BUNGA NAN INDAH

Monday, 5 March 2012

MENGUSIR JIN


Bila cikgu nak post cerita hantu???. Lama tak dengar cerita hantu dari cikgu.

Rupa-rupanya ada juga pelajar yang nak dengar cerita hantu saya.  Saya ketawa dalam hati.

Boleh juga  Tetapi tak boleh sokmo2. Nanti Tun Dr Mahathir marah kat saya.

Saya tak tahan dengar leteran Tun. Sakit telinga saya. Hu2.  

Beliau tak mengalakkan rakyat Malaysia mempercayai benda tahyul dan karut marut. Saya juga sependapat dengan beliau. Tak elok dengar cerita hantu secara berlebihan.

Saya mempunyai pendekatan khusus bila menceritakan kisah hantu kepada pelajar. Bercerita sambil mengajar. 

Semasa saya mengajar kimia di SMKH2 pada tahun 2010,  saya selalu memberitahu pelajar bahawa tajuk Hydrocarbon Compound (Bab 2, T5) .sangat penting untuk mengenali sktruktur jin & syaitan. 

Alkana mempunyai formula am CnH2n+2. Bermula dengan metana, etana, propana, butana dan seterusnya. Keadaan fizikal mereka juga berubah dari gas, cecair dan pepejal. Kesemua 4 unsur di atas adalah gas dan mudah meruap. 

Kalau di dalam bilik tertutup, gas ini mudah meruap dan selalunya terkumpul pada bahagian 3 matra. Maksudnya, pada bahagian tepi dinding berbucu tiga.

Kita sudah sedia maklum bahawa iblis dan syaitan diciptakan dari api. Jin pula daripada nyalaan api yang panas. Apa maksud api dan nyalaan api yang panas??? Mungkin juga daripada gas-gas alkana yang saya sebutkan di atas. Wallahu ahlam.

Kalau anda biasa tengok budak kecil yang kena sampuk, matanya meliar kepada bahagian atas rumah berbucu tiga. Satu persamaan yang sangat ketara.

Jin & syaitan suka berada pada kawasan gelap 3 matra. Kalau anda biasa membaca Buku BERDAILOG DENGAN JIN ISLAM, karangan Ustaz Mohd Isa Daud, iblis mempunyai istana kerajaannya di Segitiga Bermuda.(dia suka kepada angka 3).

Manakala sebahagian anak cucunya dan jin-jin yang bersengkokol dengannya juga  menetap di situ. Sebahagian yang lain pulak berdiam di kawasan Segitiga lain di seluruh dunia.

So, kembali kepada kisah hantu. Hantu ini ada ke??? Do they exist???

Memang depa ada. Golongan yang banyak jadi hantu ini ialah golongan Jin

Golongan syaitan tak suka ambil peranan ini. Depa hanya suka mengoda, menghasut, menimbulkan was-was dan sebagainya. Depa lebih suka jadi underground agent.

Bila sebut hantu, tergambar kepada kita hantu pocong, langsuir, pontianak, kuntilanak dan sebagainya. Golongan jin yang lebih banyak ambil peranan tu.

Depa ada bakat tang tu. They are very talented in that aspects.

Jin ini makhluk tuhan macam kita juga. Ada lelaki dan perempuan. Ada muslim dan kafir. Ada kaya dan miskin.

Bahkan anda mungkin terkejut kalau saya kata, budaya Jin sama dengan budaya manusia di mana dia bertempat. Contohnya, jin dalam masyarakat Melayu mungkin mngemari silat, pakaian paahlawan Melayu dan rumah-rumah mereka seperti rumah orang Melayu.

Kalau Jin dalam masyarakat Cina, mungkin mengemari Kung-fu, Shaolin & Taichi. Pakaian mereka pun macam pakaian orang  Cina. Rumah pun macam orang Cina.

Kalau Jin dalam masyarakat Orang putih, depa juga kreatif dan inovatif macam orang putih. Saya mendapat khabar sesetengah mereka mempunyai TV di rumah mereka. Hebat juga mereka. Mungkin astro pun ada kot. He2.

Anda pernah terdengar tentang kapal angkasa UFO??? Sesetengah orang berpendapat (termasuk saya) ia hasil rekaan golognan jin.  Kalau anda banyak membaca laporan NASA, kapal UFO ini didapati banyak berlepas dari Segitiga Bermuda (istana Iblis) dan bila mendarat, pun di situ jugak.

Maksudnya apa??? Di situlah pusat pemerintahan & perkembangan sains & teknologi mereka. 
    
Itu tentang budaya & sosiaologi Jin.

Anda juga perlu tahu, ada juga sebahagian jin ni yang nakal dan suka menyakat manusia.

Bila saya boring mengajar Addmath di dalam kelas, ada juga saya selitkan cerita-cerita hantu ini kepada pelajar. Tujuannya supaya mereka tahu, hantu ini tidak apa-apa sebenarnya.

Lagi lucu bila saya beritahu mereka, golongan jin ini pun belajar Addmath macam kita. Depa pun ada guru Addmath juga. Ada sekolah juga. Bahkan ada U pun. Ha2.

Mungkin juga depa pun ada Professor matematik juga. Ha2.

Tergaru-garu kepala sesetengah daripada pelajar saya mendengar cerita saya. Ya ke cikgu ni???

Memang ya pun. Depa ada rumah, ada ayam itik, ada tanaman, bahkan ada kereta pun. Pelajar-pelajar 5 Sains tentu masih ingat cerita saya tentang Kampung Durian Sebatang. Tentang kisah Haji Hussein berjumpa Haji Rahman di kampung tersebut untuk membayar hutangnya sebanyak RM200

Juga tentang kisah Haji Hussein dihantar ke Bandar Taiping menggunakan kereta Moris Minor. Sebaik sahaja dia turun dari kereta, kereta itu pun ghaib, hilang dari pandangan.

Siapa dia Haji Hussein??? Siapa pula Haji Rahman??? Kedua-duanya hamba Allah dari jenis yang berbeza. Anda kena dengar ceritanya dari A - Z. Jemput datang rumah saya. Bawa ayam  golek sepinggan. Nanti saya ceritakan.

Bekas pelajar saya di atas, namanya N. Dia ada menceritakan satu kisah hantunya kepada saya. Masa itu, dia di tingkatan 3. Kebetulan masa itu, dia ada kelas tambahan malam di makmal sains.. Dia dan beberapa orang rakannya tertinggal buku dan terpaksa  naik ke kelas untuk mengambilnya.

Dia berjalan di belakang sekali. Saat rakan-rakannya sampai ke kelas, dia terpandang sesesutu di blok bangunan satu lagi. Dia ternampak seperti seseorang setinggi tong sampah.

Matanya bersinar seperti "spot light". Benda tu memandang kepadanya sehingga dia ketakutan. Badanya mengigil. Lidahnya kelu. Dia & rakan-rakan segera meninggalkan tempat tu.

N itu gadis yang lembut dan cantik. Menawan & menarik pandangan sesiapa sahaja. .Boleh jadi benda itu sukakannya. He2. Maaflah saya bergurau jew.

Dalam dunia realiti ini, perkara minat & tertarik hati ini boleh berlaku di mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Macam dalam cerita kat TV tu la. Cerita JOHAN yang dicintai oleh putri dari alam jin. Sampai dia meninggalkan isterinya yang sedang sarat mengandung. Tergamak JOHAN buat begitu...

 Kalau ada manusia yang jahat, golongan jin pun sama. Depa pun ada yang jahat. Termasuk spesis yang jahat itu ialah Jin Ifrit & jin merah.

Yang jahat itu la yang suka merasuk manusia. Sampai kawan itu bertempik, melalak, tercengil biji mata & meracau-racau setiap waktu.

Jin yang nakal & yang suka menyakat manusia  pun ada. Contoh paling popular yang selalu saya beritahu pelajar saya ialah pontianak, kuntilanak, langsuir dan sebagainya. Usah dok layan depa. Makin dilayan makin menjadi.

Bila N menceritakan kisahnya itu, saya teringat kepada beberapa cerita lain. Kisah benda putih terbang waktu malam, kisah orang memberi salam (suara ada, tetapi orangnya tiada), kisah perempuan mengilai 11.00 pm,  kisah bau harum semerbak, kisah budak di tepi pasu bunga. Macam-macam kisah.

Seronok juga mendengar & mengetahui kisah-kisah tadi. Itu kisah selingan sahaja. Yang tak sukanya, kalau ada budak yang kena ganggu. Sampai histeria. Histeria ini mudah berjangkit. Lepas 1, jadi 2, jadi 4. Hu2.

Ada pelbagai cara atau kaedah mnghalau hantu (maksudnya, mengusir jin). Satu perkara saya nak beritahu, jin ini sangat takut kepada Ayat-ayat Al-Quran.  Macam kita takut kepada api la. Semakin kuat kita membaca Al-Quran, makin besar nyalaan api itu terhadap mereka.

Ada orang suka baca Ayat 33 (termasuk saya). Ada juga yang suka baca Ayat 5. Ada juga yang suka baca kombinasi ayat pembunuh. Tetapi kesian kat jin tu. Berilah warning dahulu.

Kalau depa degil juga, apakan daya. Depa sengaja cari nahas.


Dalam wiridan Ayat 33 di atas, terkandung Ayatul Kursy dan 2 ayat sesudahnya. Akhiran Surah Al-Baqarah dan 1 ayat sebelumnya. Ada juga Surah As-Saffat Ayat (1-10),  Surah Al-Hasyr Ayat (22-24), Surah Al-Jin, Ayat (1-5) dan sebagainya. Kombinasi ayat-ayat inilah  yang sangat ditakuti oleh jin & syaitan. Mereka akan terbakar kerananya,

Ayat pembunuh megandungi beberapa bacaan di atas, disertai beberapa tatacara tertentu. Saya tak mahu menyertakannya di sini. Takut anda menggunakannya akibat marah yang tak terkawal. Jangan bunuh Jin sesuka hati anda. Depa juga makhluk tuhan macam kita.

Seelok2nya beri  nasihat dahulu.

Berdakwahlah dahulu kepada mereka. Kalau mereka kafir, ajak kepada Islam.   

Kalau mereka enggan, jangan paksa. Suruh mereka keluar dari tubuh pesakit. Suruh dengan lemah lembut. 

Untuk mengusir Jin dari tubuh pesakit, bacakan Ayat 33 tadi kepada telinganya. Atau boleh juga kepada sebaldi air. Kemudian mandikan pesakit tadi sampai lenjun. Kalau di negara Arab, mereka masukkan air tadi kepada ayat penyembur (macam alat penyiram bunga kaktus).

Ustaz yang menruqyah menyiram air tadi ke atas muka pesakit sampai jin keluar.

Untuk mengusir jin daripada sesuatu tempat atau kawasan, baca Ayat 33 tadi kepada se pinggan garam buku (garam mesin / halus, boleh juga) yang telah dicampurkan dengan segengam lada hitam, segengam bunga cengkih, paku-paku kecil dan sebagainya.

Jin akan lari dan beredar dari kawasan terebut. Panas kot. 

NASIHAT SAYA
Untuk melindungi diri anda dari gannggusn jin & syaitan, amalkan sahaja membaca Ayatul Kursy 1x setiap selepas solat.

Saya selalu berpesan kepada pelajar-pelajar saya supaya sentiasa membacanya pada 5 tempat berikut. Tujuannya supaya anda mempunyai aura HIJAU yang mencukupi di tubuh anda. Jin & Syaitan sangat takut kepada mereka yang mempunyai aura hijau.

Aura hijau bisa dicapai melalui bacaan Ayat-ayat Al-Quran, banyak berzikir & berselawat, banyak berpuasa sunat, banyak makan sayur & buah.  Mereka yang sabar & "tidak pemarah" juga mempunyai aura hijau yang sangat ditakuti oleh Jin & syaitan.

[1] SETIAP SELEPAS SOLAT. Mereka yang selalu membacanya adalah mereka yang sangat disayangi Tuhan. Mereka termasuk golongan shiddiqin. Jarak antara mereka dengan shurga sangat dekat. Menurut satu hadis Nabi S.A.W, tidak ada yang menghalanginya daripada masuk shurga kecuali kematian.

Bersungguh-sungguhlah mengerjakannya. Faedahnya sangat besar, termasuk melindungi anda daripada gangguan jin dan syaitan.
  
SEBELUM MENAIKI KENDERAAN. Tolong baca Ayatul Kursi sebelum menaiki sebarang kenderaan, atau pun jika anda berjalan kaki menuju ke suatu tempat. Misalnya, jika anda berjalan kaki ke sekolah. Menurut satu hadis Nabi S.A.W, mafhumnya, barangsiapa keluar dari rumahnya sambil membaca Ayatul Kursy, maka Tuhan akan mengutus 70,000 orang malaikat untuk menjaganya.

SEBELUM SAMPAI KE RUMAH. Jika anda dalam perjalanan pulang ke rumah, jangan lupa membaca Ayatul Kursy 1X sebelum sampai ke rumah anda. Hadis Nabi S.A.W, mafhumnya, barangsiapa ysng pulang ke rumahnya, lalu membaca Ayatul Kursy, maka tuhan akan menghilsngkan kefakiran di antara 2 keningnya (maksudnya, kefakiran di hadapan mataanya).
SEBELUM TIDOR. Pun kita disunatkan membaca Ayatul Kursi. Ada Hadis Nabi S.A.W, mafhumnya, barangsiapa membaca Ayatul Kursi waktu tidornya, maka akan diwakilkan Allah kepada 2 orang malaikat untuk menjaganya.

Tahukah anda, bahawa di belakang anda, terdapat 2 juta hama. Maksudnya, anda tidor di atas 2 juta hama. Kalau tidak ada malaikat yang menjaga anda, maka hama-hama tadi akan memasuki seluruh liang di tubuh anda. Ada yang memasuki mulut, lubang hidung, telinga, mata dan sebagainya.

Anda menjadi sasaran mereka. Ini tentu menimbulkan kerosakan pada anda dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit yang merbahaya.
  
SELEPAS BANGUN TIDOR. Sesetengah ulamak mengatakan sunnat membaca Ayatul Kursy selepas bangun daripada tidor. Basuh dahulu mulut anda sehingga bersih. Khasiatnya, semoga anda ditunjukki jalan kebenaran pada hari besoknya.

Petunjuk Tuhan sangat penting kepada anda. Kalau tidak ada hidayah & taufikNya kepada anda. anda mungkin berkawan dengan orang yang salah.Anda juga mungkin tercebur ke dalam kancah maksiat. Salah satu jalan selamatnya, hendaklah sentiasa membaca Ayatul Kursy selepas bangun tidor.

Salah satu amalan  yang digalakkan oleh Rasulullah S.A.W ialah sentiasa membaca Ayatul Kursy 12 X pada pagi Jummat sebelum waktu Subuh. Amalan ini hanya seminggu sekali.

Orang yang melaziminya akan disediakan sebuah istana yang besar di dalam shurga. Wah, seronoknya.   .


No comments:

Post a Comment