BUNGA NAN INDAH

Friday, 9 March 2012

FAKTA ILMU PENGETAHUAN YANG BELUM BANYAK DIKETAHUI


Mari kita lihat beberapa fakta yang masih tersembunyi.
 



[1] Untuk mengukur keaslian sebuah mutiara, gosokan sahaja epal cuka kepada permukaannya. Kalau  mutiara itu asli, ia akan  lebih cepat menggelembung.

[2] Ikan emas yang diletakkan di tempat yang gelap, kulitnya boleh berubah menjadi putih. Dan kalau bukan pengaruh makanan, maka perubahan itu akan terjadi pada seluruh tubuhnya.


[3] Jika jaringan pembuluh darah pada seorang manusia diukur panjangnya dari ujung ke akhir, maka panjangnya adalah sekitar 100 ribu kilometer, yang artinya berupaya mengelilingi bumi hingga 2,5 kali.

***Maha Suci Tuhan kerana memakaikan kita pembuluh darah yang sangat berguna kepada kita. Ia tidak mudah  putus, bocor atau rosak.Tuhan juga bersifat Maha Bijaksana kerana pembuluh yang panjang itu bisa dimuatkan di dalam jasad manusia yang kecil dan padat ini.


[4] Samudera mengandung garam yang cukup banyak untuk menutup seluruh daratan di bumi dengan kedalaman 250 meter.

***Anda tahu apa fungsi garam pada samudera??? Atau apa perlunya laut itu masin???

-Ia boleh menghancurlumatkan bahan-bahan sampah, kotoran, najis dan sebagainya dengan mudah. Air sungai atau air perigi yang tawar sifatnya tidak mampu berbuat demikian.

- Supaya air laut mempunyai ketumpatan garam yang tinggi. Maka ia boleh menghasilkan daya tujah yang tinggi terhadap kapal laut, kapal kargo & bot-bot enjin yang besar yang belayar di atasnya..

-Membolehkan semua benda yang tenggelam dapat diapungkan dengan cepat. Dengan ini lautan merupakan pembekal air bersih yang boleh dipercayai.

-Pembekal garam yang ekonomikal dan cepat. Garam diperlukan oleh tubuh badan sebagai bahan mineral tertentu.  

[5] Unta boleh hidup lebih lama tanpa makan dan minum, karena tubuhnya berkeupayaan untuk itu. Tapi percayakah anda,  zirafah jauh lebih tahan lama hidupnya, biarpun tidak ada air.

*** Anda tahu, sebab apa??? Kerana Zirafah suka memakan pucuk-pucuk muda yang masih segar. Terkandung di dalamnya kuantiti air yang mencukupi yang membolehkannya hidup lama.

*** Anda tahu, bagaimana cara ia memakan pucuk muda??? Ia tidak akan makan di kawasan atas angin yang menyebabkan bau tubuhnya sampai kepada pemangsanya. Zirafah selalu makan di kawasan bawah angin. Ia sejenis binatang cerdik.

[6] Lingkungan hidup terbesar di dunia adalah di sepanjang The Great Barrier Reef (batu karang) dengan panjang lebih dari 2000 km atau puluhan kali panjang Pulau Jawa.

[7] Kemungkinan ada orang mati dihentam METEOR yang jatuh adalah 9300 tahun sekali. [Walau bagaimana pun, kebarangkalian ini mungkin sudah tidak tepat sekarang. Pelbagai meteor sudah menghampiri kawasan dekat bumi & menimbulkan ancaman pentabrakan].


[8] Orang yang setiap harinya menggunakan tangan kanan dalam melakukan kerja, kebanyakannya mempunyai kehidupan yang lebih lama, yaitu sekitar sembilan tahun dari orang yang selalu menggunakan tangan kiri atau tangan kidal..

***Saya memiliki tangan kidal. Saya pernah mendengar kajian ini. Maka kerana itu, saya bertekad menggunakan seluruh umur kehidupan saya untuk melakukan kerja-kerja kebajikan. Supaya umur yang relatif pendek itu memberi manfaat yang banyak kepada saya..

[9]. Sesendok kecil bintang neutron dapat memiliki berat 100juta ton.

[10] Sebuah bawang merah yang kalau digosokkan ke kaki selama satu jam, boleh dirasakan pengaruhnya. Maksudlnya, bawang boleh mengalirkan suatu zat tertentu melalui aliran darah.[Itu betul, anda pun tentu akan  menangis kepedihan bila zat bawang merah menerobos mata anda]


[11]. Badai matahari rata-rata memiliki energi yang mempunyai kekuatan  hampir sama dengan 8 ribu bomb berkekuatan satu megaton, di mana satu megaton  dapat menghancurkan sebuah gedung pencakar langit.[untuk maklumat lanjut, sila baca post saya, BADAI MATAHARI & BADAI MATAHARI,  SIRI 2]

[12] Cacing tambang penghisap darah ada dalam tubuh lebih dari 700juta orang di seluruh dunia.

***Ini menunjukkan ramai orang tidak berselipar atau bersandal semasa berjalan. Perbuatan itu menyalahi sunnah, kerana Nabi Muhammad S.A.W sentiasa memakai alas kaki bila berjalan.

[13] Kecepatan basikal kayuh yang paling cepat adalah 166 km/jam. Rekod ini dipecahkan oleh Fred Rompelberg.

***Saya lebih suka kalau umat Islam berlumba-lumba pergi solat berjemaah di masjid /surau. Nak tengok sangat-sangat, siapa yang boleh jaga solat berjemaah 40 hari. Itu rekod yang sangat mencabar..   

[14] Manusia boleh membuat cahaya laser dengan keamatan cahaya jutaan kali lebih kuat dan terang daripada matahari. [Baguslah, tetapi ingat kepandaian itu tidak melayakkan dia masuk shurga dengan mudah]. Itu pun kalau orang itu muslim. Kalau kafir, hang akan dibakar dalam neraka yang kepanasan apinya 70X ganda dari api dunia ini.

[15]. Sekitar 65% orang autis kidal menggunakan menggunakan tangan kiri sebagai tangan utama.[termasuk saya].

[16]. Akar sebuah pohon pine jika diukur panjangnya melebihi 60 km.
.
[17]. Awan gas yang menyelimuti planet Sagitarius mengandung trillion liter alkohol. [Maha Bijaksana Tuhan, kerana sengaja menjauhkan itu daripada kita]. Syukur Alhamdulillah.

[18] Beruang kutub dapat berlari dengan kecepatan 50 km/jam dan meloncat sehingga kepada paras ketinggian 4 meter di udara.

***Maka Suci Tuhan kerana mengatur urusan mencari rezeki kepada beruang kutub dengan caranya yang tersendiri. Dia perlu mengejar ikan & singa laut & melompat untuk mendapatkan burung-burung renek di kutub.

[19] Tempat dengan suhu terpanas di dunia adalah di Azizia, Libya. Suhunya sekitar 57,8 C. Bandingkan dengan suhu Kuala Lumpur,  30-31 C atau suhu manusia normal 36 C. [Aduh panasnya. Tetapi kena ingat, negeri akhirat lagi panas]. Berhati-hatilah dengan kepanasan yang bakal kita tempuhi. Mintalah supaya kita ini termasuk dalam golongan yang dapat duduk di bawah bayangan Arasy.

[20] Rata-ratanya, setiap orang pada setiap tahunnya secara tidak sengaja telah memakan sekitar 430 serangga. Hasil ini didapatkan berdasarkan penelitian panjang yang dilakukan oleh Badan Pengawasan Makanan Internasional.

[21] Sebuah tanaman gandum hitam (seukuran tanaman padi) dapat memiliki akar dengan panjang 800km menyebar di bawah tanah.  [Anda tahu fungsinya??? Supaya ia tidak mudah roboh ditiup angin kuat atau disapu banjir besar. Ia juga bertujuan menyuburkan tanah].

[22]. Jika ada dua logam bersentuhan di luar angkasa, maka logam itu akan membaur menjadi satu logam. Kelihatannya memang tidak mungkin, tetapi benar terjadi, Proses ini disebut cold welding dan akhir-akhir ini menjadi teknologi baru di bidang metalurgi.[Satu berita yang menarik].

[23] Nisbah penguapan air pada sebuah pohon oak (salah satu jenis pohon yang banyak tumbuh di daerah subtropis) pada setiap jamnya adalah sekitar 20-50 liter atau dalam sehari sebanyak satu bak mandi yang berukuran besar.

[24] Saat ini kita sedang bergerak di luar angkasa pada kelajuan  530 km/s. Maksudnya  lebih cepat dari kelajuan cahaya. Kita tidak merasakannya karena seperti dijelaskan oleh Teori Relatif (yang dipelopori oleh Albert Einsteen), kelajuan objek di luar angkasa adalah tidak berarti.  

***Kita seperti berada di dalam roller coaster yang sangat laju. Oleh kerana bumi ini besar, kita tidak dapat menanggapi kelajuan tersebut.

No comments:

Post a Comment