpakan kesusahan ini pada saya??? Bukan kepada orang lain??? 
 
Pernah juga saya terfikir untuk membawa diri ke Singapura dengan keretapi. Kemudian melemparkan diri saya di mana-mana kawasan hutan supaya jasad saya tidak ditemui orang. Saya ingin menghilangkan semua keserabutan diri saya itu dengan hilangnya nyawa saya.  

Demikianlah Tuhan menguji saya. Dia menyentap saya turun dari gunung kejayaan sehingga saya jatuh terduduk dengan air mata kesedihan. Inilah rahsia hidup saya yang sampai sekarang ibu saya tidak tahu dan adek-adek saya tidak tahu.

Isteri saya juga tidak tahu. Pada waktu itu, kami sedang bertunang. Saya juga tidak memberitahunya. Saya menyembunyikannya dari mereka semua. Saya tidak ingin mereka merasai buah kepahitan yang sedang saya makan ini.

Takdir tuhan yang satu ini memang memeritkan saya. Saya betul-betul kecewa & merana akibatnya. Tetapi saya bersyukur kepadaNya kerana masih memberikan kehidupan kepada saya. Saya juga mengucap syukur kerana tidak mengambil jalan singkat menamatkan segala kesusahan diri saya waktu itu.
    
Alhamdulillah, iman yang ada di hati saya waktu itu masih dapat memandu saya kepada kebenaran.  Saya masih dapat berfikir dan tidak mati sia-sia.

Inilah rahsia kehidupan saya. Saya sengaja mencoretnya di sini sebagai panduan kepada kehidupan anda
.
Ramai pelajar mengeluh result SPM mereka teruk. Tidak. Anda belum lagi diuji tuhan seperti saya.
.
Berkenaan kisah saya itu, saya seboleh-bolehnya tak mahu menyebut puncanya. Tetapi sebagai pengajaran, elok saya nyatakan di sini. Mana-mana guru (termasuk pensyarah U), janganlah ego dengan jawatan masing-masing. Saya menjadi mangsa ego seorang pensyarah komputer saya. 

Daripada kes peribadi, dia blacklist seluruh ujian, tutorial, projek & seluruh kegiatan saya. Saya gagal semua subjek komputer yang saya ambil dengan dia. Bukan 1 subjek, tetapi beberapa subjek. Bukan 1 semester, tetapi merebak kepada beberapa semester. Akibatnya, pointer saya jatuh merundum.

Saya masih ingat namanya. Doa saya hanya satu. Saya minta kepada Tuhan supaya anaknya akan mengalami nasib seperti saya. Supaya dia tahu betapa pahitnya pengalaman ngeri sebuah kegagalan.

Saya kemudian mendapat "demotion" (penurunan semula) kepada Diploma Sains Komputer (DSK). Saya sudahkan DSK saya dan berjaya memperolehinya pada tahun 1988. Kemudian Tuhan memberikan saya peluang belajar lagi. Akhirnya, tertunailah hasrat saya untuk menjulang Ijazah yang saya idam-idamkan. 

Saya mendapat Ijazah Pendidikan (Matematik) Dengan Kepujian dari UPSI beberapa tahun selepas itu. 

Kalau anda merasa SPM anda sudah terok, atau masa depan anda sudah gelap, anda sebenarnya baru bergelut dengan sedikit ujian tuhan. Ujian anda itu kecil cuma.

Bila saya semakin berumur, baru saya tahu, bahawa takdir tuhan ke atas seseorang adalah ibarat memberi "mudarat sedikit" untuk mengelak "mudarat yang lebih besar".

Contohnya, motorsiskal yang bocor di pertengahan jalan sehingga tuannya menjerit-jerit kemarahan. Dia barangkali tidak tahu bahawa kalau motorsikalnya tidak bocor, dia akan terlibat dngan kemalangan ngeri pada perjalanan seterusnya.

Tuhan menjadikan motorsikalnya bocor untuk mengelak kemalangan yang merbahaya di masa depan.

Dengan baik sangka kepada tuhan, saya yakin bahawa tuhan tidak mahu saya memilih jalan yang salah bila saya sudah bergraduat sebagai seorang proffesional dalam bidang komputer. Kalau saya berjaya, mungkin saya berkerja di bandar besar dengan pendapatan lumayan.

Mungkin saya mengalami kebejatan kehidupan sosial & lupa diri. Dia lalu menyentap saya turun dari kejayaan saya. Memang saya sakit & merana waktu itu. Apakan daya. Itu kehendak Tuhan. Suratan takdir buat saya.

Tetapi tuhan tidak menyia-yiakan kebolehan saya. Dia tetap memberikan ijazah yang saya impikan selama ini. Dia juga memberikan saya kehidupan baik yang saya buru selama ini. Dia juga mentakdirkan saya sebagai pengerusi surau di kampung saya, juga sebagai seorang imam. Syukur, wahai Tuhanku.

Ya Allah Ya Rabbi, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan selain Engkau.


Disiapkan pada 23.3.2012   12.33 pm
SESIAPA YANG INGIN MEMBERI KOMENTAR, PILIH 'COMMENT AS'  SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIP NAMA ANDA & ABAIKAN URL.

No comments:

Post a Comment