BUNGA NAN INDAH

Tuesday 6 March 2012

SUAMI ISTERI NYARIS MAUT KENA TEMBAK

 
Mari kita hayati sebuah cerita ngeri di bawah.  Cerita ini berdasarkan berita yang saya petik dari MyMetro Online  pagi tadi.  Cuba anda baca. Tentu ada sesuatu yang boleh anda jadikan iktibar daripadanya.

Yang membuatkan saya terkejut sangat-sangat ialah kerana kejadian ini berlaku di Kok Lanas. Kok Lanas itu kawasan saya. Thats my place. Tempat kejadian itu pulak ialah di Kg Sokor. Dekat rumah saya.


Kg Sokor itu hanya 2 km dari Kampung saya, iaitu Kg Che'arus. Dari Simpang 3 Petronas,  Kok Lanas - Selinsing, anda akan melintasi Kg Sokor, Kg Baloh, Kg Kuali & akhirnya Kg Che'arus.

Jika anda pergi lagi, anda akan berjumpa Kg Bukit Merbau, Bukit Bidang, Alor Hijau dan seterusnya Selinsing.

Yang membuatkan saya terkejut juga ialah kerana Ani Malik, isteri kepada Haris Yusoff itu adalah teman sekolah saya dahulu.  Macam-macam jenayah sekarang ni. Sangat menakutkan.

Mari kita ikuti berita yang saya baca pagi tadi.
    
KOTA BHARU: Sepasang suami isteri nyaris maut apabila ditembak oleh tiga perompak yang menyamun rumah mereka di Kampung Sokor, Kok Lanas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.10 pagi itu, mangsa, Haris Yusoff, 61, terkena tembakan di leher, manakala isterinya, Ani Malik, 51, pula ditembak di bahagian perut.

Menceritakan detik cemas itu, Haris berkata, beliau terdengar sebuah kenderaan berhenti di hadapan rumahnya sebelum seorang lelaki memberi salam.

"Bagaimanapun, selepas beberapa kali salamnya tidak dijawab, dua lelaki yang bersenjatakan parang dan pistol bertindak menendang pintu dapur rumah dan mengarahkan saya supaya tidak bergerak sebelum mengacukan pistol ke kepala saya.

"Perompak terbabit kemudiannya mengarahkan saya supaya duduk dan saya dikawal oleh lelaki yang bersenjatakan parang, manakala seorang lagi lelaki ke sebuah bilik di mana isteri dan tiga orang anak saya berada.

"Lelaki itu kemudiannya menendang pintu bilik tersebut sebelum saya terdengar satu das tembakan dilepaskan," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Haris berkata ekoran itu beliau cuba melawan tetapi malangnya perompak itu telah menembaknya di bahagian tengkok.

"Dalam keadaan cemas itu, kedua-dua perompak melarikan diri dan sempat mengambil wang sebanyak RM5,000 yang diletakkan dalam sebuah beg dan sebuah komputer riba," katanya.

Pasangan suami isteri yang cedera itu kemudiannya dibawa oleh seorang anak mereka ke Hospital Machang untuk menerima rawatan pesakit luar sebelum isteri mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Baharu dan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan mengenai kejadin tersebut dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

"Hasil siasatan melalui cerita isteri mangsa, beberapa hari lepas, anaknya yang bernama Fikri telah dihubungi oleh seorang lelaki dikenali sebagai 'Botak' untuk mendapatkan kembali sport rim kereta yang disimpan Fikri, namun tidak dilayannya.

"Mungkin rasa marah menyebabkan perompak berkenaan mencari Fikri di rumah. Jenis senjata yang digunakan daripada jenis Revolver .38," katanya. -- BERNAMA

SAYA SANGAT SEDIH
Saya sangat sedih dengan cerita yang berlaku. Ini kali kedua ia berlaku di kawasan Kok Lanas. Baru-baru ini, kes yang hampir sama berlaku di Kg Bandar, Pulai Chondong. Mungkin selepas ini berjangkit ke Machang, Kuala Krai, GM, Tanah Merah dan sebagainya.

Jangan anda berasa selamat. Orang jahat semakin jahat sekarang.

Dulu jahat guna parang dan golok sahaja. Sekarang dah guna senjata api.

Keadaan semakin membimbangkan. Tak ubah macam pekan Cowboy. Sini tembak, sana tembak. Mungkin selepas ini, dalam pasar pun ada orang bertembak-tembakan. Mungkin juga dalam Ekonjaya. Mungkin juga dalam Pasar Isnin. 

BENTENGI RUMAH ANDA SECARA SPIRITUAL
Perbuatan menceroboh rumah & penggunaan senjata api merupakan perbuatan jenayah yang sangat besar. Langkah-langkah pengawalan bukan hanya setakat fizikal, bahkan mesti melibatkan cara spiritual juga. Maksudnya, semua pemilik rumah mesti mengamalkan bacaan ayat-ayat Al-Quran tertentu sebagai pemagar rumah.

Boleh baca ayat 5 atau ayat 7 atau ayat 33 seabagai benteng rumah tangga. Paling tidak pun, silakan baca Ayatul Kursi & Amanar Rasul sebelum tidor.

Jangan jawab TAK TAHU kerana anda mesti TAHU. Jangan jawab TAK PANDAI kerana anda mesti PANDAI.

JANGAN PERCAYA KEPADA ORANG ASING
Jenayah sekarang semakin berleluasa. Awasi waktu pagi saat orang ramai keluar berkerja. PARA ISTERI atau PARA SURIRUMAH, jangan sekali-kali berada di luar rumah sekitar 8.00 - 9.00 pagi kerana "tetamu tak diundang" mungkin sampai pada waktu ini.

Pesan saya yang paling mudah, JANGAN PERCAYA kepada sebarang orang asing sekarang ini, walau pun mereka datang berjubah atau berpurdah

Awasi juga pada saat waktu maghrib & subuh. Ini pun waktu kritikal. Pencuri, perompak & penyamun juga berkeliaran pada waktu ini.  Lazimkan membaca Ayatul Kursi pada setiap masa.

KUATKAN TAWAKKAL KEPADA TUHAN
Pintu depan rumah mesti kuat. Pintu dapur juga mesti kuat. Tetapi perkara yang paling utama untuk diperkuatkan ialah tawakkal anda kepada tuhan. 

Sebab itu anda sebagai IBUBAPA, mesti memperkuatkan amalan agama anda. Amalkan Ayat 5 atau Ayat 7 atau Ayat 33 sebagai benteng rumah tangga. Paling tidak pun, bacalah Ayatul Kursi & Amanar Rasul setiap selepas solat. Paling minima, sebelum anda tidor.

Anda sebagai ANAK LELALKI juga mesti begitu.

Anda sebagai ANAK PEREMPUAN pun mesti begitu 

LAZIMKAN SOLAT HAJAT 
Lazimkan diri anda & keluarga anda mendirikan solat hajat minta selamat. Bukan sekali seumur hidup. Tetapi kalau boleh, seminggu sekali pada malam Jumaat. Semua bapa disyorkan menjadi imam & mengetuai bacaan doa selamat. 

Kalau tak boleh juga, jemputlah orang masjid atau orang surau. Selain minta keselamatan, minta juga kebaikan, keberkatan, nikmat, kesihatan, kekuatan, rezeki, kasih sayang, afiat dan shurga.

BERHATI-HATI MEMILIH KAWAN
Anak-anak mestilah menjaga maruah ibubapa masing-masing dengan berkawan dengan orang yang betul. Maksudnya, dengan orang yang berakhlak baik & mulia. Cerita di atas menunjukkan ibubapa telah menjadi mangsa di atas sikap anak mereka.

Kawan adalah cerminan yang tepat bagi seseorang. Untuk mengenal si A, tengoklah siapa kawan A. Baiknya seseorang kawan bukan berdasarkan nafsu. Ia mesti berdasarkan petunjuk agama. Carilah kawan yang baik & bertanggungjawab, yang boleh membimbing kita kepada kebenaran.  

BERIKAN DIA AGAMA
Cara yang betul untuk membetulkan seseorang adalah dengan memberinya agama. Pesan saya kepada semua ibubapa. Bawalah anak-anak anda, lelaki dan perempuan ke surau atau masjid. Ajarkan mereka solat berjemaah. Libatkan mereka dengan kuliah agama. Nasihatkanlah mereka dengan lemah lembut. Insyaallah, mereka akan menjadi baik.


Disiapkan pada 6.3.2012    6.18 am
SEKIRANYA ANDA INGIN MEMBERI KOMENTAR, SILA PILIH 'COMMENT AS' DI BAWAH SEBAGAI ANONYMOUS ATAU NAME / URL. TAIP NAMA ANDA & ABAIKAN URL. TQ
    


1 comment:

  1. Betul tu... memang kena bawa keluarga ke masjid/surau selalu.. bab akhlak ni.. ramai yg suka ambil ringan...

    ReplyDelete